Pages

Ini Jalanku

Monday, February 1, 2010 Read Comment

Kali ini, mari bermuhasabah keberadaan kita dalam misi penting ini.
Sejauh mana kita menunjukkan komitmen kita atas jalan yang dipilih ini.

Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Yusuf, 12:108)
Berhalaqah itu
bukan sahaja anda dikira sebagai salah seorang ahlinya
Datang untuk mendengar ilmu dan pengisian
Berborak dan menambah gelak ketawa
Follow the flow of agenda
Dan lain-lain

Tapi

Anda perlu Faham
Berusaha untuk mendalami apa itu Islam dan pengisiannya baik melalui murabbi atau cara sendiri

Anda perlu ikhlas
Tidak mengharapkan Islamnya anda akan dibalas segera dengan balasan dunia, serta mengetepikan pujian atau ganjaran semata-mata

Anda perlu beramal
Sampaikan risalah Islam itu kepada sesiapa sahaja, bukan untuk simpanan peribadi sahaja dan Islam itu bukan berkembang dengan rehatnya para dai

Anda perlu tsiqah
Percaya bahawa Allah dan pertolongan-Nya akan sentiasa bersama anda, bahawa Islam akan ada memberikan kebaikan kepada anda.

Anda perlu Taat
Merelakan diri menjadi objek / bidak di atas papan dakwah, bukan mengeluarkan alasan-alasan yang direka-reka mahupun yang tidak munasabah

Anda perlu Ukhwah
Mencintai akhawat dan menunaikan kewajipan kepada mereka, bukan memencilkan diri daripada ruh persaudaraan dan keimanan

Anda perlu Tajarrud
Membebaskan diri daripada perkara tidak bermanfaat lalu bersungguh-sungguh letakkan komitmen dan stamina untuk Islam

Anda Perlu Berkorban
Memahami bahawa Islamnya anda tidak akan disertai dengan kesenangan, sebaliknya anda perlu ketepikan kesenangan tersebut sementara untuk mengejar kesenangan ukhrawi

Anda perlu berjihad
Letakkan kesungguhan di jalan Allah untuk memastikan kalimat Allah berada paling tinggi dan tidak mensia-siakan tenaga pada jalan lain.

Anda perlu tsabat
Memilih untuk suka dan duka bersama Islam kerana anda tahu bahawa Islam akan sentiasa berjalan dari semasa dan semasa, baik bersama anda mahupun bersama orang lain,



Ini Jalanku,
Apa jalan kamu?

10 voice (s):

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib at: February 1, 2010 at 5:05 PM said...

this is our way...

fieqa at: February 1, 2010 at 5:15 PM said...

insyaAllah..
thanks 4dropping by..

Unknown at: February 2, 2010 at 2:45 PM said...

Superb!menarik sgt2...saya pun baru je join usrah.Baru 4 kali.Alhamdulillah..mmg sgt2 bahagia dapat bersama-sama sebagai satu keluarga.terima kasih ats post ni.motivasi!~

fieqa at: February 2, 2010 at 3:41 PM said...

:)
mge ad manfaatnya..insyaAllah

yup2..btol2..kekuatan duduk bersama n menyatukan hati bersama mengingati Allah sgt2 mengubah jiwa..
tu salah satu cara Rasulullah berdakwah masa zaman mekah dulu..
pada hemat sy, usrah salah satu medium y sgt efektif ntok membentuk fikrah islamiyyah (pemikiran islamiyyah) ntok berhdapan dgn dunia jahiliyyah skrg..
betapa peri pntingny dakwah n tarbiyyah dlm jiwa seseorang tu kan..
tp ape2 pon, hidayah itu milik Allah jua, kpd Dialah kita bergantung harap.insyaAllah.

thanks! May it benefits.insyaAllah..

hikmah kembara at: February 2, 2010 at 9:17 PM said...

salam ziarah......:)

fieqa at: February 3, 2010 at 12:45 PM said...

:)
tq ats ziarah..

Sharaf at: February 6, 2010 at 8:16 AM said...

Assalamualaikum. Post yg byk mengingatkan kepentingan halaqah yg diikuti dan tanggungjawab menjadi ahlinya.

Thanks ya... =)

fieqa at: February 6, 2010 at 3:37 PM said...

wslm...
btol2..
mge ade manfaatny.
setiap dari kita memegang posisi msing2 dlm islam..

insyaAllah..

Anonymous at: February 6, 2010 at 3:52 PM said...

salam tulip putih :)
kita pernah ketemu kan? hehe
ini jalan saya juga!
jalan di mana saya tidak sangka saya akan terpilih.. dan jalan di mana membuatkan saya sangat mementingkan masa..insyaAllah

thanx for the sharing :)
semoga kita dpt berjumpa lagi ye!

fieqa at: February 6, 2010 at 6:29 PM said...

wslm shirah..
hik3..kita pernah ketemu.hik3..
bukankan ku pernah tumpang di bilik mu dan buat sesuka hati..=DD

alhamdulillah..Allah mntakdirkan hambaNya ntok berada dalam jalan ini..
btol2..Allah ade bersumpah dgn masa kan, which means, masa itu sgt penting dlm hidup seorang muslim n mukmin..

no sweat..
insyaAllah, moge dpt jmpe lagi..:))
dtg lah ipba pulak!
askar2 inti kene g ipba pulak lah lepas ni!. ^^

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine