Tersenyum sendiri.
Benarlah kan.
Sabda Rasulullah,
"Siapa yang Allah mahu beri kebaikan, Allah berikannya kefahaman dalam agama".
Sungguh comel aturan Allah.
Dulu-dulu,
ayat-ayat Al-Quran terasa sangat jauh dengan dirinya,
rasa tak feel pun bila baca,
dan malas nak tahu maksud-maksud terjemahan ayat-ayat Allah tu,
just baca for the sake of 'nak dapat pahala'.
Tapi kini,
tarbiyyah mengajar seseorang,
untuk rasa dekat dengan ayat-ayat Al-Quran,
merasakan setiap ayatNya yang turun dalam kitab Allah semuanya untuk dia.
merasakan banyak perintah dan larangan
juga Allah janjikan balasan syurga yang sangat comel,
yang tak tergambar dek hati yang membaca.
Alhamdulillah.
Dulu-dulu,
rasa malas je nak dengar orang cakap-cakap pasal islam,
orang ingat-ingatkan pasal hari akhirat,
orang ingat-ingatkan pasal tugas berdakwah,
rasa macam tak de kena mengena,
rasa macam biarlah mereka-mereka itu dengan agenda mereka,
rasa macam tak perlu pon ambil tahu,
maybe sebab kita buat something yang tak nampak effect nya dalam masa yang cepat.
Tapi kini,
dirinya sangat teruja untuk mendalami islam,
dirinya cukup berlumba-lumba untuk mendapat pencerahan,
dirinya cukup semangat untuk menghadiri program-program yang membentuk fikrah dan pemikiran.
dirinya faham akan tugas dakwah kerana Allah yang menuntut syahadah al-haq ke atas kita.
kefahaman-kefahaman yang berlandaskan al-quran dan as-sunnah.
dirinya juga semakin menghayati dan mendalami sirah rasulullah yang sangat dekat dalam kehidupan kita.
Alhamdulillah.
Dulu-dulu,
rasa tak penting pon jaga aurat,
lengan senang saja disinsing,
stokin pon entah ke mana,
lebih teruja dengan fashion-fashion barat yang melampau!
Tapi kini,
itulah tarbiyyah mengajar,
untuk menjaga aurat dan perhiasan kita,
surah an-nur cukup menggetarkan hati-hati wanita akan pentingnya menjaga aurat dan batasan suara.
juga menjaga hati dari terjebak dengan zina.
dan dia juga ingat,
apa yang penting dalam pembinaan individu muslim adalah pembentukan akidah yang sejahtera.
barulah hati itu mudah mengikut dan mentaati perintah-perintah hukum Allah seperti menutup aurat dan lain-lain.
Alhamdulillah.
Dulu,
berkawan itu disebabkan kita dipertemukan,
tak rasa pun, kita bersahabat atas ikatan yang sama.
Tapi kini,
dirinya faham akan ikatan ukhuwah yang tidak ternilai itu,
ukhuwah disebabkan atas ikatan satu akidah,
akidah islam,
dan ukhuwah yang memperjuangkan matlamat yang sama,
tujuan yang sama,
bekerja bersama-sama.
hati-hati yang diikatNya pun sangat suci,
masing-masing berusaha membantu yang lain untuk memperjuangkan agamaNya.
Oh, indahnya!
Indah berada di bawah naungan cintaNya.
Diri menulis tatkala melihat perubahan-perubahan dalam diri dan orang-orang sekeliling.
Sungguh, berada di bawah bayangan tarbiyyah sangat mengajar dan mendidik hati.
Alhamdulillah.
Inilah mutiara-mutiara islam yang diperlukan untuk menegakkan islam kembali agar lebih ramai lagi hati-hati yang tersentuh dengan ajaran islam yang sangat indah!
19 voice (s):
alhamdulillah..
"Siapa yang Allah mahu beri kebaikan, Allah berikannya kefahaman dalam agama".
betullah apa org ckp, walau ke mana kita dicampak, itulah tempat terbaik utk agama kita. mgkin ditempat itu, kite lebih berusaha mendalami Islam tu sendiri dan merasakan betapa indahnya berada di bawah naungan cinta Allah.
Allah telah aturkan yang terbaik buat hambaNya.
mgkin ini juga adalah masa utk diri memperbaiki diri. :)
salam mujahadah~
btol2.tepat sekali..
mmg Allah cakap dlm alquran kan,
boleh jadi, apa tidak kamu senangi itu, baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..(2:216)
sungguh, semua y diaturkan atas kita adalah y terbaik kan..:)
insyaAllah..
tak boleh berhenti tersenyum tika membaca post ni. subhanallah3
post yg sangat2 bermakna. jzkk k
:D
=)
bestnyerrrrr.....
sewwwiittttt sgt!
fazli,
mge ad manfaatnya,
insyaAllah..
:)
secret admire,
hoho..
mge ad manfaatnya insyaAllah..
smpai2kan pd org lain yer.
insyaAllah..
salam..
akak,
sgt best..
*_*
terasa ketenangan tatkala membace..
terime kasih krana berkongsi.
btol2,mge lebih ramai lagi termasuk diri ini jge..
huhu=)
alhamdulillah. . .moga diri ini juga kuat untuk itu~dan senantiasa dilindungi. . .
selendang jingga aka farhana,
insyaAllah.
mge sme2 berusaha ke arah itu..
salam mujahadah :)
insyaAllah..
=)
captencegu aka wan,
alhamdulillah,
insyaAllah..jom sme2 berusaha..
take care wan..:)
:`)
nak minta izin copy paste? :)
terbaik!alhamdulillah... =)
superserikandi,
sila2..klo nk copy ape2 dr blog ni, ambil aje yer! x yah tnye.
tp kalo rajen, sertakan link blog ni lah, sng org nk wat rujukan..
jazakillah..:)
iqbalsyarie,
alhamdulillah..:)
fieqa.nadh setuju dengan post ini~!
tarbiyyah itu satu keperluan dan ianya perlu berterusan hinggalah nafas yg terakhir.
Dulu-dulu selalu je dengar tentang tarbiyyah kat kisas.Tapi macam takk berapa nak terkesan dalam hati. Keluar kisas macam agak lost. Banyak yang tak boleh nak istiqamah. Alhamdulillah, sekarang diri sudah semakin pulih. Moga iman semakin bertambah baik. Semuanya hasil tarbiyyah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi Dia yang memberi kita peluang merasai nikmat tarbiyyah semasa hayat ini... :) pika lame tak jenguk blog nadh ye~hehe
salam fieqa :) :)
comeynyer post ni.
suka2!
:)
setuju ngan apa yang fieqa tulis.
Alhamdulillah la kan.
lepas Allah mencampakkan rasa nikmatnyer tarbiyah itu ke dalam hati-hati kita,
br terasa kenapa pentingnya kita melaksanakan apa yang Allah perintahkan.
bukan dengan ikut-ikutan,
tetapi insyaAllah, dengan kerelaan dan kefahaman.
insyaAllah
dan pada nisa,
lepas nisa dapat tarbiyah ni,
alhamdulillah,
benda yang nisa paling terkesan adalah ayat-ayat al-quran.
lepas dapat tbyh, nisa baru nampak betapa ayat-ayat al-quran itu benar-benar dapat memberi petunjuk kpd hidup kita dengan izinNya.
tanpa kita sedar,
hakikatnya, segala perkara dalam hidup kita ini sebenarnya boleh kita kaitkan dengan ayat-ayat al-quran
subhanallah! :)
firstly post yg menarik!
tu lah pentingnya tarbiah dlm hidup kita..semakin lama ditarbiah semakin dekat kita denganNya..
nadhirah,
btol2 nadh!
tarbiyyah y berterusan penting kan, bg membentuk fikrah islamiyyah y sempurna dan mmbina seseorang menjadi individu muslim y sempurna dan seterusnya ley naik ke maratib amal2 seterusnya n smpai lah ke ustaziatul alam dgn izinNya.
itulah hala tujuan tarbiyyah kita demi menggapai redhaNya.
Allah ghoyatuna..:)
insyaAllah
I got ur point nadh.
the same goes to me.
cara kita ditarbiyyah kat kisas lain la jugak,
this is from my point of view lah.
tp undeniable, tarbiyyah di kisas jge mengajar ku sesuatu.alhamdulillah.
after kuar kisas, masuk ipba br terlanggar ngn tarbiyyah y sgt berbekas n terkesan kat hati.
rasa cam baru dihidupkan semula dgn sinar islam y baru.alhamdulillah.
lebih memahami islam n lebih faham akan tugas dakwah y menjdi kewajipan setiap muslim kan..alhamdulillah..:)
mge Allah terus beri kita hidayahNya x putus2..
mge Allah beri kita kekuatan ntok teruskan perjuangan rasulullah dan para sahbat menegakkan agama islam ini.insyaAllah
n nak sgt lebih ramai lagi permata2 islam merasai kemanisan tarbiyyah Allah, insyaAllah
kene keje keras lagi ni kan..:)
p/s- hehe.btol3..
tula..mmg b4 this x salu sgt on9.ni pon cuti, tp jap je dpt cuti..hu3..on9 best sket kat uma.
tula, smlm br singgah kejap blog nadh, tp x smpat tinggal jejak since byk btol post tertinggal.hehe..
:D
thanks for the concern okeyh! :)
puteribonda,
jazakillah,mge ad manfaatnya.
jgn lupe smpai2 kan pd org lain yer..:)
btol, alhamdulillah..
kita lakukan segalanya kerana kita faham tugas itu, kerana kita faham kenapa kena buat kan, bukan just ikut2 kan, bukan kerana biah y menyuruh kan.
alhamdulillah.
btol3..
ayat2 Al-quran y sgt indah dan berseni ayat2 dia, sgt kene dgn kehidupan seluruh manusia di muka bumi kan.
betapa indahnya cara Allah tarbiyyah kita melalui ayat al-quran.
nikmat bertadabbur ayat2 quran dan memahami tafsiran ayat2 al-quran sgt mmberi kesan pada hati kan,alhamdulillah..
dulu kita diajar ntok membaca, menghafal , tanpa rasa ingin tahu pon makna2 dan bagaimana nk apply ayat2 tu dlm kehdupan,
tp alhamdulillah, lepas dpt tarbiyyah, ayat2 quran lebih dekat dgn kita kan.
alhamdulillah.
jom berlumba2 menjadi asbab hidayah Allah pd org lain.:)
insyaAllah..
fitri,
jazakallah,
btol2..
tarbiyyah y berterusan sgt penting kan, dlm pembinaan individu muslim tu kan..
insyaAllah, mge kita lebih dekat dgnNya.
salam mujahadah..
subhanallah..
jzkk ya ukhti di ats post yg sgt menarik ni..
best jiddan ^_^
reminder utk diri ini yg mudah futur..terkenang kembali saat2 semangat berkobar2 ketika jatuh cinta pd tarbiyah..semoga semangat itu akan ttp ada dlm diri..
salam mujahadah..<3<3
salam rindu dr ana di sini ^_^
waiyyaki..
jazakillahu khair.
mge ad manfaatnya..:)
btol3..mge Allah kuatkan hati2 kita lagi.insyaAllah..:)
salam mujahadah juga buatmu ukhtiku! <3...:)
salam rindu dr ku jua =)
Post a Comment