"Sesungguhnya, seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan da'wah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan, dibawa bersama hati saudaranya, justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya"
(Mustafa Masyhur)
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..
Doa rabitah dan lagu ini sangat2 menusuk kalbu.
Baru kini, hati ini betul-betul memahami bait-bait kata dalam lagu ini.
Walaupun sudah banyak kali mendengar dan menyanyikannya
sebelum hati ini disentuh dalam dunia tarbiyyah dan da'wahMu.
Ya ALLAH,
kau thabatkan hati-hati ini dalam jalan ini,
Jalan menujuMu.
Moga ukhuwwah kita keranaNya diberkati dan diredhai.
Akan ku kenang saat indah memori kita bersama.
Yang sama-sama berjuang menegakkan agamaNya.
mengira detik waktu...
2 voice (s):
Ya ALLAH, tersentuhnya bace doa tu..
ameen..
btol3..T_T
sgt2 mendalam...
aameen..
:)
Post a Comment