Pages

Demi Duha

Tuesday, January 5, 2010 Read Comment

1) Demi waktu Duha meninggi

2) Dan malam apabila ia sunyi sepi

3) (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan tidak membenci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)

4) Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada dimulai

5) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau redhai

6) Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu dia melindungi

7) Dan Dia dapati engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu hidayah segera diberi?

8) Dan Dia dapati engkau miskin, lalu kekayaan diberi?

9) Oleh sebab itu, walaupun anak yatim maka janganlah engkau mengasari

10) Adapun jika orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau herdiki

11) Apapun nikmat Tuhanmu, maka engkau sebut-sebutkan setiap hari.

(Surah Ad-Duha, 93:1-11)

Terlalu banyak perkara yang boleh dirungkai dalam setiap ayat surah ini.
Surah ini menggambarkan personaliti Nabi Muhammad S.A.W dan segala nikmat kurniaan Allah kepada Baginda di dunia dan akhirat untuk disyukuri.

Seperti apa yang diterangkan untuk sebab penurunan surah ini:

Menurut riwayat drpd Imam Ahmad drpd Jundub, bahawa Nabi s.a.w mengalami sakit selama satu hingga dua malam menyebabkan seorang perempuan mengatakan kepada Nabi s.a.w:
"Hai Muhammad, aku rasa syaitanmu telah meninggalkanmu" (Riwayat Ahmad no.18801)

Manakala dlm riwayat drpd al-Aswad bin Qais pula dia mendengar Jundub berkata, Jibrail terlambat membawa wahyu kepada Nabi hingga menyebabkan golongan kafir Quraisy mengejek Nabi dgn mengatakan Tuhannya telah membiarkannya. Allah s.w.t lantas menurunkan ayat2 dlm surah ini.

Nah, sangat clear bukan?
Ini cerita untuk nabi, tapi memang sangat boleh diaplikasi dalam kehidupan kita.
Bukankah Al-Quran itu juga untuk kita? Hati-hati yang tidak mengetahui dan jahil sahaja yang sangat mudah melupakan al-quran dan tidak rasa kepentingan ajaran2 di dalamnya.
Allah TAK PERNAH meninggalkan kita, apa lagi melupakan kita, malah berterusan memberi nikmat-nikmat kurniaanNya.
Tapi kita, selalu kah ingat Allah?
Allah tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya, jadi mari berterusan bergantung harap padaNya dan melakukan segala amal dan ibadah dengan sebaik-baiknya.

Wallahualam.

(rujukan: Majalah Solusi, Isu No.14)

p/s- Kelas dah bermula. Tugas dunia dan untuk akhirat pun perlu diteruskan. Mungkin tak dapat selalu update. Doakan saya agar dipermudahkan segalanya. Kena pantas lagi ni berlari!!! ^_^ (Please, prioritize the priority) ^^,

5 voice (s):

fitrijohari at: January 5, 2010 at 1:51 PM said...

salam....

oo..bce mjlh solusi gak eh..
mjlh ni best...byk mende motivasi...
len sket dr mjlh i....but still buying both...

moge sukses selalu sem ni!
:)

Unknown at: January 5, 2010 at 3:25 PM said...

semoga anda tidak berhenti kerana penat berlari...

semakin hari semakin gharah membaca Quran!insyaAllah

fieqa at: January 5, 2010 at 3:46 PM said...

fitri:

bace2!! insyaAllah..tp byk pinjam org la..haha..malas nak beli sendiri..

oh.mjlah i ek. xpena usha lagi..nt insyaAllah akan try la..thanks 4da info! =)

iqbal:

insyaAllah.terima kasih ats sokongan..:)

PuteriBonda Anis at: January 6, 2010 at 9:50 AM said...

salam fiqa :)

first of all,
nak ckp..
cantiknya gmbr kat post ni :D :D
subhanallah..
cantik sgt2..

:D

thanks atas perkongsian
kebetulan, nisa br jer teringt nak tahu sal surah dhuha ni
tak sangka fieqa wat post sal surah ni
alhamdulillah

btw, jom berusaha jadi kuda-kuda perang :)
kuda yang berjuang dan pantas demi menegakkan agama Allah
insyaAllah

:)

p/s: selamat msuk sem br dan selamat berjuang mencapai kecemerlangan demi Allah. insyaAllah :)

fieqa at: January 6, 2010 at 6:59 PM said...

nisa!!
lame dok chat kan.skrg mseng2 bz..hihi..:)

ha'ah.aku pon suker!! dpt kt cik google je tu..

oh yeke..takdir Allah kan, aku dpt ilhamNya ntok post mnde ni..:)

insyaAllah.jom jadi kuda..(hehe. i like ur post (about the 'kuda')very much!

insyaAllah, the same goes 2u..
mmg dah stat tense sket2 study ni..huk3..mge Allah beri kekuatan..
terutama dlm kerja dakwah keranaNya..insyaAllah..

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine