Pages

Target Ramadhan!

Monday, August 24, 2009 Read Comment

"Eh, kau agak-agaknya nak kahwin umur berapa?"
"Aku dalam 25 kot..haha..entah lah..calon pon takde!"


Penulis tersenyum.
Bab - bab kahwin ini masih terlalu awal rasanya.
Terasa masih mentah.
Banyak lagi hal yang perlu diperbaiki.
Belum sesuai pada waktu.
Diri sendiri perlu diperbetul dahulu.
Kalau tak, macam mana mahu membina "baitul muslim".
Kalau dah ada calon pon, diri perlu menahan.
Ya. Mungkin. Tersenyum sendiri.

Dalam bab-bab kahwin.
Masing - masing ada target.
Mungkin perkara ini ialah satu 'turning point' pada sesetengah orang.
Ya.Mungkin. Terdiam sendiri.

Perihal Ramadhan.
Hari ini masuk hari ketiga kita tunaikan puasa. Hamdalah.
Solat tarawikh pon makin ramai yang datang.
Tapi kebanyakan dari golongan 'berusia'.
Mana pergi anak-anak muda?

Kembali perihal target tadi.
Bila bab kahwin, masing-masing pasang target.
Calon yang macam mana yang diimpikan.
Bila nak langsung. Lepas belajar baru fikir kah.
Macam - macam.

Sekarang kita berada dalam bulan Ramadhan.
Bulan yang Allah banyak bagi ganjaran.
Tak ternilai rasanya.
Tapi, adakah kita ambil peduli?

Kalau dalam bab kahwin,
masing - masing pasang target.
Masing - masing pasang angan - angan.
Jadi tak salahkan kita aplikasi benda yang sama.
Bulan ramadhan sangat mulia.
Sayangnya jika kita membiarkannya tanpa dinikmati.
Sedih.

hadits sahih Bukhari, Rasulullah pernah mengatakan

““Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu


Penulis teruja.
Ada dalam kalangan kita sudah siap2 pasang target.
Tertempelak kat diri sendiri.
"Aku sudah ada targetkah untuk ramadhan kali ini?.
Takkan nak biar lalu gitu je!
Ruginya aku!"

Target mereka.
Ada yang nak khatam alquran hingga habis.
Ada yang nak hari - hari bangun qiam.
Ada yang pasang target setiap lepas solat baca 10 helai alquran.
Solat - solat sunat.
Disamping memperbaiki akhlak diri.
Ada juga yang nak cover balik hafazan alqurannya.
Wah!. Bagusnya!
Aku macam mana?

Diri penulis.
Post ini semata - mata ingin mengingatkan diri sendiri.
Penulis memang ada pasang target.
Tapi biarlah penulis mencabar diri dalam diam.
Takut tak terlaksana dek diri sendiri.
Tapi penulis memang pasang azam.
InsyaAllah.

Doakan sama
-sama dapat pertingkatkan diri.
Doakan sama-sama terus diberi hidayahNya.
Doakan sama-sama dapat terus bergerak untuk mengajak orang.
Aamiin ya rabbal alamin.
Mari kita hayati amal kita dengan ikhlas.
Jangan dikotori hati.
Jom sama - sama hayati bulan ramadhan.
Selamat beramal!

Ini target penulis.
Apa target kamu?

Syaitan sudah tak ada.
Yang tinggal itu apa?

8 voice (s):

Unknown at: August 24, 2009 at 8:08 PM said...

haha..

pelik, apasal dikaitkan dgn kahwin
mushkil2.

sudah tak saba kah?

al-ikhsan at: August 24, 2009 at 11:49 PM said...

salam ramadan penuh barokah jua buatmu dan warga ipba semua!^^

hehe. bukannya dah lama tak visit, cuma dah lama tak komen je. tiap kali nak komen mesti ada prob server. tatau nape.ho3

neway, ana ucapkan salam ruhul mujahadah untuk enti! muga sama2 tercapai target ramadan kita ni untuk kita bawak as a navigator for the rest of the months.

=)

najihah iman at: August 25, 2009 at 2:13 AM said...

analogi menarik~ =)

ramadhan hnya dtg sekali setahun..
rancang sebaiknye...
slamat beramal :)

fieqa at: August 25, 2009 at 4:18 AM said...

ahmad baihaqi,

haha,=p
tatau2...ttbe teringat nk tulis camtue..ho3..

xde y peliknya..xde y musykil..
cam kat post tu ckp, diri masih x bersedia..=)
ilmu perlu lagi dicari..

fieqa at: August 25, 2009 at 4:22 AM said...

al-ikhsan,

salam ramdhan buatmu juga!

ohh yeke..ana mmg dah lme jugak x visit blog enta.time cuti2 br ade masa..

insyaAllah..
thanks 4da doa..insyaAllah, sama2 kite berusaha kutip pahala dlm bulan ramdhan ni!

=)

fieqa at: August 25, 2009 at 4:24 AM said...

najihah iman,

hehe.analogi menarik ek.
ntah..terfikir pasal analogi ni laks time taep tue..
sje nk tarik minat pembaca..=p

btul!
setahun sekali je kan.
tp y sekali ni la kite bg y terbaek!
insyaAllah..jom2 sama2 tingkatkan amal!..=)..

all the best fil imtihan!..^_^

Aliaa Zulkifli at: August 25, 2009 at 7:13 AM said...

weh, ko slalu wat aku konpius.
cik penulis, hg nk ckp psal kawen ke psal pose??
huu~

neway, slmt berpose!
rajen2 la trun terawih ye?
boleh kite lwn2 translate imam2 dr afghan tu ckp apa! hoho! (bajet aku fhm sgt la~)

p/s ko taw, aku bkk blog ko mlm2 terkejut aku. sound kuat gler. mujo lgu blog ko bleh tutup.

fieqa at: August 25, 2009 at 11:16 AM said...

Aliaa Ezekiel,

hahaha!..ko kompius ke makcik.
try baca slow2..
ak sje gune analogi kawen tu, coz tu cam menarik je..=p..ho3

aku cakap pasal puasa la mkcik, tp gune analogi kawin.hehe..

yup3!
slmat berpose juge ntok ko!
rajen2 turun terawikh eh!

hahaha..translate student2 afgan tue?..huaa..lme doh tinggal arab, tp sket2 ley la..perkataan y senang2..
naseb bek ader ustaz norazi tukang translate..kalo tak, meloponh jela kite dgr tazkirah dr org afgan..haha!
teringat time rabbani dtg, agak2 mesti dia pening dgr lagu nasyid dlm bahasa melayu..
nasib bek (allahyarham) ustaz asri ade nyanyi lagu arab..paham la jugak dorg..hehe..

p/s- ye ek makcik?.haha..naseb bek ade button tutop, klo x, msti ko bengang,hehe..best kan lagu ni?..kenal x?..=p..(teringat2~..=)

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine