Pages

Ujian itu Tarbiyyah

Thursday, January 14, 2010 Read Comment

Kadangkala kita terlalu memikirkan pandangan manusia berbanding pandangan Allah.
Kita tak sedar, yang pegang hati-hati manusia atas muka bumi ini hanyalah Allah semata-mata.
selalu kena reflek diri,
tatkala nafas diri yang selalu tercungap,
walau ingin digagahi jua lautan manusia,
kadangkala tidak punya masa untuk diri sendiri,
namun,
dek kerana segala kerja dibuat keranaNya, semata-mata kerana dakwah Allah,
moga lebih ramai lagi hati-hati yang tersentuh dengan ajaran agama Allah yang syumul ini.

disitulah pentingnya tarbiyyah yang berterusan,

agar hati terus kuat untuk melangkah dalam jalan dakwah ini.
agar hati selalu tersentuh dengan kandungan alquran yang sangat mulia itu,
agar hati diberi kekuatan untuk mengikuti sunnah2 baginda.

orang kata,
tarbiyyah itu didik,
tarbiyyah itu perubahan,
tarbiyyah itu makanan,
tarbiyyah itu nafas,
tarbiyyah itu kuat,
tarbiyyah itu hidup,
tarbiyyah itu perlu,

dan apa-apa jua definisi tarbiyyah.

Hidup di bawah bayangan tarbiyyah sangat terkesan dalam hatiku
Perlahan-lahan proses dakwah dan tarbiyyah membentuk fikrah islamiyyah yang ada dalam diri agar lebih terarah.

Bila diri diuji dengan ujian tarbiyyah yang berat, seolah diri hampir tersungkur,
namun,
ingatlah wahai diri, bertaubatlah diri, memohon keampunan dan kekuatan dariNya.

"Dan (Hud) berkata, Wahai kaumku! Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras. Dia menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berdosa (Hud, 11:52)

Waktu zaman ini, tempat yang kering kontang, hujan yang diturunkan oleh Allah merupakan nikmat besar dan rahmat bagi kaum Hud.
Kalau nak diaplikasi dalam kehidupan kita, hujan itu ibarat nikmat2 dan kurnia2 milikNya yang diberikan pada hambaNya.
Nikmat petunjuk dan hidayah serta kekuatan dariNya yang tak putus-putus.

Terasa diri sangat kerdil, kalau nak dibanding dengan ujian yang Allah timpakan pada Rasulullah,di mana dakwahnya ditentang habis-habisan, diuji dengan ujian yang sangat berat,namun Rasulullah terus gagah, teruskan langkah membawa dakwah Allah menyeru umat makkah ketika dahulu.
Apa pula aku?
Baru sedikit ujian yang ditimpakan,
sudah rasa tak mampu,
sudah rasa tak bersedia,
sudah rasa tak cukup nafas dan tercungap-cungap.
lemahnya wahai diri.

Bangunlah kembali penolong-penolong agama ALLAH!
jika tidak kamu, walaupun kami berundur sekalipun,
ada lagi penolong2 agamaNya yang lain yang sama-sama membangkitkan islam itu semula.
sama-sama berada dalam saff jalan dakwah.
tetapi, tidakkah kamu merasa rugi, kefahaman dalam agama yang Allah kurniakan padamu itu tidak digunakan sebaiknya.
apa pula yang akan dijawab dihadapan Allah tatkala Dia bertanya tentang tuntutan syahadah Al-Haq yang patut kita tegakkan?
ingatlah wahai dai'e,
hidup kita tiada lagi rehat-rehatan,
rehat hanya disyurgaNya sahaja.

"Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.

Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun" (Al-Mulk, 67:1-2)

Kalau tak rasa penerusan tarbiyyah itu penting, apa yang membezakannya adalah kefahaman.
Moga bertambah lagi orang-orang yang faham, faham akan ajaran islam, dan amalkan apa yang difahami.
InsyaAllah.

Sabda Rasulullah, Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din"

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia akan melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima islam" (Al-An'am, 6:125)

p/s- Hati sedang tak kuat. Tulisan agak serabut sikit. Just express je apa yang terlintas. Moga Allah kuatkan hati-hati kita! InsyaAllah.
Ya Allah permudahkan segalanya. Permudahkan jalanku.
Hm, banyak betul kena baca dan topup!!

9 voice (s):

izzatnaqib at: January 14, 2010 at 8:30 PM said...

salam...bersabar ya ukhti..

Al-Quran diturunkan antara sebabnya untuk menetapkan hati baginda yang kadangkala futur...berita gembira dari syurga,kasih dariNYA,limpahan rahmat....

hatta Rasulullah pun kdangkala futur...apatah lagi kita...namun,bukanlah ia sbg alasan untuk kita sbg Umat yg Terbaik tidak boleh mencontohi Baginda...

Al Quran di tangan kita...pelbagai kalam gembira telah dikhabarkan kepada kita...

kesusahan..kepayahan dan kelemahan yang melanda,tanda Allah ingin kita kembali kepadaNYA...

BERSYUKURLAH KITA DITIMPA KESUSAHAN DALAM BERJUANG...KERANA ITULAH TANDA KITA MEMANG BENAR2 BERJUANG...RASULULLAH JUGA SEDEMIKIAN...

KITA TELAH MENGIKUT JALAN PARA ANBIYA...........WALLAHUALAM..

izzatnaqib at: January 14, 2010 at 8:30 PM said...
This comment has been removed by the author.
matadore at: January 14, 2010 at 11:16 PM said...

La yukallifu nafsan illa wus'aha ;)

all d best utk mlalui dugaan hdup ya ukhti =)

at-toriQ at: January 15, 2010 at 1:37 AM said...

Salam sayang

there is one sentence in this post that makes me tersentap!

jzkk dear~
=)

btw..win suka hujan!!
=)

iqbalsyarie at: January 15, 2010 at 2:41 PM said...

salam..
ehem...best...seperti kamu sedang berpidato pulak..mmg terasa
thanks..pembakar semangat kpd saya juga

fitrijohari007 at: January 15, 2010 at 3:58 PM said...

tabahkan hati dalam menghadapi ujian..

moga dengan ujian yang diberi menjadikan kita lebih kuat dlm kehidupan yg x pernah sunyi dengan masalah.. :)

tulip putih at: January 17, 2010 at 9:30 AM said...

izzat:

terima kasih ats nasihat.sgt dihargai.
moge kita bersma2 dlm meneruskan langkah perjuangan rasulullah n para sahabat.
jzkk

metadore:

syukran..
insyaAllah..aamiin..

at-toriq:
slm syg juga..:))
oh ye..may this touches any soul that came across it,insyaAllah..:)

oh ye?.hehe..piqa bese2 je kot..pe2 pon hujan tu rahmat kan?.:)

iqbalsyarie:

wslm.oh ye?..xperasan pulak..
mge ade manfaatnya,insyaAllah..
thanks!

fitri:

insyaAllah..terima kasih ats nasihat...
mge ALLAH permudahkan..:)

Mr enliGhtEnment.. at: January 17, 2010 at 5:59 PM said...

ngah ade problem ke??chill out~ tulis je kt blog..kdg2, some problem tu kite juz rse without nmpak ape msalah y sebenar..bila da tulis, br kite nmpak and then we'll figure out how to tackle it..sesungguhnya Allah bersama org2 y sabar..

tulip putih at: January 18, 2010 at 5:04 PM said...

hm..problems come and go right?
that's the norm of life..
in a way, problems could urge us to go back to Allah to ask for His help n forgveness kan?..:)
hm, tulis kat blog?
ni dah tulis dah ni.. tp selalunya x kan reveal the exact problems that I encountered. but I love to write someting, in a way of reflecting to the condition/situation/difficulties that I faced. that's my way of writing la..:)
insyaAllah..
thanks 4da advices my friend! really appreciate that!
insyaAllah..
innallaha maasobiriin..
setiap kesusahan ada kemudahan kan.insyaAllah.
sungguh, ujian kesenangan n kesusahan itu tarbiyyah free dr Allah...:)alhamdulillah..

jzkk!

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine