Pages

Kerna Sayang

Wednesday, March 24, 2010 Read Comment


"Amsaina 'ala fitratil islam, wa kalimatil ikhlas, wa a'la dini nabiyyana muhammad sholla allahu 'alaihi wasallam"

"Kami terjaga di petang hari dalam fitrah islam dan kalimat ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW..."


********

Sesungguhnya bapa Usamah lebih dikasihi oleh Rasulullah daripada bapa kamu dan dia lebih dikasihi oleh Rasulullah daripada kamu.

(Kata-kata 'Umar al-Khoththob kepada anaknya)

Orang islam tidaklah berlebih-lebihan ketika memberikan gelaran ini kepada bayi yang masih kecil iaitu Usamah ini. Sememangnya Rasulullah s.a.w sangat mengasihi beliau sehingga seluruh dunia turut cemburu. Umur Usamah adalah lebih kuran umur cucu Rasulullah, al- Hassan anak lelaki Fatimah al-Zahra.

Al-Hasan berkulit cerah, cantik dan amat menyerupai datuknya, Rasulullah s. a.w.

Manakala Usamah berkulit gelap, kemek hidung, dan sangat menyerupai ibunya yang berasal dari Habsyah.

Namun begitu, Rasulullah s.a.w tidak sekali-kali membezakan antara mereka berdua dalam memberikan kasih sayang. Baginda akan mengambil Usamah dan meletakkan pada salah satu pahanya dan mengambil al-Hasan dan diletakkan pada paha yang satu lagi. Nabi s.a.w akan memeluk mereka berdua ke dadanya sambil berkata

"Ya Allah, sesungguhnya aku mengasihi mereka berdua, maka kasihilah mereka"

Kecintaan Nabi s.a.w terhadap Usamah sampai ke tahap pada suatu ketika Usamah tersungkur berlanggar dengan bendul pintu. Keningnya luka berdarah. Nabi s.a.w meminta 'Aisyah r.a supaya membersihkan darah lukanya itu, tetapi 'Aisyah tidak sanggup melakukannya (mungkin kerana gerun dan tidak tahan melihat darah.)

Lantas Baginda sendiri yang melakukannya. Baginda menghisap tempat luka dan mengeluarkan darah. Sambil Baginda membisikkan kalimah-kalimah yang penuh kasih sayang dan menenangkan jiwa.

********

Alhamdulillah. Hatiku tersentuh.
Betapa sangat murni kasih sayang yang Rasulullah berikan terhadap Usamah dan Zaid.
Diberikan semata-mata keranaNya...

Apakah aku sudah cukup memberikan kasih sayangku pada orang lain, dan mendoakan mereka untuk kita sama-sama mencintaiNya dan beribadah kepadaNya.
Sangat-sangat tersentuh.
Semoga diri kita semua menjadi hebat seperti Rasulullah dan para sahabat yang berjuang tidak mengenal lelah keranaNya,
insyaAllah.

Jazakillah ya ukhti. :)

6 voice (s):

Unknown at: March 24, 2010 at 3:26 PM said...

Salam...maaf bertanya,minta pencerahan berkaitan ini,"Manakala Usamah berkulit gelap, kemek hidung, dan sangat menyerupai datuknya, Rasulullah s.a.w.".Saya kurang faham?tapi itulah yg tertulis dalam post di atas..maaf kerana bertanya. =)

fieqa at: March 24, 2010 at 3:45 PM said...

wslm..

ha'ah, tersilap taep..
terima kasih Allah.

jzkk yer..:)
mge ad manfaatnya.insyaAllah.

ieraros at: March 24, 2010 at 4:10 PM said...

simple & msgny smpai :D

Sesungguhny Rasulullah saw tkenal dgn sifat penyayangny & xprnah mmbeza2kan.. :)

Rasulullah mnangis saat Hussin dilahirkan krn mngtahui cucunya akn mati dibunuh dlm peristiwa karbala'
& kelahiran Usamah mengubati hati Rasulullah yg sdg susah krn disakit kaum Quraisy..

-Rasulullah SAW tauladan spnjang zaman-

:)

fieqa at: March 24, 2010 at 4:39 PM said...

jazakillah atas perkonsian iejan.tersentuh.

akk mmg miskin betol pasal sirah ni..huk3..

tarbiyyah mengajar..
jom kita selami sirah nabi n para sahabat y sgt2 boleh diaplikasi ntok mmprjuangkan islam,insyaAllah..

jom jadi generasi al-quran y unik!!
insyaallah.

jzkk! :)

Dzuu Haniin at: March 25, 2010 at 4:19 AM said...

salam..
dikatakan saidina Hassan menyerupai nabi dari pusat hingga ke atas.

Saidina Husein pula dari pusat ke bawah..

wallahualam..

tulip putih at: March 25, 2010 at 6:12 AM said...

wslm..
jazakillah ats perkongsian..
mge ad manfaatnya.insyaAllah...


wallahualam..

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine