Pages

Hidayah itu...perlu dicari...

Friday, June 5, 2009 Read Comment
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

"Aku nak jadi baik!".
Tiba-tiba mulutnya memaculkan kata - kata itu. Hatiku tersentuh. Alhamdulillah bagus la tu. Mari kita sama-sama jadi baik. Tetapi baik yang macam mana kah?..

Hidup aku sebelum dan selepas memahami Islam sangat berbeza.Betul! Sangat berbeza! Aku bersyukur. Alhamdulillah. Nafas lega. Aku rasakan sinar Islam dan hidayah serta petunjukNya itu telah merubah matlamat hidupku. Ya MATLAMAT. Matlamat kita diciptakan di dunia ini. Untuk menjadi khalifah yang beribadah. Khalifah yang memegang banyak tanggungjawab. Dan tanggungjawab utama mengabdikan diri kepada Allah dan mengajak orang lain. Kamu tidak ingin jugakah?. Tiba-tiba suara itu muncul. "Err..tidak mengapala. Aku ini lain. Kau itu lain lah". "Eh, kau juga boleh! Siapa kata kita tak boleh rebut hidayah itu. Hidayah itu milik Allah. Dan setiap hamba Allah di bumi ini bisa memilikinya.

"Err, ala, hidayah tak sampai lagi kat aku. Macam mana aku nak berubah!". "Hidayah tak sampai?..Hmm. Kau tahu tak apa yang patut kita buat, dan apa yang tak patut kita buat". "Ye ye. Aku tahu. Tapi kadang - kadang tue, aku malas lah nak buat dan ikut". "Haa. Kan aku dah cakap. Kau tahu perkara tu kau tak boleh buat, tapi kau nak buat juga. Jadi siapa yang kita nak salahkan ni.". "Hmmm.."

Aku teringat ketika mengajak sahabatku untuk solat berjemaah. "Alah, malas la. Kau solat sajalah.." dan lagi, "ala, kita solat sendiri - sendiri lah, lagipun kita nak turun makan kat pukul 8 nanti, nanti lambat pulak"..Ya Allah, kita utamakan kehendak dunia berbanding persembahan amalan kita kepada Allah?!!..Astaghfirllah.

Ya. Hidayah itu memang milik Allah. Beruntunglah bagi sesiapa yang Allah kurniakan hidayah yang tidak putus - putus. Sentiasa berlumba untuk lakukan kebaikan. Tapi macam mana dengan orang yang masih kurang dengan kesedaran itu?! Hidayah itu berada dekat dengan diri manusia, amat dekat tetapi tidak diendahkan.
Hidayah itu yang berbisik di hatinya, suara hati yang suci. Bukankah Allah sentiasa berada dekat dengan hamba-Nya.

Apabila berbuat jahat dan mengaku belum mendapat hidayah Allah. Padahal dia menutup mata dan hatinya ketika hidayah Allah itu datang.

Hidayah perlu dicari, dipelajari dan dibuktikan dengan amalan. Hidayah bukan sekadar ilmu tanpa direalisasikan, bukan angan-angan. Untuk itu orang beriman perlu menghadirkan hatinya sentiasa bersedia menerima hidayah Allah. Petunjuk Allah berada di mana-mana, pada ayat tergambar di dalam al-Quran, pada keadaan manusia beraneka sifat dan tabiat, pada gambaran kehidupan alam semesta yang memantulkan kebesaran Allah.

Jom, mari kita suburkan hati dengan tips di bawah nie!

Seseorang perlu mengamalkan beberapa langkah untuk mendapat hidayah Allah, iaitu:

1- Mencari ilmu.

Orang yang hatinya rindu kepada permainan, hiburan dan kelalaian dunia biasanya tiada masa untuk ilmu. Kadang-kadang mencuri masa yang sedikit untuk membaca al-Quran tanpa penghayatan. Terlepas peluang mengkaji hadis Rasulullah dan tidak terdetik di hati mempelajari sunnah dan mengamalkannya.

Kedudukan ilmu bukan untuk menghantarkan seseorang pada satu gelaran alim, ustaz atau tok guru. Tetapi, matlamat menghidupkan ilmu dalam diri adalah untuk menghantarkan kita berada dekat dengan Allah.

Ilmu membolehkan seorang hamba memahami bentuk ketaatan dan kesetiaan kepada Allah, mempelajari dan menghindari jalan yang dimurka-Nya. Ilmu juga membuka mata hati insan untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, di mana kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Ilmu diharapkan melahirkan Khalifatullah berpotensi memakmurkan bumi.

2- Mendampingi orang soleh.

Seseorang yang istimewa kedudukannya di sisi Allah memiliki sesuatu tidak dimiliki manusia biasa. Tutur katanya mampu menghantarkan petunjuk, hidayah dan hikmah ke dalam hati yang mendengar, akhlaknya menjadi penyejuk mata orang memandang, jasa dan perjuangannya menjadi sebutan yang tidak lapuk ditelan zaman.

Beruntung sesiapa yang bersahabat dengan mereka disebabkan amal soleh dan teladan ikhlas mampu menggerak hati ke jalan Allah dengan memperingatkan hamba-Nya berwaspada memilih sahabat sehidup semati, dunia akhirat.

3- Mengikuti sunnah Rasul dan Salafus soleh.

Setiap mukmin wajib beriman Rasulullah SAW berperanan menghantarkan petunjuk hidayah kepada umatnya hingga akhir zaman. Jadi, mengapa ada golongan yang mengaku Muslim mencari petunjuk lain yang bukan dibawa Rasulullah?

Fenomena mengada-adakan sesuatu urusan agama yang tidak pernah dilakukan baginda dan sahabatnya jika dibiarkan berlarutan boleh menimbulkan fahaman baru yang menyalahi sunnah Rasulullah. Rasulullah pernah menyentuh perkara ini kepada Huzaifah Ibn al-Yaman, kebaikan yang ada pada umat Islam menjadi pudar kerana timbulnya unsur dakhan di kalangan mereka.

- Penulis adalah Mufti Perlis.


Senang sungguh kita ucapkan bukan. Bagaimana perlaksanaannya. Diriku ini sungguh hina yang sangat mengharap hidayahMu Ya Allah. Sungguh dunia ini hanya tempat persinggahan, bahkan akhirat jua yang kekal. Adakah mindset anda juga begitu??. Tepuk dada sendiri, koreksi diri!


Kita sebenarnya berupaya; kita punya ilmu dan kita punya hidayah. Cuma, yang menghalang adalah sikap dan hawa nafsu kita.

Untuk diri. Untuk kita. Yang selalu rasa ananiyyah pada diri. Yang selalu rasa besar dengan tarbiyah. Sedang merasa besar dengan kebaikan adalah tipuan nafsu yang sangat halus.

YA ALLAH, bantulah aku...
menuju ke arah itu...

wallahualam..

Extended readings and sources:

Ilmu dan Hidayah
Hidayah Permata yang Dicari
Cari keseimbangan untuk raih ketenangan

14 voice (s):

abid™ at: June 5, 2009 at 3:39 PM said...

salam~

agak terasa bile membaca post nie...sgt setuju dgan smua point yang diutarakan...hidayah itu seringkali datang tetapi seringkali kita juga yang menolaknya untuk masuk ke dalam diri kita...astaghfirullah...

smoga hari esok lebih baik dari hari ini...insyaAllah...ameen~

~SyiNs~ at: June 5, 2009 at 3:57 PM said...

salam~

lama dh kan ak xcomment..
sori la ek..
hurm..bgus la artikel nih..
tesentuh atie ak..

thanx ek..
:)

fieqa at: June 5, 2009 at 3:59 PM said...

wslm,aB!d..

yerp2..
betul2
skong2..
kadang tu hidayah tu dtg je melalui bisikan hati ke..
tp kite ni haa, (astaghfirllah) selalu menolaknya..


terasa trpanggil nk wat post ni
untk sedar kan diri sendiri n insyaAllah org len..

sesungguhnye, agama Islam itu lengkap..
marilah kite terokai keindahan Islam tue..

jgn tunggu lagi..
jom kite isi hati kita dgn ilmu2 n perkara y ley dekatkan diri kite kpd Allah..
jom la.
marilah...
mari bersama2..

selalulah tnye diri,

"aku buat mnde ni ade benefit ke ntok diri, keluarga, bangsa n paling penting kpd AGAMA"..

jom tinggalkan y jahiliah..
sayonara jahiliah..=)

insyaAllah

~diriku y hina~

fieqa at: June 5, 2009 at 4:05 PM said...

syins,

hehehe..
thanks sbb comment..
ha'ah..
lame hang x coment..hahaha..


insyaAllah, sesame la kite ingat m'ingatkan..=)


sama2 cek balek diri yer!!..^_^

PuteriBonda Anis at: June 5, 2009 at 4:18 PM said...

salam fieqa

teringt satu ayat dalm surah an-nur

Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (yaitu) pohon zaitun yang tidak tumbuh di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak di sentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis, Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"
(surah an-nur : 35)

this week, nisa br blaja ttg ayat nie.
ayat nie sbenarnyer bgtahu
bgtahu bhw sesungguhnya, hidayah tue datang berlapis2
means, dyer bukan datang sekali shaja,
tapi, hidayah tue sentiasa datang berulang2 dari Allah
kirenyer, hidayah Allah tue sentiasa ada
akhirnya, terpulang pd diri kita
nak grab or abaikan jer hidayah yang Allah berikan kart kita tue
sama2la lkita rebut peluang tatkala hidayah itu datang pada kita

benarlah kata2mu itu fieqa..
hidayah itu perlu dicari
tp, kene ingt Allah la pemberi hidayah
hidayah tue sentiasa ada
tp, cuber cr dimana hidayah tu
dia sentiasa ada
tp, adakah kamu menyedari kehadirannya?

qilaraf at: June 5, 2009 at 5:10 PM said...

camne lak ngn org yg nme dia hidayah?
hohoho...
*gurauan semate*

fieqa at: June 5, 2009 at 6:33 PM said...

nisa,

thanks for d sharing..
sperti ape y aku dah gtw ko td, actuly aku dpt idea dr ayat alquran y ni la..time akak usrah aku tadabur ayat nie..

ya,syukran kerana mengingatkan..
yep2..
hidayah tu kita kena cari tapi hidayah tu dtg dari Allah kan..

jom sama2 kita cari n jangan tolak hidayah y datang kat kita..


jom2..mari2..
mari kite improve kan diri....

Islam itu syumul, tiada y lebih smpurna darinya...
mari kita hayati keindahan Islam tue..
mari2....

jom jadi full time muslim~
bukan sekadar nama, tetapi termasuk praktikal nye skali..
insyaAllah..

jom2.
mari2.=)

fieqa at: June 5, 2009 at 6:35 PM said...

qilaraft,

hahaaha...
moge2 org y name hidayah ni sentiasa menerima n m'praktikkan hidayah yang Allah bagi tu.

hehe..
hahaha!
aku pon teringat kat kwn2 aku y nama hidayah..hihi~
dayah othman, dayah subri, dayah 503 (lupe sape nama ayah dia), dayah kmm, kak dayah ipba..

ohh apekah?..nape aku list kn name2 ni.hahaha!
sje x de kje..
teringat kat mereka sume..
wee~

PuteriBonda Anis at: June 5, 2009 at 6:51 PM said...

nama itu adalah doa
mudah2an, nama kita seindah akhlak kita
cuber hayati apa maksud nama kita
sama2 hayati dan usahakan akhlas seindah nama

=)

full time muslim
insyaAllah~

=)

fieqa at: June 5, 2009 at 7:00 PM said...

nisa,

thanks ingatkan aku tatkala aku terlupe..
aku bersyukur atas HIDAYAH itu YA ALLAH,
alhamdulillah.
yep2...
nama kita ade mknanya...
haish, (ade sumting y perlu aku ubah!..hu~)
tq2 kerana ingatkan..

insyaAllah
mari same2 jadi full time muslim~
bukan sekadar Muslim dari segi nama n keturunan..
insyaAllah..=)

Tini Gishamsuddin at: June 6, 2009 at 12:12 AM said...

err salam fieqa..jgn terkejut ku di sini..hihi :)

namaku tini, kawannya nisah..
emm nice post..closely related to my recent post..hmmm gud2! kind like u already do the homework b4 i give it..

(^_^!)

p/s: sory kalo ter'merapu' kat sini..huhu

fieqa at: June 6, 2009 at 2:35 AM said...

tINi,

wslm..hihi~..
yup3..
saye kenal kamu!seringkli membaca sedikit cerita kamu di post nisah..hehehe..
thanks for visiting my blog..
sgt terharu!..^_^V


hehe.memula cam blur2 sket coz nape plaks ttbe homwek??..asigment pon xde time cuti ni coz br abes exam..hehe..
bile bukk blog kamu, barulah faham..
hihih~..
x sangka la plaks grup usrah korg pon bincang sal mnde2 ni kat inti..
tergerak hati nk wat post neh.hehe..

insyaAllah,sama2 kite berkongsi..hehe

p/s-hahaa..sila2 la merapu..xkesaa pon..=p

al-ikhsan at: June 6, 2009 at 10:45 AM said...

jadikanlah kami orang yang diberi hidayah dariMu, dan jadikanlah kami penyebab ibu bapa kami, saudara2 kami, sahabat2 kami dan kaum muslimin mendapat hidayah dariMu..

ameen..

fieqa at: June 6, 2009 at 3:11 PM said...

tersentuh dgn doa itu..

insyaAllah.
moge2..
ameen ya rabbal alamiin.

syukran!

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine