Sesungguhnya orang yang cerdas itu ialah, orang yang memiliki hati yang selalu mengintrospeksi diri.
Dia menganggap bahawa dirinya itu selalu kekurangan.
Dan dia melihat bahawa amalnya itu adalah amal yang sedikit, tak kiralah betapa banyak sekalipun amal yang dikerjakannya.
Dan dia mensyukuri atas tiap-tiap nikmat yang dikurniakanNya.
Di saat dia memulakan langkahnya di jalan da’wah ini, dirinya berseru kepada sekalian alam;
“Allahu ghoyatuna”
“Allah adalah tujuan kami”
Ketika hari kebangkitan, tatkala orang ramai telahpun mengenali barisan para syuhada di jalanNya, dia tidak pula dikenali.
Namun dia tetap meyakini bahawa Allah akan memuliakannya sepertimana kata Umar R.A;
“Akan tetapi Allah yang memuliakan mereka dengan mati syahid, mengenal wajah dan nasab mereka.”
Tidaklah dia bergembira dan berpesta ria kerana orang ramai mengenalinya, dan tidaklah dia menangisi nasib diri tatkala jasa-jasa yang diperbuatnya tidak diketahui.
Sekiranya tidak yang sedemikian rupa, maka sesungguhnya anak panah syaitan telahpun mematikannya.
[rujukan: al-'awa'iq, muhammad ahmad ar-rasyid, robbani press]
Sumber: hazadeen.wordpress.com
0 voice (s):
Post a Comment