Pages

Lelaki Perempuan

Monday, October 19, 2009 Read Comment

Wah. Touching sungguh saya tengok video ni. Mari-mari kita tengok sama-sama!! Kata - katanya sangat menusuk kalbu.
Tak bosan tengok banyak kali.Tak percaya? Jom tunggu loading.





Teringin nak buat post pasal lelaki dan perempuan. Interested? :))
Tapi masa tak mengizinkan.
Tengoklah nanti.:) InsyaALLAH.
Lelaki dan perempuan. Bagai ada magnet yang tertarik. Kan?Kan?
Nak tulis ayat konterversi sikit la.;p

"naseb baek mamat tue handsome, kalau tak, memang tak boleh blah"
"tak nak laaaa.. Tak handsome langsung!"



Aduhai. Masyarakat masa kini.
Pencarian bakal2 pasangan hidup dinilai melalui tahap ke'cun'an dan ke'handsome'an!
Sampai ada yang sangat merendah diri kerana diri tak punya rupa paras!

Kalau handsome and cun, kenapa ek?
Apa yang dapat?

Nanti anak cun, comel.
So?


Oh. Ayat saya rasanya kurang matang sikit. Tak mengapalah. Dalam proses mematangkan diri.
Kadangkala, kita lebih terkejar - kejar mencari siapa pasangan kita, berbanding, mencari diri sendiri.
Mencari jawapan kenapa ALLAH jadikan manusia di muka bumi.
Banyak lagi tanggungjawab yang patut kita laksanakan!
Sudah jadi muslim yang sebenar-benar muslim kah kita?
Atau muslim hanya sekadar nama!

Updated:
Oh, saya tersentak dengan commenter en.izzat naqib,


"kesempurnaan agama dalam menberi wasilah kepada keinginan fitrah insani jangan diketepi....agama ini mengajar kepada kita sesuatu yang jangan sesekali tidak dipeduli..."

Setuju.
Maksud saya di atas bukan menolak seratus peratus keinginan fitrah tersebut.
Pastilah kita akan mencari yang terbaik termasuk mengambil nilai rupa paras,
seperti Hadith Nabi ada menyebut,

Maksud:
Kamu Nikahi perempuan itu dengan empat perkara. kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, pilihlah kerana agamanya nescaya kau beruntung.

Sabda Rasulullah : Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kalian melihat kepadanya menenangkan hati...(hadith sahih riwayat Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Hakim).


Daripada Abi Hatim Al-Muzni ra yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : Sekiranya datang kepada kamu lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia sekiranya kamu tidak melakukannya maka akan berlakulah fitnah dan kerosakan di muka bumi (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 1085 dan sepertinya dari Ibn Majah dan Hakim).



Concern saya disini bermaksud pencarian pasangan bukanlah mengambil faktor fizikal semata-mata.

Kadangkala, saya sangat rimas dengan dunia yang penuh dengan mainan.
Hati - hati manusia dihiburkan dengan perkara yang tak sepatutnya dimain-mainkan.
Buat lalai hati saja.
Walaupun hanya barang permainan, tapi mungkin melalui 'mengena-ngena' kan dia dengan dia, tak takut timbul zina hati kah?. Hm,saya rungsing.
Terlalu menjaga perasaan si dia, yang si DIA bagaimana pula ya?

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akherat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” (Ar-Rum-30:64 )


Oh, sampai sini dulu ya.
Moga ALLAH lindung diri kita.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Sudah tercatat kita milik siapa.
Tak perlu risau. :)
Bila sampai masa, segalanya akan diketahui. (Biiznillah)

Oh,saya suka bait-bait terakhir dalam video ini.

"Janganlah adik gusar
,tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu, Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu, menggugurkan diri, menyembah tanah,sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu".


Ayuh, golongan hawa, jagalah perisaimu.
Jangan mudah tertunduk dengan golongan adam.
Jangan biarkan hatimu disentuh oleh cinta lelaki yang belum tentu lagi milikmu. Jika kamu cuba dipetik oleh si lelaki, bertindak sewajarnya.
Jagailah perisaimu. Laluilah jalan yang betul.
Jangan kau murahkan maruahmu.
Ingat janji-janjiNya.
Satu lagi.
Tutupilah auratmu. Kecilkan wajahmu.
Kaum adam bisa tergetar hati mereka melihat keayuan wajah-wajahmu.
Dahulukan cintaNya, berbanding cintanya.
Kelak kau akan menjumpai.InsyaALLAH


Mode:mengingatkan diri sendiri

11 voice (s):

PuteriBonda Anis at: October 18, 2009 at 4:58 PM said...

salam fieqa ^_^

wah, nice words from you!
even short but still meaningful

nk komen pnjng2, tp cam ader hal skunk nie..
hihi.
t nisa komen lg k, fieqa.

=)

selamat bermujahadah sahabatku.

=)

fieqa at: October 18, 2009 at 5:17 PM said...

wslm hanisah!

:)))

may the words touch any soul that came across it..

all of these are from ALLAH,
I'm just the mediator..:)

sila2..
I love your comment in my blog..
thoughtful opinion yet has someting to ponder..:)

Hamzah Marwan at: October 18, 2009 at 5:39 PM said...

mungkin sedikit kataa-kata menarik buat lelaki...perempuan itu lahirnya dari tulang rusuk kita...perlu dilentur agar ia tidak terus bengkok..namjun lenturannya tidak boleh terlalu kasar khuatir patah pula nanti, juga tidak bleh terlalu lembut, dikhuatiri tidak mampu untuk ia dilentur...namun enturlah dia dengan taqwa dan iman, moga terbenntuk hasil yang mencintai Tuhan

izzatnaqib at: October 18, 2009 at 11:04 PM said...

laki dan perempuan....masing2 saling memerlukan...namun keperluan sesama sendiri bukanlah atas dasar kenafsuan tetapi pengacuan hubungan dalam mencari mardhatillah....

kesempurnaan agama dalam menberi wasilah kepada keinginan fitrah insani jangan diketepi....agama ini mengajar kepada kita sesuatu yang jangan sesekali tidak dipeduli...

sebatikan agama dalam diri..pasti segala akan indah berseri

hamzah at: October 19, 2009 at 4:28 AM said...

satu sebab mengapa ada sesetengah golongan terus menolak cinta...kerana dia pon sebenarnya tidak mengenal apa itu cinta, adakah berlandaskan nafsu syahwat semata-mata...sesungghnya cinta itu terlalu dalam maknanya

Panglima Kungfu at: October 19, 2009 at 10:17 AM said...

Carilah pasangan boleh membantu kita meneruskan kerja-kerja dakwah. Yang benar-benar memahami pengabdian seorang hamba kepada Allah. Yang solid pemahamannya, bahawa pasangannya adalah milik mutlak Allah SWT.

Mari jengah blog saya;

http://fatba.blogspot.com/

Saya mahu kongsikan sedikit catatan saya;
http://fatba.blogspot.com/2009/04/kahwin.html
http://fatba.blogspot.com/2009/05/kahwin-sukarkah.html

fieqa at: October 21, 2009 at 10:37 AM said...

hamzah marwan,

terima kasih atas comment anda yang membina..
marilah kita mengenal apa erti cinta yang sebenar y berlandaskan syariatNya dan y membwa kita lebih mengenalNya., bukan dipengaruhi nafsu semata-mata..

terima kasih atas pandangan..
sangat dihargai..

fieqa at: October 21, 2009 at 10:39 AM said...

izzat naqib,

comment anda telah saya balas di entri ini..
terima kasih kerana menegur..
terima kasih juga atas pandangan membina..

moge2 kita terus tetap dan teguh berada dalam jalan ini, dan tidak dipengaruhi dengan anasir2 yg dapat menggaggu gugat tahap keimanan kita..insyaALLAH..

terima kasih lagi skali..

fieqa at: October 21, 2009 at 10:45 AM said...

oh, saya tersentak dengan kata-kata saudara..
diri pon tidak hebat mana,
tetapi ingatlah janji2 ALLAH,
perempuan yang baik ntok lelaki yang baik..
seblum perbetul n mencari orang lain, cari dan betulkan diri sndri dahulu..insyaALLAH, segala ketetapan yg ditentukanNya adalah y terbaek..

yup.
saya sokong comment anda..
memiliki pasangan yg memahamai hakikat seorang muslim y perlu memperjuangkan agama ALLAH lebih memudahkan kedua-dua pihak..lebih-lebih lagi, untuk menjalankan kerja dakwah, jika masing-masing bersefahaman akan betapa pentingnya dakwah tu kat zaman skrg nie, insyaALLAH, kurang mendatangkan masalah..

walau apa pun, kita hanya manusia biasa yang tidak mampu menjangka apa yg akan berlaku pd masa akan dtg.ttp, insyaALLAH, dgn berkat doa dan mujahadah, moga ALLAH permudahkan segalanya..
insyaALLAH..

sy nak quote, quotation y ade kat blog nie,

"Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa."

terima kasih atas pandangan saudara..
sangat dihargai..

Hamzah Marwan at: October 21, 2009 at 5:39 PM said...

mari faham sedikit rahsia ilmu...mengenai cinta..moga bermanfaat
http://nazrulnasir.blogspot.com/search/label/Cinta dan Kekeluargaan

fieqa at: October 22, 2009 at 8:59 AM said...

terima kasih atas perkongsian...

page tu sangat bermanfaat!
jom sama2 kita terjah!.^_^

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine