Pages

It is not an easy road

Saturday, January 1, 2011 Read Comment

Kerana aku ingin katakan urusan membina manusia itu tidak mudah.
Ya, tidak mudah seperti yang disangka kan.
Memberi apa yang mereka perlu, bukan apa yang kita mahu.
Itu tidak mudah, dan bukan 'touch and go'.
Dan faktor umur juga bukan jadi penghalang,
sepertimana sangkaan sangkaan yang pernah ku pegang waktu dulu.

Dicampakkan ke kawasan lambakan mad'u, di tambah pula terhadnya tenaga murobbi.
Sedang diriku jua sedang dibina untuk menjadi murobbi yang mukhlis, muhsin, dan muttaqeen.

Pada Engkau sajalah tempat sebaik-baik pergantungan,
seriously im saying this.

Moga Allah permudahkan jalan-jalan kita.
Apabila mulanya fasa baru di uk dan ireland ini, membuka satu tirai 'baru' buat kita.
Kerja - kerja kita seharusnya lebih tersusun, sebagaimana tersusunnya gerak kerja rasululllah dalam setiap peperangan yang disertainya bersama para sahabat menentang golongan kufar.

Dan aku diajarkan untuk betul-betul bergantung padaNya.
Saat aku memikirkan setiap pattern mad'u mad'u di sini,
response-response mereka, atau keadaan mereka sekalipun terhadap gerak kerja da'wah di uk ini.
Moga fasa perubahan itu, menjadi asbab untuk Allah terus memberi hidayah pada hati hamba-hambaNya,
juga untuk Allah menapis dan memilih hati-hati yang sanggup menginfaqkan diri - diri mereka
untuk berada bersama-sama dengan kafilah ini.

Apa yang aku ingin katakan,
aku sangat yaqin,
saat ini, di setiap tempat, dan di setiap keadaan,
rijal-rijal pilihan Allah sedang bangkit dengan hamasah dan iman,
bersungguh-sungguh menggembeleng harta dan jiwa mereka untuk jalan Allah.

Kerana ghoyah kita hanya satu, Allah ghoyatuna.
Dengan tertegakkan islam di atas muka bumi ini sajalah caranya untuk kita dapat redha Allah.
Sekalipun saat syahidnya kita, islam itu belum tertegak, apatah lagi daulah islamiyyah itu belum lagi terbina.
Sepertimana rasulullah yang tidak ditaqdirkan oleh Allah untuk menyaksikan islam itu tertegak sebagai ustaziatul a'lam.
Namun, ingatlah penolong - penolong agama Allah,
kita sudah bersaksi, syahadah kita yang akan dipersoalkan kelak di akhirat sana.
Teruskan melangkah, menapaki jalan yang panjang ini,
kamu akan menjumpai kemanisan-kemanisan nya. insyaAllah.

Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata..
(Al-Baqarah, 2:193)


Semuanya kerana cinta kita pada Allah, pada RasulNya, pada risalah agung ini.

Please make effort and du'a!

"Hati orang beriman itu peka dan sensitif"


Rijalud da'wah,
Parham Road, Canterbury,
Uk.

4 voice (s):

sabrina at: January 3, 2011 at 2:14 AM said...

moga terus thabat pd jalanNya :)

islahmujahidin at: January 4, 2011 at 7:42 PM said...

Semoga Sentiasa Bersama Tarbiyah dan da3wah insyaALLAH

tulip putih at: January 8, 2011 at 4:36 AM said...

jzkk.

insyaAllah.

lets make effort n du'a!

tawakkal.

tulip putih at: January 8, 2011 at 4:41 AM said...

sab : jzkk yer! :) :D
rindu nye nok jumpaaaaaaaaaaaaa!
moga trus istiqamah n thabat kt us tu yer! <3 <3

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine