Saya jalan-jalan. Terasa ingin mengisi, jadi kena lah cari kan.
Cari untuk makanan hati.
Alhamdulillah, saya dapat makanan free bila jalan-jalan kat sini.
Makanan tu saangaaat manis! ^_^. Sedap2!
Jadi saya pon nak hidangkan lah, tak elok pulak makan sorang-sorang kan?
Biar kita sama - sama kenyang.
Best kan! :)
*********
Kita takkan pernah sama
Baik sekepala, mahupun satu rasa.
Apatah lagi untuk punya satu hati, satu jiwa.
Sebab sudah terbukti kita telah berbeza dari segi jenis kromosom nya
Aku XX manakala engkau XY.
Masakan kita boleh sama?
Aku dikatakan kuno, ketinggalan zaman.
Hanya kerana diriku mempertahankan apa yang kufahami dari agama aku.
Aku diperlakukan olehmu seolah-olah aku sudah ketinggalan zaman,
hanya semata apa yang aku perjuangkan selama ini.
Engkau katakan aku tidak matang, perlakuanku seperti anak kecil,
hanya kerana bila aku tidak mahu menuruti kemahuanmu.
Aku diperkatakan oleh engkau sebagai seorang perempuan yang berfikiran tertutup,
tidak 'world' dan kononnya aku ini perempuan berlagak baik
kononnya aku ini 'jual mahal'
Namun, aku tidak akan boleh menghalangmu dari berfikiran sebegitu,
kerana ku tahu engkau mungkin tidak tahu
kerana aku tahu engkau mungkin belum faham.
Aku mahu engkau ketahui tentang keadaan diriku
Diriku yang telah terdidik dengan didikan emak ayah, ditarbiyah oleh para guru tercinta
supaya menjaga maruahku
Supaya memelihara kehormatan diriku.
Supaya aku dapat menjadi wanita yang tegas dalam mempertahankan prinsipnya
Prinsip tetap prinsip
Syariat tetap syariat
Bahawa lelaki dan perempuan itu takkan punya alasan untuk ada perkaitan
melainkan bila ada urusan, melainkan keadaan sangat-sangat darurat
melainkan keadaan sangat-sangat memerlukan untuk kita berhubungan.
Antara aku dan engkau, tidak akan punya ikatan
takkan boleh ada hubungan antara hati-hati
melainkan bila takdir Tuhan menetapkan bahawa kita bakal disatukan.
Benar, hanya itu yang benar-benar halal
buat diriku dan dirimu jua.
Oh ya, aku telah lama menetapkan bahawa antara kita punya jurang yang sangat luas
antara kita punya hijab fizikal yang sudah aku tanam sejak sekian lama
Dan bila ku dapati hijab luaran ini semakin teguh berdiri,
maka hatiku juga sudah terhijab dengan sendirinya
Benar, hatiku telah terhijab agar tidak punya sebarang hubungan dengan dirimu
Kerana aku sudah faham,
maka ku harap suatu hari nanti engkau dapat memahaminya juga
Kerana aku mahu mencintai Dia dahulu, utamakan Dia dahulu
Kerana aku lebih mahu mendahulukan Tuhanku melebihi yang lain.
********
Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. (Al-Hajj - 22:32)
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raf - 7:179)
Jawapan bagi segala persoalan. :)
Bagi diri saya, saya pon tak pastilah siapakah engkau untukku itu?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui. ^_^
Wallahualam.
11 voice (s):
erm...kenyang...alhamdulillah berkongsi makanan.haha
erm,sepatutnya artikel ini ditujukan kpd lelaki jugak.Bukan setakat pompuan aje yg ada masalah cmtu...
Ok.Jadi makhluk asing atau alien di bumi mmg best!Sebab jika kita ikut syariat,org kata kita pelik...oh!pelik ea?mcm makhluk asing pulak...islam kembali asing pada pandangan penganutnya sendiri.
ha, bagus2 kenyang.alhamdulillah.
cari makannan di tempat lain pulak yer!
yeah,exactly..terpulanglah pada penafsiran masing2..
artikel ini ntok semua umat manusia kan?..terlebih2 lagi umat islam..:)
btol2..
islam didatangkan dlm keadaan asing,
maka beruntunglah orang2 asing itu!
alien pon alien lah, y pnting faham ke mana nk mengembara kan?
best2..
:)
mge ade manfaatnya..:)
salam....ske post baru ni....menyedarkan diri2 yang terkadang lupa.....syukran kathir...
wslm..insyaAllah..mge ad manfaatnya..
:)
kak..klu xxy? hehe..
kisah bnar ea..
(certain2 part dlm post nih..huhu~)
nice one :)
mngingtkan dri yg slalu lalai, mnguatkn jiwa & iman yg rapuh :(
tke care!!
mode:mid exam
=)
hahaha, xxy tu kes y syndrom2 tu ke??
akk da lme x blajaq bio ni..hihi..=D
kisah benar?
think so. not so sure bot that coz i just copied kan?
tp raser mmg betul coz y ori nye post di dedicate 4 someone..
tak kesah la betul ke x kan, tp cam bleh apply kan kat kehidupan kita, insyaAllah..^_^
take care dik!
oh, maat taufiq wannajah yer..
insyaAllah, mintak ptnjuk drNya..
fight to the fullest yeah!..:)
salam~
nice!!!
thank you..
=)
akak!
serious,best sgt2!
huhu=)
mge mndpt 'xy' yg baek n soleh!!
hehe.
amin..
abid:
waa, lme x nmpak kat comment box..=D
most welcomed!.mge ad manfaatnya..
insyaAllah...:)
selendang jingga:
hehe, insyaAllah..
klaka pulak pnggil 'xy'..hoho..
^^
Post a Comment