Apabila laut bergelombang, ombak menghempas dan angin bertiup kencang, si nelayan akan berseru : Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir sahara, haluan berubah arah dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, ia pun berseru : Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan datang silih berganti maka orang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati : Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Apabila segala pintu ditutup di hadapan para pengemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru : Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Apabila seorang calon SPM, runsing memikirkan jawapan yang hendak diisi dalam kertas jawapan, lantas pohon petunjuk dariNya: Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Apabila pelajar universiti dihujani dengan beban dan tugasan belajar, untuk setiap kali kegagalan, alangkah baiknya kita bersangka baik dengan Allah : Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita - cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru : Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat anda, sedangkan dirimu berasa seolah-olah dihimpit oleh segala yang ditanggungnya, berserulah : Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Apabila seorang dai'e terasa dirinya lemah untuk terus bangkit dan bergerak, lantas dia memanjatkan doa pohon kekuatan dariNya : Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Alangkah baiknya, dalam setiap perbuatan dan amal kita disandarkan kepada Allah, Tuhan Yang Esa. InsyaAllah.
Dia mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Setiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya" (Ar-Rahman :29)
Ya ALLAH, Ya Tuhanku,
aku bergantung harap padaMu.
Bantulah kami berjuang di jalanMu Ya Allah.
Adaptasi sedikit dari buku La Tahzan, karangan oleh Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
8 voice (s):
salam..
alangkah baiknya jika kita selalu ingt bahwa Allah selalu bersama kita..bersangka baik dalam segala hal., insyaAllah hati akan tenang selalu kan =)
salam..
teringat aritu kt dlm bas,
ade 1 group llaki ni,
buat bsing dlm bas, ckp bkn2,
(b***h,s**l,etc..)
bile bas break emergency
msing2 kua 'Allahuakhbar'
btapa mnusia i2 sringkali llai & bile dtimpa musibah, bru la dsndarkn pd Allah..
insafi diri yg sringkali llai & leka..T.T
ssungguhnya nak melafazkan kata-kata itu dalam keadaan senang amatlah sukar...benarlah kata ulama, ujian kesenangan itu jauh lebih sukar, mudah baginya mengheret ke arah kedurjanaan
bgs2..perkongsian yg bermanfaat
aleen,
betul2..insyaAllah.
tapi tula, kadang2 manusia salu je lalai, termasuk diri ini..x ingat pada Allah pada setiap masa..
n dlm alquran ade mnyebut,
semua makhluk ciptaan tuhan kat atas muka bumi ni sume bertasbih memujiNYA..even rumput,daun,pokok,bunga n etc..
dorang tu, kdg2 kita raser pon kehadiran mereka, tapi semuanya tunduk n patuh pda ALLAH, semuanya bertasbih padaNya..
tpi kita mnusia biasa, hamba ALLAH yang hina, dah dikurniakan akal, fikiran, nafsu, kdang2 selalu lupa ntok ingat padaNYA..ntok b'zikir pdNYA..
tdak adil betul kan kita pada pencipta kita! Astaghfirllah..=(
nazierah,
wah.good point. I am not blaming those people, but I do blame the actions..insyaAllah..
betul2..diri sndiri turut mengaku..
bila dah timpa musibah, baru terhegeh2 nak cari ALLAH kan..iskh3...mengingatkan diri ini juga..
thanks for that..jzkk..
May ALLAH helps us in achieving mardotillah..insyaALLAH..
lets work on it!
hamzah marwan,
betul2..skong kata2 anda...hm, betul sgt2..tkut je ujian kesenangan tu membawa kita ke arah keburukan.cam istilah 'istidraj' kan..
astaghfirllah.mari sme2 kita renungkan..insyaALLAH..
busyra,
terima kasih..mge ia bermanfaat,insyaAllah..
moge ade shamnya di akhirat...insyaAllah..
Post a Comment