Pages

Kerana ia hidup

Monday, August 22, 2011 Read Comment
Kerana aku sungguh tidak layak untuk menutur kata-kata

dek sedikit benar amalanku, 
sedikit benar bacaanku, 
sedikit benar jihadku, 

tidak seperti mereka - mereka yang sungguh tinggi imannya, hebat hamasahnya, jitu langkah perjuangannya. 

Laksana kaum salaf yang terlebih dahulu mengimani jalan da'wah ini, 
dan amal mereka mendahului kata-kata mereka. 
dan mereka lebih menyukai untuk diam berbanding bercakap, lantas pabila mengukir perkataan di bibir, 
itu dapat memadamkan kemaraan jahiliyyah. 

kerana da'wah ini membuatkan hati dan perasaan kita hidup, 
hati yang sentiasa berurusan dengan Allah, setiap saat dalam tindak tanduk merasai diawasi oleh Allah rabbul jalil. 
juga ketinggian tawakkal dan kebergantungan dengan Allah!

"sesungguhnya perasaan yang hidup itulah yang menjadikan rahsia keberadaan dan kebangkitan kita” 

(Abbas As-Siisiy)

hidupkan hati kita untuk sentiasa memiliki iman yang menggerakkan. 
be it melalui apa jua pon. 
sila berusaha. tarbiyyah dan da'wah ini melahirkan jiwa daie yang cukup kental,  
tidak cair dan lesu, 
ke mana - mana perasaannya hidup. 
mendarahkan dagingkan da'wah hinggakan setiap denyutan jantung itu tidak lari dari memikirkan da'wah Allah yang terlalu suci ini. 

ayuh, kita terus memurnikan langkah, moga kita tidak menjadi beban kepada orang yang membina kita (petikan buku al-awaiq). 
medan beramal di depan mata kita. Allahuakbar. 

hari ini saya terbaca tentang syurga tulisan amru khalid dalam buku hati sebening mata air, 
cepat membuatkan  hati saya terus sayu memikirkan layakkah saya untuk memasuki syurga Allah yang menjangkaui expectation kita.Sungguh.  
Allah ini terlalu menyayangi kita semua. T_________T

Allahumma balighna lailatul qadr.....

I believe that my dear sisters fillah semua sedang berusaha kan?
jalan ini panjang akhawwat, teruskan langkah hingga ke titisan nafas terakhir!

Moga kita dikurniakan istiqamah dan thabat iAllah. 





(in case masih ada yang baca, so sy update kt sini)
link baru blog saya : http://tawakkalkita.blogspot.com/

1 voice (s):

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine