Tahajjud Krunch!
Pembekal tenaga di waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
Tahajjud Krunch!
Tahajjud Krunch!
Pagi!
Inilah masa terbaik untuk membekalkan badan dengan tenaga sebagai persediaan menempuh hari baru dan menyempurnakan amanah sebagai Hamba Allah dan KhalifahNya.
Dapatkan tenaga yang anda perlukan daripada TK,
Semangkuk bijirin Tahajjud Krunch yang penuh dengan kebaikan.
Tahajjud Krunch bukan sahaja lazat, ia juga mengandungi nutrien penting demi menempuh hari gemilang seorang khalifah cemerlang!
Tahajjud Krunch,
diperbuat daripada bijirin keikhlasan,
kemanisan tawakkal pada yang Maha Kuasa,
kesucian air mata keinsafan,
keenakan ramuan takwa,
dan hiasan sebuah pengorbanan.
Ramuan - ramuan ini membekalkan ketabahan dan kekuatan
demi memulakan hari baru dengan penuh inspirasi.
Kerana hakikat sekolah kehidupan memang penuh onak dan duri,
kerana jalannya licin dan berlumut,
basah dan berselut,
kerana di sini tiada perhentian buat berehat,
kerana dunia bukan tempat melepas penat.
Maka Khalifah Bestari,
yang berjuang demi bahagia di kampung abadi,
amat memerlukan vitamin dan mineral ketabahan dan kesabaran.
Bijirin sarapan Tahajjud Krunch mengandungi bukan satu,
malah pelbagai jenis vitamin dan mineral penting yang membekalkan tenaga waktu pagi untuk kecergasan sepanjang hari.
Kalsium Tahajjud Krunch,
membantu membina tulang yang kuat demi menyokong kehidupan yang sangat memerlukan ketabahan.
Semangkuk Tahajjud Krunch setiap hari,
dengan secawan air mata keinsafan,
dan ketenangan mengingati Tuhan,
membekalkan kalsium harian yang anda perlukan.
Anda pasti tersenyum tenang!
membekalkan kalsium harian yang anda perlukan.
Anda pasti tersenyum tenang!
Hari - hari sepanjang kehidupan, bukan selamanya diiringi episod suka dan ketawa....
Kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia,
apatah lagi yang mencintai dunia yang sementara.
Syurga itu hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah.
Walaupun sukar dan perit,
janji untuk menjadi hamba yang taat,
dan mengurus dunia ini dengan keimanan harus tetap ditunaikan.
Biar rebah tersungkur,
Biar luka berdarah,
Kita harus teruskan!
Ramai orang hanya mengerti untuk meminta agar dipermudahkan jalan apabila diuji.
Mengapa tidak meminta agar diperkuatkan jiwa dan ditabahkan hati demi menghadapi dugaan dan cabaran?
Mengapa kita lupa pada Tahajjud?
Bersihkan diri dari noda, dekatkan diri dengan Pencipta,
insyaAllah, Allah janjikan anugerah yang lebih besar daripada yang diberikan buat mereka yang sempat meminta.
Tahajjud. Sungguh!
Ia satu anugerah!
Ia penghibur. Penawar duka.
Kepada siapa lagi yang harus kita adukan suka duka ketawa derita?
Kepada siapa lagi kalau bukan Pencipta Raja sekalian alam!
Hanya dengan menjadikan Allah sebagai inspirasi,
kita akan peroleh ketenangan sejati.
Tahajjud!
Ia bekal sebuah ketabahan.
Saudaraku,
Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang dan meletihkan.
Maka bangun di malam hari,
merintih dan mengadu pada Pencipta yang kita cinta sepenuh jiwa.
ITULAH UBATNYA.
Bangunlah di malam hari dan bacalah Al-Quran dengan tartil.
Sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.
Saudaraku,
tabah dan sabarlah berjuang di sekolah kehidupan...
sesungguhnya di sana...
ada rehat yang panjang, indah dan kekal.
Qumfaazir!
[Tahajjud Krunch, Morning Fuel to keep you running cool]
8 voice (s):
Salam ukhuwah..
Masya-Allah.. Besar sungguh kurniaan Allah kepada hamba-Nya yang bertahajjud.. Sampaikan Allah sendiri turun ke bumi mencari hamba-Nya yang minta ampun kepada-Nya..
Moga kita tergolong dalam golongan hamba-Nya yang bertahajjud.. Insya-Allah..
tahajud krunch! suke post ni..
even da kunci jam tp xbgn jugak..boleh kira dgn jari brape kali buat tahajud krunch.. :(
Jamal Rafaie,
jazakallah..insyaAllah.
mge kita semua diberi kekuatan.
muhasabah buat diri sndiri sgt2..
(61:2)
Mahir,
MahiRrr!!!
hehe..=D
aritu jmpe kwn mahir, ayuni dr ktt..
knal kan?
x ingat nme U dia, tp dia kenal mahir lah.:)
2 lah, muhasabah buat diri jugak.
masa baca bnde ni sgt tersentak, huk..tu y share kat blog.
mge ad manfaatnya..insyaallah..:)
subhanAllah...fieqa..i like this tahajjud crunch...insyaAllah sama-sama jadikan ia bekalan
bila la nak ada org buatkan breakfast ni..haha
MasyaALLAH
best2 !!
nak buat tahajuud 'honey star'
pulak la
dah lama x makan..erk
nurilahi,
kak fariena! ^__^
insyaAllah,
mge sme2 dpt amalkan..:)
Baihaqi,
hoho. makanan ni spesel. ley wat fardi2 ataupun amal jamai'e..pilih lah!
islahmujahidin,
ha, sila lah.macam2 perisa ade!
Post a Comment