Pages

Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts

Siapa Aku

Sunday, November 29, 2009 6 voice (s)

SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-JauraMasihiahh,
Selatan Tebing Gaza, 1938 ,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan…

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma’ Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy’al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 – Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah…

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

Sumber: Siapa Aku?

p/s- waa.sedih tengok gambar ni. orang yang lumpuh boleh sumbang untuk agama. Kita? =(

Pemuda

Tuesday, November 24, 2009 17 voice (s)

"Ketika kaum Muslimin termasuk para ulama dan daie yang menyeru keesaan Allah terlepas dari kecenderungan kecintaan terhadap dunia dan berlebih-lebihan dalam bersenang-senang dalam kelazatan dan kesenangan, mereka pun menjadi pembimbing manusia, memperbaiki masyarakat dan berusaha menegakkan hukum Allah di muka bumi sebagai cita-citanya yang paling besar"

"Ketahuilah wahai kaum muda, bahawa kelompok orang-orang beriman yang bermarkas di Dar Al-Arqam dan yang dengan tangan mereka terwujud kemenangan islam, adalah para pemuda. Rasulullah S.A.W ketika diutus berusia empat puluh tahun; Abu Bakar r.a lebih muda tiga tahun daripada beliau; Umar r.a dua puluh tujuh tahun; Othman lebih muda daripada Rasulullah dan Ali lebih muda daripada semuanya. Begitu pula Abdullah bin Ma'ud, Abdurrahman bin' Auf, al-Arqam bin Abu Arqam, Sa'id bin Zaid, Mus'ab bin Umair, Bilal bin Rabbah, Ammar bin Yasir, dan berpuluh yang lainnya bahkan beratus-ratus, semua mereka para pemuda"

(kata-kata Syeikh Dr.Abdulllah Nasih Ulwan,
dalam buku "Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden")


"Mujahid Fathi Yakan berkata, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
"

"Menurut Imam Syahid Hasan Al-Banna, perbaikan suatu umat tidak akan terwujud kecuali dengan perbaikan individu, yang dalam hal ini adalah pemuda. Perbaikan individu (pemuda) tidak akan berjaya kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan. Apa yang dimaksud dengan pembinaan adalah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna, mengarahkan hati agar sentiasa muraqabatullah dan sentiasa berdo’a, serta komited dalam proses pertarbiahan jiwa dan sentiasa muhasabah diri."

Firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Rabb-Nya dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka….” (QS. Al-Kahfi:13).

Ayuh golongan pemuda!
Kamulah harapan agama!
Sibukkan dirimu dalam urusan pembinaan (tarbiyah) diri!
Agama memerlukan kamu untuk menaikkan kembali islam hingga berada di tempat teratas!

Para pemuda itulah yang memikul beban dakwah. Mereka itulah yang penuh kesabaran, yang pernah mengalami siksaan dan mahu berkorban demi dakwah. Mereka bekerja siang dan malam, mereka sebar dan wujudkan islam itu dengan segala kekuatan demi terbentuknya negara dan kekuasaan islam, pemerintahan dan kepimpinan kaum Muslimin itu.
(Syeikh Dr.Abdullah Nasih Ulwan)

Bacaan lanjutan:

Aspirasi pemuda pelopor perubahan
Daieyah Zainab Al-Ghazali

P.s: Saya baru tukar template blog! I like.I like. ^^
Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine