Pages

bila hati berkata - kata..

Monday, August 10, 2009 Read Comment
desktop laptopku::

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.


diri lemah,
diri takut,
diri miskin dengan amal ibadah
diri hina dari pandanganNya..

tapi ingatlah diri,
teroponglah apa jua perkara dari kaca mata islam
jika apa yang diniatkan keranaNya

hati kita akan sentiasa berlapang dada

hati kita akan sentiasa menerima
kini,

ku berpeluang berhubung dengan ramai orang,

ku berjumpa dengan pelbagai ragam,

mendalami pelbagai cerita dan pengalaman,

dan itu membuka mata aku,

kadangkala,
dan mungkin seringkali,

hatiku sangat sebak,

walau aku tidak taat mana padaNya,

walau aku tidak patuh mana kepada tuhan kita,

tetapi ingatlah wahai hati,
Dia sangat menyayangi hamba-hambaNya.

DIa sangat mahu kita kembali kepada Dia,

Apa jua yang diturunkan kepada kita,

dalam bentuk ujian, musibah, atau kesenangan.

Itu petanda Dia masih sayangkan kita,

Tidak percayakah kita?


Malam itu, biar diri kurang upaya,
saki baki penat sangat terasa,

tetapi diri yakin Allah sentiasa bersama,

walau perkara yang dijangka tidak ada,

tidak mengapalah.
Ku ucap syukur,
rupanya ada hikmah lain yang tersimpan

yang menjangkaui mata hatiku.

Otak ligat berfikir, dan hati pantas menafsir,
ini hidayah dari yang Esa,
alhamdulillah singgah di hati kita,

Betulkan!

jangan mudah melenting jika satu perkara tidak menjadi,

sebaliknya yakin ada hikmah disebalinya,

ini peluang kita...


aku sangat sebak.

air mata seakan ingin mengalir,
tapi ku tahan saja.

ku lihat bagaimana dia
cuba memberi kefahaman Islam
dalam perbualan itu.
dakwah fardiyah mungkin itu pendekatannya..

ku cuba juga menyelit - nyelit menambah idea,
walau ilmu tak banyak mana.
melihat adik baru yang semangat dengan cerita - ceritanya,

bagaimana ku sedar,

dalam 'menjaga' kebajikan orang,
platform ini dapat digunakan untuk mendekati manusia.
Oh Allah!!
ku ucap syukur.
Kau singgahkan hidayahMu dan jawapan

kepada pertanyaan yang selama ini ku tercari - cari.

Alhamdulillah,
atas perkara yang berlaku pada malam itu.

terlalu banyak yang dikongsi,

membuka mat
a menjernihkan hati.

nukilan ini mungkin sukar ditafsir
oleh orang yang tidak mengalami/ tidak berada dalam situasi penulis.

moga ianya dapat dijadikan pedoman dan renungan
dalam mengharungi kehidupan.

fikir- fikirlah apa matlamat kita hidup di atas muka bumi,
Allah tak menjadikan manusia itu sia - sia,
sebaliknya untuk menjadi khalifah
yang memegang pelbagai tanggunggjawab.


Indahnya hidup ini
jika kita memasukkan islam itu secara kesuluruhan dalam hidup kita,

insyaAllah.


sedarlah wahai diri,

sedarlah wahai sahabat,

diri merintih,

berlumba - lumbalah untuk menambahkan kefahaman islam dalam diri,

agar diri dan hati terdidik,

dan moga diterjemah dalam bentuk amal perbuatan.


hidup ini penuh manipulasi,

pelbagai ragam manusia kita jumpai,
sama-sama tingkatkan kefahaman islam dalam diri,

agar yang lain turut sama mengikuti,

moga kita sama- sama membina negara islam.

insyaAllah..
tiada masa lagi untuk berseloka dan bersuka ria,
banyak lagi peranan yang tak terlaksana,

ayuh kita bangkit bersama2!

moga roh dai'e tetap kekal mekar dalam diri kita semua,
insyaAllah..

masih sempat lagi untuk berpatah balik,

ambil langkah dan terus bergerak!
ayuh!
tegakkan islam hingga islam berada di tempat teratas,

maka tertegaklah yang lain,
insyaAllah

tanggungjawab ini tergalas di bahu aku, kamu dan dia..

tidak terasa kah kita??

percaya sahabat,
setiap yang berlaku dalam hidup kita,
ada nilai tarbiyah yang Allah ingin turunkan pada kita..
try to see things from other/different perspectives,
yet you will discover it..
insyaAllah..
ia berlaku tanpa kita sedar atau pon tidak..

moga hidayahNya, sentiasa mekar dalam hati - hati kita,
insyaAllah..
lihatlah dunia dari kaca mata islam..
kelak kamu akan merasa puas,
insyaAllah

2 voice (s):

PuteriBonda Anis at: August 12, 2009 at 2:06 PM said...

salam fieqa

sorry for being silent with no news or updates from me..
we haven't contact for quite a long time right?
huhu
i miss u so much..

=)

anyway, i always pray for ur best and for ur happiness..
fieqa
eventhough i am not in that situation,
maybe i can understand quite-a-little-feeling like urs at that moment..

for me..
yeah
i do believe that experience is the best teacher..
furthermore, people keep repeating this statement right?

but, on the other hand..
for me..
how much time we have to experience everything in this world that may benefit us right?
until we die, we still haven't enough time to experience all..

that's why,
other peoples' experience sometimes may teach us something valuable and priceless..

for me..
sometimes,
we need not to experience everything in this world to learn something,
but other peoples' experience may sometimes do teach us something.

agree?

=)

p/s: keep mujahadah k. insyaAllah.

fieqa at: September 21, 2009 at 3:31 PM said...

salam nisah,
lmbt giler kot aku rply post nie..
br tergerak nk baca post2 terdahulu..hehe...

yup2!
u'r correct in that sense..
sometimes, we don't need to experience everything, but others' xprerience might teach us something..
insyaALLAH..

thanks for undestanding my situation..=)

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine