Pages

Sayonara

Sunday, November 8, 2009 Read Comment

Saya tertarik dengan hadis ni.
Even simple, tapi banyak memberi pengajaran.
Jom kita explore sama-sama.

Luangkan masa untuk bersihkan hati ya! ^_^

Dari Abu Hurayrah radiyallahu 'anh katanya :

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :

"Daripada keelokan Islam seorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya." Hadith ini hasan diriwayatkan oleh Tarmizi dan orang lainnya beginilah.

Barang yang dimaksudkan di sini ialah perbuatan dan percakapan.
Kebagusan islam bagi seseorang adalah

dengan meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya bagi kehidupan dunia dan agamanya,

berupa perkataan yang sia-sia,
perbuatan yang kosong yang menghabiskan waktu dan umur!

Dalam kehidupan kita, kadang-kadang x perasan sama ada perbuatan dan percakapan kita datangkan faedah ataupun tak.
Oh!. Sama-sama refleksi diri.
Kadang-kadang ada terngumpat.

Ada terkata.
Ada buat perkara-perkara yang tak beri faedah apa-apa pun.
Kita buat untuk puaskan nafsu saja.
Isyh2.


Rasulullah bersabda mengenai apa yang disebut dalam suhuf (buku-buku) Musa alayhissallam:

Bahawa orang yang berakal itu ada empat saja saat!

Saat pertama: Untuk bermunajat dengan tuhan.
Saat kedua: Untuk menghitung dirinya (Bermuhasabah)
Saat ketiga: Memikirkan perbuatan ALLAH.
Saat keempat: Untuk urusan hajatnya atau makan minumnya.

Semua empat saat harus diisi dengan pekerjaan!

Kalau direnung-renungkan kembali,
macam mana kita habiskan masa-masa kita?
Kalau satu hari ada 24 jam.Bahagi dengan empat (ikot saat-saat yang kat atas).
Maknanya, hanya 6 jam saja untuk diri kita.
(Tidur je dah berapa jam!)
Yang lain-lain disandarkan kepadaNya.
MashaALLAH.
Banyak nya masa kita dibazirkan!

Kalau kita sedar, masa-masa kita perlu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah,
mesti kita akan pastikan, setiap saat yang kita lalui diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Baca buku
Baca majalah yang dapat dekatkan diri dengan tuhan
Online benda-benda yang berfaedah
Tengok movie yang dapat menambahkan iman (susah nak cari ni)

Selalu lah koreksi diri,
"eh, benda ni aku buat ade benefit x?"
"kalau aku wat ni, dapat ape ek?"
"ilmu aku bertambah x ek kalau aku usha mende ni?"

Hati yang selalu rindukan Tuhan akan mencari apa jua yang dapat penuhi fitrah hatinya.
Fitrah hati,
yang inginkan makanan rohani.
yang sentiasa ingin diperingatkan.
Bukan mudah, tapi tak mustahil.
Untuk memahami islam sedalam-dalamnya memerlukan masa.
Masa yang diisi dengan tarbiyah.
Lapangkan dada kita untuk sentiasa

Wallahualam.
Moga tulisan ini memberi peringatan untuk diri sendiri dan menyentuh hati-hati yang membaca.
InsyaALLAH.

Rasulullah bersabda:
"Tiap-tiap perkataan anak adam adalah bencana atasnya, tidak baginya (iaitu tidak ada yang bermanfaat baginya); kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada ALLAH 'Azza wajalla."

Firman ALLAH:
Tiada kebaikan pada kebaikan dari bisikan mereka kecuali orang yang menyuruh dengan sadaqah atau kebaikan atau perdamaian antara manusia" (Surah An-Nisa-114)


Sayonara barang-barang yang tidak berguna!

p/s- rasanya first time saya post pasal hadith. Hope I can post more! ^_^. InsyaALLAH.

4 voice (s):

Hafizah Amnell at: November 9, 2009 at 1:50 AM said...

Ucu kne tlg adek !

megaa at: November 9, 2009 at 6:33 PM said...

sy tersentuh...

sy akn usaha ntok jd seorg y matang dan bijak dlm perbuatan n percakapn.

maklumlah umor dah nk masuk 20an ye kwn2.huhu.

ps:ak salu je jenguk ko.tp x tggl kumen.hehe.

fieqa at: November 18, 2009 at 6:37 PM said...

cik invisible,

adik!! insyaAllah, kite sama2....

iskh2..touching sungguh sharing td...

Ya ALLAH, kau kuatkan pergantungan kami padaMu...aamiin

fieqa at: November 18, 2009 at 6:40 PM said...

dayah,

iskh2..same2, aku pon tersentuh gaks..moge kita terbitkan rasa itu pada amal ye,insyaAllah..

hehe..yup2..da nk dekat 20 thun kan..
hm, but towards what extent we have used our age as maximum as we could?
~think to ponder~..=)

erks, hehe..thanks2..perasan jugak salu ade visitors dari jordan..aku target2 ko kot yg slalu jengok..hehehehe..~ perasan tol..hik2

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine