"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman"
(Al-An'am, 6:125)
Allah lah sebaik-baik petunjuk ke jalan kebenaran.
Berilah kami (Ya Allah), iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri
Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami
Jangan (Ya Allah), Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.
Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, (perkenankanlah)
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaq 65:2-3)
Bergantunglah secara total dengan Allah,
Dialah sebaik-baik tempat bergantung.
Walau kamu dicampak di tempat orang yang mungkin 'tiada' orang,
percayalah, dan yakinlah pada Allah.
Dialah sebaik-baik sandaran.
Dialah sebaik-baik pemberi hidayah.
bergantung haraplah padaNya, nescaya pertolongan itu sangat dekat buat hambaNya.
Kalau kita bergantung pada orang, mahupun benda atau sesuatu yang lahiriah,
manakah pergi pergantungan kita pada Allah semata-mata?
dan percayalah,
perkara-perkara di sekeliling kamu adalah datangnya dari Allah jua.
masakan kita sanggup meninggalkan Allah walau sesaat?
Duhai diri, dekatkan dirimu dengan tuhanmu.
Jagalah hubunganmu dengan tuhanmu,
kelak dia akan menjagamu.
InsyaAllah.
Ihfazillah, Yahfazka.
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu.
Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
Apabila engkau meminta,maka pintalah dari Allah.
Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu.
Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat,
nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukannya untukmu.
Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayah al-lmam al-Tirmizi)
Dalam riwayat selain al-Tirmizi,
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau.
Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah.
Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu.
Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran,
terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Beriltizamlah dengan agama tuhanmu.
time is passing like the light...
3 voice (s):
Ya Allah dekatkanlah kami dengan mu..
bantulah kami tika di dalam kesukaran dan jangan alpakan kami tika dalam kesenangan..
pandanglah kami dengan pandangan rahmatmu..moga kami sentiasa berada di jalanmu...
sgt tertarik dgn ayat "Jangan sampai ada satu saat dalam hidup kita ditentukan oleh diri kita sendiri."
Alangkah beruntung org yg mencintai Allah lebih drpd segalanya kerana dgn cinta itu dia akan memiliki segala-galanya~
Aameen ya rabbal aalamiin.
perkenankanlah doa2 kami Ya Allah.
Post a Comment