Pages

aku , dia dan kamu

Saturday, July 4, 2009 Read Comment

aku adalah aku,
dia adalah dia,
kamu adalah kamu.

dulu,
waktu aku lihat dia,

lihat cara pemakaiannya,

lihat cara pertuturannya,

lihat cara dia mengatur hidupnya,

ku tak fikir apa-apa.

ku rasa "biarlah dia.itu memang cara hidupnya".

langsung tak terfikir untuk mengikut,

langsung tak terfikir untuk bertanya,

langsung tak terfikir untuk mendalami.

kerna ku rasa,
dia adalah dia,

dan semestinya,

aku adalah aku.


tapi kini,
tanpa disedari,
dengan izin Allah,
aku jadi seperti dia,
alhamdulillah.
ku ucap syukur.
baru ku tahu,
orang sepertinya punya matlamat sendiri.
mahukan aku dan yang lain jadi seperti dia.
mungkin waktu itu aku kurang sedar,
dan kini aku sedar,
betapa aku perlu jadi seperti dia.
walau aku sangat hina,
tetapi ku gagahi jua,
aku ingin jadi seperti dia,
semata - mata keranaNya.


dan kamu?
juga perlu menjadi seperti aku dan dia.

bukan kehendakku atau kehendak dia,
tetapi kehendakNya.

aku ingin kamu jadi sepertiku.

walau aku sangat hina,

walau aku sangat kerdil disisinya,

walau ilmu tidak banyak mana..

tetapi..

aku ingin kamu faham apa yang aku faham,
aku ingin kamu rasa apa yang aku rasa,

aku ingin kamu tahu apa yang aku tahu,

aku ingin kamu mengerti apa yan aku mengerti..


aku sangat ingin..


sedih.
aku sedih kerana aku tidak berupaya mengajak kamu.

aku sedih kerana aku tidak berjaya bercerita dengan kamu.

aku sedih kalau aku tidak beritahu apa yang aku tahu.


cuba.
aku cuba sedaya upayaku.
aku usaha semana aku mampu.

yakin.
aku yakin dengan ketentuanNya.

hidayahNya itu ada di mana - mana.

aku yakin hidayah itu akan singgah juga dihati kamu..


aku yakin..


aku lama lagi akan bersama kamu,
insyaAllah,
dan aku,
aku hanya mampu berusaha..
namun DIA juga yang menentukannya.


Ya Allah, bantulah aku, dia dan kamu sama mengenalMu Ya ALLAH!..

aku takut,
aku takut akan amanah ini..

betapa aku rasa perasaan dia,
bila aku berada di tempat dia.


moga aku, dia dan kamu mengerti..

aamiiin...

6 voice (s):

ieraros at: July 4, 2009 at 11:44 AM said...

salam..
akak..best la post nih..
sgt straight to the point,
n sgt jelas mksud dy..
bile kte tngok
org yg lbih baik dri kte,
ade 2 respon,
1st,rse nk ikot
2nd,xmmpu la nk jd cm dy..cmni pn da ok da rseny..
kdg2,rse cmni gak..
hu~
moge2 dpt trus b'istiqomah..

insyaAllah..

=)

fieqa at: July 4, 2009 at 2:40 PM said...

wslm iejan,

straight eh..
hehe..moge spe2 y mmbacany dpt mengambil pelajaran..
tergerak nk wat post nie..
ditujukan post ni kat segrup of manusia snanya..n sama2 la kite amek pengajaran..
btol3...
kite nk jdi orang y baek2 tu kan..walau diri byk je lalai..hu3..

n skrg betapa peri penting nya tugasan mengajak orang lain..
skrg diumpamakan zaman kita ni cm zaman mekah n madinah time zaman rasulullah dulu..di mana kegiatan dakwah sgt tenat dijalankan..
tp kita disini?..
hanya duduk shja kan..termasuk diri ini..
hurm..

moge kite semua trus istiqamah, n trus dpt kekalkan tarbiyah dlm diri..

insyaAllah..

PuteriBonda Anis at: July 5, 2009 at 11:21 AM said...

salam fieqa

nice post
hhehe
da start bersastera juga^_^
hihi

yup, kita akn lebih mengerti perasaan orng itu
bila kita berada di tempatnya

lain orng, lain identiti
bukan semestinya semua orang harus mengikuti
cara satu individu insani
tetapi biarlah diambil
nilai baik dalam diri
insan yang ingin dicontohi
bkn berubah totally
kan?

=)

fieqa at: July 5, 2009 at 12:04 PM said...

nisa,

har3..
sje je..terasa best plaks express something via this method..=p


btol3..
aku sokong..
kita akn lebih mengerti perasaan orng itu
bila kita berada di tempatnya

hurm..btol3..
thanks coz share mnde tue..
btol3..
thanks..
x semua kene ikot cara kite, biarlah mengambil apa y baek drnya..insyaAllah..

hurm..
cite sal berubah secara total,
aku dgr satu ceramah nie,
dia kate la,
kalau nk berubah, kene berubah seluruhnya,
tp for the beginning, beter slow2 la kan..
maybe reason kene berubah secara total tue, coz islam nie kan xde yg separuh2..
ada dua je, jalan kejahatan dan jalan ketakwaan (surah as-syam)..

tp pendapatku, memang susa la nk berubah secara total, kalo slow2 bagus jugak kan..
xde la extreme sgt..
bersyukur nya kalo ramai y mahu berubah mnjadi lebih baek..
insyaAllah..
sama2 kita doakan..=)

PuteriBonda Anis at: July 7, 2009 at 12:28 PM said...

yup
insyaAllah

=)

fieqa at: July 8, 2009 at 12:26 PM said...

INSYAALLAH!..

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine