Pages

Kembali ke Pangkal

Wednesday, November 4, 2009 Read Comment
Manusia semakin ghairah menumpahkan darah,
Sengketa antara bangsa - Arya, Asia, Israel, Serbia, Jepun dan Eropah,
Sengketa antara agama - Islam, Kristian, Yahudi, Hindu,
Sengketa antara ideologi - Kapitalis, Komunis, dan Sosialis,
Sengketa antara kulit - hitam, putih, dan sawo matang.

Di dunia antarabangsa...
Perang! Perang! Perang!
Perang Dunia 1 - 19 juta nyawa terkorban
Perang Dunia ke-2 - 50 juta nyawa terkorban
Perang China-Jepun, Perang Arab-Israel
Perang India-Pakistan, Perang Iran-Iraq
Perang Afganistan-Rusia, Albania-Serbia
Perang Yugoslavia, Perang Rusia, Perang Korea
Perang Vietnam, Perang Bosnia, Perang Chechnya
Perang Dagestan, Perang Iraq, Perang Afganistan
Manusia suka berperang sama seperti sukakan kemajuan?

Di dalam negara...
Jenayah! Jenayah! Jenayah!
Dadah, rompak, bunuh diri,
alkohol, seks bebas,
sakit jiwa.. dan tekanan emosi
Di negara maju - orang membunuh tanpa tujuan
Di negara miskin - orang merusuh kerana kelaparan
Di negara membangun - orang mogok tuntut keadilan

Yang punya bagaikan meneguk air tujuh lautan
yang tiada bagaikan cemburru maya fatamorgana
sedikit menimbul rasa cemas
banyak masih terus memburu...
kerana tidak puas!
Inilah Qarun baru dalam dunia pasaran
Inilah Firaun baru dalam citra penjajahan

Apa yang dikatakan ketenangan...
menjadi semakin samar, semakin pudar...
semakin abstrak harmoni dalam kamar hati insani
dan akhirnya manusia terpaksa mencari...
di satu destinasi berbaur ilusi
terperangkap antara utopia & realiti

Bila alat disangka matlamat
Nikmat disangka hakikat...
Benda pun dinobat menjadi agama
Wujud Tuhan baru dalam fikiran dan perasaan,
Yang bernama kekayaan dan kelazatan,
keseronokan, kemasyhuran, dan daya pengeluaran...

Manusia kini perlu revolusi baru
Sesat dihujung jalan balik ke pangkalnya
Pangkal semua itu adalah agama!
Di situlah kemurniaan jiwa, kebersihan minda
Itulah punca bahagia
Pemadam krisis, peluntur sengketa.


(Adaptasi dari tulisan Pahrol Mohamad Juoi, - majalah Solusi,2009)
Tajuk majalah : Hidayah Kompas kehidupan (Isu No.12)
Terjumpa majalah ni. Sangat bermanfaat.
Tertarik dengan kata-kata di post nie.
Banyaknya perkara yang tidak diketahui, terutama perang2.T_T


Wahai orang - orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu (Al-Baqarah 2:208)

Kembalilah kepada AL-Quran dan As-Sunnah,
Disitu ada pelajaran untuk hamba-hambaNya yang menjadikan ALLAH matlamatnya.
Untuk kembalikan manusia kepada Al-Quran dan As-Sunnah,
peranan kita-kita untuk menyentuh hati-hati mereka supaya kembali ke pangkal jalan.
Supaya menghayati hakikat sebenar agama islam dalam kehidupan seorang muslim.
Moga ALLAH permudahkan jalan untuk kita terus melangkah.
InsyaALLAH.


Currently reading on "Hazadeen" (Inilah Islam) tulisan Sayyid Qutb
and Travelog Seorang Dai'e tulisan Abdul Rahman Mohamed
Tarbiyah itu mengambil proses yang perlahan-lahan.
Moga ALLAH memberi petunjuk jalan.InsyaALLAH.

2 voice (s):

PuteriBonda Anis at: November 6, 2009 at 1:44 AM said...

salam fieqa

bestnyer bc sajak ni
suka bc ^_^
especially part yg ni..

"Bila alat disangka matlamat
Nikmat disangka hakikat...
Benda pun dinobat menjadi agama
Wujud Tuhan baru dalam fikiran dan perasaan,
Yang bernama kekayaan dan kelazatan,
keseronokan, kemasyhuran, dan daya pengeluaran..."

betulla
kdng2,
kita selalu menyangka alat itulah perngakhiran hidup kita..
hakikatnya,
alat itu adalah wadah untuk kita mencapai matlamat..

btw, nice post fieqa
thanx 4 sharing.
sharela byk2 lg ea..!

=)

fieqa at: November 12, 2009 at 4:28 PM said...

nisa,

sorry for the late rply.
btol3..
kadang2, kita trlalu mengejarkan alat, hingga terlupa ada matlmat sebenar y patot kite prioriti kan..
yup..
alat adalah medium ntok capai matlamat,insyaALLAH..

thanks 4 commenting nisa!

psst, lme x chat kan..
sory xde masa sgt skrg.iskh3..
c u later kayh!

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine