Kita wujud kerana ALLAH. Kita hidup kerana ALLAH. Kita melakukan semua ini kerana ALLAH. Sedarkah kita, hasil yang kita peroleh sekarang ini SEMUANYA hanya dari ALLAH?
Maksudku, usaha kita langsung tidak memberi apa-apa kesan pada hakikatnya. Hanya ALLAH yang menentukan hasilnya. Usaha hanya usaha.Hasil itu SEMUANYA dari ALLAH.
Tidakkah kita memahami hakikat ini?
Sejauh mana kita mengimani hakikat ini?
Apakah sebenarnya yang telah terjadi… di saat kita sibuk berdakwah dan ditarbiyah, keghairahan kita untuk menjaga hubungan kita dengan ALLAH ibarat sudah hilang. Seakan-akan kita mempercayai usaha kita yang akan memenangkan dakwah ini, bukannya ALLAH.
Solat di masjid sudah kita permudahkan.
Pergi bila kita rasa nak pergi…
Subuh di masjid boleh bilang dengan jari.
Qiamullail apatah lagi…
Isyak di masjid dilihat terlalu sukar.
Sudah terlalu lewat dan amat penat untuk menghayunkan langkah.
Tidaklah aku terlalu risau sekiranya kita masih bermujahadah untuk memenuhi tuntutan ruh untuk memenangkan dakwah ini. Namun apa yang ku lihat, ramai ikhwah yang dengan pantas memberi alasan apabila ditanya tentang kegagalannya menjaga amal.
Alasan sebelum keinginan.
Alasan sebelum mujahadah.
Alasan sebelum mencuba.
Alasan sebelum berfikir mengatasi keuzurannya.
Alasan sebelum bertindak.
“Subuh cepatlah sekarang. Susah syeikh”, alasan pertama.
“Isyak lewat sekarang ni. Balik kelas dah penat. Tak larat dah,” alasan kedua.
Alasan dan alasan. Boleh sahaja ku nyatakan pelbagai alasan lain. Alasan yang diberi hanya untuk memberi alasan. Tiada apa-apa muhasabah diri dan keinginan untuk berubah. Keinginan untuk mengatur masanya untuk waktu solat. Keinginan untuk mujahadah.
Hilang ghairah dalam beramal!
Seakan-akan sudah tidak percaya, amal kita yang lemah akan membuatkandakwah kita lumpuh. Bukankah kita mengajak orang kepada ALLAH? Bukankah diri kita dahulu yang perlu sampai kepada-Nya?
Barisan kita yang semakin bertambah ini pastinya akan menjadi beban jemaahapabila amal pemimpinnya ibarat mereka yang langsung tidak ditarbiyah. Apabila pemimpinnya bertuhankan usaha. Aqidahnya terpesong - usaha kita yang akan memenangkan dakwah kita!
*********
T_T.
Ya Allah, ampunkan aku dan orang-orang yang bersama-samaku.
Moga Allah permudahkan segalanya. Ya Allah, kau sebaik-baik tempat bergantung.
3 voice (s):
subuh di masjid boleh dibilang dgn jari...kuatkanlah daku untuk mengatasi kemalasan ini T_T
Ayat al quran yang diletakkan di awal-awal tu betul-betul bagi kesan pada saya.
Jazakillahu khairan katsira.
bahaya sungguh bila kita fikir kita boleh berjaya tanpaNya
Post a Comment