Pages

Susu Ikhlas

Sunday, May 2, 2010 Read Comment
وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهِ مِن بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَّبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِّلشَّارِبِينَ ‌[١٦-٦٦]
Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. (Al-Nahl, 16:66)


Ikhlas itu ibarat susu.
Susu yang tidak terpengaruh oleh persekitaran yang kotor dan berdarah.
Warna dan keadaannya tetap suci dan bersih dari campuran kotoran dan darah dari perut binatang.

Sangat indah bukan?
Subhanallah. Sangat-sangat comel Allah ni.

Susu itu benar-benar ikhlas.
Tidak terpengaruh oleh persekitaran.
Tetap kekal imunitinya.
Tetap kekal keputihannya walau bercampur dengan kotoran dan darah.

Sama juga seperti seorang pejuang agama Allah.
Akan tetap berjuang di mana-mana di setiap saat dan nafas.
Walau dicampak di mana-mana tempat,
akan tetap berda'wah menunaikan kewajipan syahadatul haq, penyaksi atas kebenaran.

Ikhlasnya seorang pejuang agama Allah,
seperti Khalid Al-Walid,
walau dipecat dari menyertai peperangan,
dia masih mengekalkan prestasinya dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

"Aku berjihad kerana Allah, bukan kerana Umar"


Refleksi diri.
Sejauh mana tahap ikhlas kita dalam meneruskan usaha menyeru manusia kembali kepada Allah?



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang agung.


Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.

(At-Taubah, 9:111-112)


Teruskan usaha mencari redhaNya!




p/s- Tarbiyyah Allah sangat indah. Sangat2.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

9 voice (s):

Hamzah Marwan at: May 2, 2010 at 6:11 PM said...

sekadar melawat...n nak manyatakan pendapat ulama...ikhlas itu ulama bahagi kepada tiga...yg tetinggi adalah ikhlas yg semata-mata krn Allah...yg kedua ikhlas kerana mengharapkan syurga dan balasan yg bek dari Allah..dan yg ketiga ikhlas kerana takut akan siksa Allah....selamat beramal!

ieraros at: May 3, 2010 at 1:25 AM said...

salam,
pernah dgr kisah rabiatul adawiyah yg b'tny pd org2 soleh yg dtg mlwat,
"sebab apa smbah Allah?"
dan mreka pn jwb "krana m'hrapkan syurga & mnghindar dr neraka"
Rbiatul Adawiyah kmudian kcewa,
llu b'tny lgi "skirany neraka%syurga xde,mahukah kmu smbah Allah?"
ttamu2 t'sebut xdpt jwb
llu rbiatul mnegaskn bhawa dy ikhlas mnymbah & mnyintai Allah krn nikmatNya kurnianya..
ssungguhny itulah drjat keikhlasan pling tggi :)

fieqa at: May 3, 2010 at 7:18 AM said...

hamzah & nazierah @ iejan

jazakumullah khairan kathira ats perkongsian.=)
menarik2!


btol2..
tingkatan iman seseorang pon ade tingkat2 ny.

paling tinggi - beriman kepada Allah kerana mencintaiNya semata-mata

tingkatan ke2 - beriman kerana mengharap syurgaNya

ke3- beriman kerana tkut akn siksaan api nerakaNya

ayuh, setting balek niat, beramal krn apa..
insyaAllah..

Faridul at: May 3, 2010 at 10:20 AM said...

salam
Very nice articel. minta izin nak copy & paste ke dalam blog ana.

fieqa at: May 3, 2010 at 11:11 AM said...

wslm,

silakan ustaz..
jazakalllah ats perkongsian mmberi kesan pd diri.
alhamdulillah..

Unknown at: May 4, 2010 at 2:13 AM said...

Subhanallah.1st time baca org cerita pasal susu.Selama ni baca ayat 66 tu asyik dok pikir aja,apa maksud Allah dgn susu yg murni.Ingatkan susu yg biasa aja.Tapi ternyata susu yg suci itu bermanfaat kpd org lain.Subhanallah.I love this post...terima kasih berkongsi...

fieqa at: May 4, 2010 at 5:17 PM said...

moge kita mnjadi susu yang murni dan ikhlas keranaNya..
insyaAllah..


p/s- tarbiyyah y mmbentuk fikrah..post ni salah satu perkongsian ustaz..moge Allah berkati,insyaAllah.

the left wing at: May 6, 2010 at 3:37 AM said...

Salam sayang, salam ziarah.

Cik piqa.

Cik Mus'ab nk copy n paste kat blog bleh? mestila bleh kan?

wahh.. ustaz pun copy paste?

huhu.. perkongsian dari ustaz kepada kita, dan kita , dan kita kongsikan kepada umum :)


piqa. dengan izin ya !

^_^

fieqa at: May 8, 2010 at 3:42 PM said...

silakan cik mus'ab ku syg!

psl blog,sahut cabaran sy yer!! hee.

**wink3 <3

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine