Pages

Expectation

Friday, July 9, 2010 Read Comment
Kadang-kadang, kita terlalu letak banyak expectation yang kita mahu capai.

Kadang-kadang, banyak perkara yang kita expect dalam life kita sampaikan kita pon tidak mampu melakukannya.

Terlalu banyak expectation yang kita set kan,

terhadap keadaan sekeliling kita, objek da'wah kita yang paling hampir,

terhadap mutabaah a'mal kita, hafalan kita, bacaan kita, hak kita, dan macam - macam lagi.

Sila belajar untuk letak target berkadaran dengan situasi, keadaan, dan kekuatan yang kita ada.

Allah ada untuk bantu kita.

A'mal yang diterjemah dari expectation - expectation ini sangat berkadaran dengan tahap iman seorang hamba.

Seperti voltmeter, semakin tinggi daya tenaga yang dikenakan,

semakin tinggi nilai voltan yang akan ditunjukkan oleh jarum pada voltmeter itu.

Iman yang melonjakkan a'mal seseorang, terutama dalam a'mal da'wah dan a'mal fardi.

Apa pula dengan expectation Allah dengan kita?

Ya Allah, aku sangat malu denganMu ya Allah.

terlalu banyak expectation Engkau yang patut aku a'malkan

terlalu banyak jentikan-jentikan hidayah Engkau melalu ilhamMu secara direct kepadaku,

mahupun asbab-asbab hidayah di sekiling aku.

terutama dalam setiap episod kehidupan yang berlaku dalam hidupku.

juga dalam bacaan-bacaan dan perkongsian orang lain yang menjadi asbab hidayahMu sampai kepadaku.

Tatkala iman yang tidak cukup kukuh dan seringkali goyah,

Engkau pimpinlah dengan petunjukMu yang sangat agung!

"buat dulu mana yang mampu,nanti takut bagi banyak-banyak takut tak dapat capai"
"Cuba cek list-list dalam 10 muwasofat tarbiyyah, dah habis buat?"

Ini baru a'mal fardi, amal da'wah?
T_T

Ya Allah Ya Rabbi, teguhkan iman kami,
moga tabah hati tak berbelah bagi.
(Lagu 'muda2' dulu, - Jalan Da'wah)
***

Aku malu ya Allah,

Keluhan - keluhan ini sangat tidak setimpal dengan siksaan-siksaan yang engkau pernah turunkan pada nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Saat mereka sedang mengalami penyiksaan yang amat sangat,
lantas Khabbab bin Al-A'rat di mana anggota badannya hangus - hangus berkata kepada Rasulullah,

"Wahai Rasululullah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Tuhan untuk sekelian?"

Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata:

"Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pernah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ke tulang dan urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka,
biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dari San'a' ke Hadralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah"

"Kalau engkau terasa pelik dan ganjil tentang azab sengsara yang kamu tempuhi itu ketika ke jalan Allah,
maka percayalah itulah JalanNya.
Inilah sistem dan sunnah Allah untuk sekelian hambaNya yang beriman denganNya,
percayalah bahawa mereka yang terdahulu pernah dicakar-cakar badan mereka dengan penyakar besi,
tetapi keimanan mereka tidak berganjak."

(Fiqh Al-Sirah 1, Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti)

Berbeza sungguh 'keadaan' mereka, dengan 'keadaaan' kita!
Sungguh comfort!

0 voice (s):

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine