Pages

Satu dari Dua

Monday, August 2, 2010 Read Comment

"Tetapi, aku memohon keampunan dari Ar-Rahman,
Di samping sebilah pedang yang memancungku,
Memancutkan darahku,
atau sebatang tombak menusuk dadaku,
Mengoyak dadaku, mengoyak jantungku,

Supaya orang yang melintasi atas pusaraku berkata:
Wahai Allah, pejuangMu telah menempah kejayaan,
Allah telah menganugerahkan kurniaan kepada pejuang,
PejuangMu telah mendapat hidayat dariMu"

(Syair 'Abdullah ibn Ruwahah)


Berita bilangan musuh seramai dua ratus ribu orang itu juga sampai kepada tentera Muslimin.
Mereka berhenti di Muaan selama dua malam memikirkan apa yang harus dilakukan.

Kata mereka :

"Baik kita tulis surat kepada Rasulullah memberitahu kepadanya bilangan musuh".

Tetapi Abdullah ibn Ruwahah tetap berkeras dan memberangsangkan mereka supaya terus berjuang.

Katanya,

"Wahai orang-orang Muslimin,

demi Allah, apa yang ditakutkan?

Untuk apa kita keluar ini?

Tidakkah dengan tujuan syahid?

Kita berperang bukan kerana berdasarkan bilangan ramai

dan bukan dengan kekuatan.

Tetapi kita berperang kerana menegakkan Islam,

dengannya kita mendapat kemuliaan dari Allah.

Ayuh maju ke hadapan!

Satu dari dua kejayaan sudah pasti akan tercapai,

iaitu KEMENANGAN atau SYAHID"

(Ghazwah Mu'tah,
Fiqh Al-Sirah 3, Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti)

SubhanaAllah, hebat sungguh figur-figur terdahulu.
Kehidupan mereka hanya untuk salah satu dari dua,
hidup dalam kemenangan atau mati syahid.

Ya Allah, kuatkan hati - hati ini.

Saat diri - diri kita akan bertukar tanah dan 'qiblat',
Saat diri - diri kita perlunya untuk ada a'mal jama'ie,
Saling dan saling kuat dan menguatkan,
Sungguh mudah untuk mengatakan 'fastaqim kama umirt',
tapi sungguh berat untuk menga'malkan istiqomah itu.

Astaghfirllah Al-A'zim,
banyak sungguh kelalaian-kelalaian aku dek tempias duniawi, biarpun baru sekejap berlalu 'hari-hari' itu,

“Ya Muqollibal qulub, thabbit qulubana ‘ala deenik, wa ‘ala tho’atik”

Moga kita terus thabat, dan kuat.insyaAllah.
Kekuatan itu datangnya dari Allah jua.


Sungguh practical itu sungguh mengajar diri yang sedang belajar.
Dari teori terus kepada 'practical' a'mal.
SubhanaAllah2!
Tarbiyyah Allah yang best!

2 voice (s):

Nur Najihah Ghazali at: August 3, 2010 at 1:19 AM said...

tariq bin ziyad,... " menang atau pun syahid "...

fieqa at: August 3, 2010 at 3:03 PM said...

:)

durratun nasuha / jihah!
rindu enti.
x sure bile kite nak jmpe lagi kan.
aritu x turun ek..
xpe2..

if x dpt jmpe lagi ke, moge Allah pertemukan kita di syurga :)
insyaAllah.

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine