Pages

Kerana ia hidup

Monday, August 22, 2011 1 voice (s)
Kerana aku sungguh tidak layak untuk menutur kata-kata

dek sedikit benar amalanku, 
sedikit benar bacaanku, 
sedikit benar jihadku, 

tidak seperti mereka - mereka yang sungguh tinggi imannya, hebat hamasahnya, jitu langkah perjuangannya. 

Laksana kaum salaf yang terlebih dahulu mengimani jalan da'wah ini, 
dan amal mereka mendahului kata-kata mereka. 
dan mereka lebih menyukai untuk diam berbanding bercakap, lantas pabila mengukir perkataan di bibir, 
itu dapat memadamkan kemaraan jahiliyyah. 

kerana da'wah ini membuatkan hati dan perasaan kita hidup, 
hati yang sentiasa berurusan dengan Allah, setiap saat dalam tindak tanduk merasai diawasi oleh Allah rabbul jalil. 
juga ketinggian tawakkal dan kebergantungan dengan Allah!

"sesungguhnya perasaan yang hidup itulah yang menjadikan rahsia keberadaan dan kebangkitan kita” 

(Abbas As-Siisiy)

hidupkan hati kita untuk sentiasa memiliki iman yang menggerakkan. 
be it melalui apa jua pon. 
sila berusaha. tarbiyyah dan da'wah ini melahirkan jiwa daie yang cukup kental,  
tidak cair dan lesu, 
ke mana - mana perasaannya hidup. 
mendarahkan dagingkan da'wah hinggakan setiap denyutan jantung itu tidak lari dari memikirkan da'wah Allah yang terlalu suci ini. 

ayuh, kita terus memurnikan langkah, moga kita tidak menjadi beban kepada orang yang membina kita (petikan buku al-awaiq). 
medan beramal di depan mata kita. Allahuakbar. 

hari ini saya terbaca tentang syurga tulisan amru khalid dalam buku hati sebening mata air, 
cepat membuatkan  hati saya terus sayu memikirkan layakkah saya untuk memasuki syurga Allah yang menjangkaui expectation kita.Sungguh.  
Allah ini terlalu menyayangi kita semua. T_________T

Allahumma balighna lailatul qadr.....

I believe that my dear sisters fillah semua sedang berusaha kan?
jalan ini panjang akhawwat, teruskan langkah hingga ke titisan nafas terakhir!

Moga kita dikurniakan istiqamah dan thabat iAllah. 





(in case masih ada yang baca, so sy update kt sini)
link baru blog saya : http://tawakkalkita.blogspot.com/

Stay updated!

Wednesday, February 16, 2011 2 voice (s)

Don't forget to stay updated with,

Tawakkal Kita


Change your link.

*

p/s- Keep running to achieve mardhotillah. InsyaAllah!

Moga Allah permudahkan segala urusan kita, baik kerja da'wah dan juga study kita terutamanya.


p/s/s - rindu sebenarnya nak tulis dlm blog ni. :(

The 'Hijrah'

Monday, February 7, 2011 0 voice (s)
Dengan lafaz bismillah.

InsyaAllah, akan berhijrah ke

Tawakkal Kita


Moga ini yang terbaik dari Allah.

Sungguh, blog ini 'membesar' sepanjang diri ini berjalan bertatih dalam jalan ini.

Seperti dilahirkan semula, bertatih dan masih merangkak sehingga kini,

moga diri-diri kita mengorak langkah hingga ke destinasi terakhir, berjumpa Allah.

Jazakumullah Khairan Katheera atas kunjungan.

Saya cukup percaya, hati-hati kita sudah tersentuh dengan hidayahNya,
dan terus mencari kekuatan di sebalik tulisan-tulisan.

Moga tulisan - tulisan ini juga menjadi saksi dihadapan Allah kelak.

Seperti 'powerful' nya tulisan syed qutb, fathi yakan, hasan al-banna, almaudidi dan tokoh-tokoh lain yang berbekas di jiwa-jiwa kita meski ada yang sudah syahid dalam jalanNya.

Allah, redhai langkah-langkah ini.

Filter

Sunday, February 6, 2011 0 voice (s)

Dan Allah mengajarkan aku tentang tapisan.

Tapisan Allah.

Allah mengkehendaki siapa yang betul-betul ingin diberiNya hidayah.

Persis kisah jalut dan talut, banyak siri-siri tapisan Allah,
yang benar-benar ingin menguji, siapa dalam kalangan hambaNya,
yang bersungguh-sungguh ingin berjuang di jalanNya,
hingga ke garisan penamat,
bertemu dan melihat wajah Allah.

(Al-Baqarah, 2:246-252)

*

Ini benar - benar berlaku.

Aturan Allah itu sungguh cantik.

Allah cuba menghiasi setiap saat hidup kita dengan tarbiyyahNya yang terbaik.
Sungguh.

*

Dan hatiku cukup sekali tersentuh melihat permata-permata baru islam,
dibukakan hijab oleh Allah untuk dinampakkan jalan yang sebenar.
Memahami hakikat sebenar syahadah yang seringkali kita laung-laungkan.

Seringkali aku menoleh kembali ke belakang,
merenungi saat -saat hatiku mula tersentuh dengan hidayahNya.

*
Kerana da'wah ini kita tanggung bersama.

*

Kerana da'wah dan tarbiyyah ini nadi kita.
Pimpin tangan untuk kita bersama-sama mengorak langkah di jalan yang panjang ini.

Moga lahir lebih ramai rijalud da'wah yang bisa menggoncangkan dunia.

*

Let's make it REALISTIC.

*
Focus.
Tarbiyyah diri.

*
Apakah masa depan da'wah Allah ini?



sisterhood fillah yang best amat! ^_^
Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine