Pages

Kehadiran

Tuesday, April 27, 2010 Read Comment

Anas bin Malik sering mengulang kata-kata:

"Sesungguhnya saya telah melihat wajah Nabi s.a.w ketika hari Baginda masuk ke madinah. Saya juga melihat Baginda ketika hari beliau diambil daripada kami. Pada saya tiada hari yang setanding dengan dua hari tersebut. Pada hari Baginda masuk ke Madinah, seluruh Madinah bersinar Manakala tatkala pada hari Baginda pergi menghadap Ilahi, gelap seluruh Madinah."

Kehadiran dan pemergian Rasulullah s.a.w sangat memberi kesan pada diri seorang sahabat ansar.
Menanti kehadiran Rasulullah tatkala beliau dan para sahabat berhijrah ke Madinah membawa da'wah Allah.
Manusia terunggul itu menjadi model manusia sekelian alam dalam seruannya menuju kepada Allah.
Hingga umat pada zaman ini dapat merasai kemanisan mengimani agama Allah ini.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.(Al-Ahzab, 33:21)

23 tahun adalah tempoh yang cukup memberi kesan pada agama islam.
Bangkitnya islam menjadi daulah yang menegakkan hukum-hukumNya di atas muka bumi.
Terbukti, Rasulullah dan para sahabat bekerja keras demi memastikan keberlangsungan da'wah islam.
Qaedah sulbah adalah antara metod da'wah yang digunakan dalam membina rijal-rijal yang mantap akidahnya untuk mengemban da'wah Allah.

Tujuannya hanya satu, Allah ghoyatuna.
Demi memastikan islam itu tertegak di atas muka bumi.
Demi memastikan jahiliyyah-jahiliyyah itu terhapus dek cahaya islam yang menerangi bumi Allah.
Itu tidak mudah, tapi tidak mustahil dengan izinNya.

Sungguh, islam itu agama da'wah.

Sangat-sangat besar ibrah (pengajarannya) daripada sunnah rasulullah.
Ini telah membina tasawwur kita dalam mengambil iktibar dari pejuang-pejuang agama islam yang terdahulu.

Agar ghoyah KITA menjadikan islam, tertegak di atas muka bumi.
Ustaziatul Alam.
Ayuh, kuat lagi bekerja!

Reflek dan koreksi diri.

Apakah kehadiran aku di atas muka bumi ini memberi kesan pada orang lain?
Apakah amalku melayakkan aku untuk mendapat syurgaNya di akhirat kelak?

************


Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (Fussilat, 41:33)

"Wahai Ali, sungguh sekiranya Allah memberi hidayah seseorang kerana da'wahmu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Unta merah- unta yang demikian adalah yang paling mahal harganya kerana sangat jarang adanya.
Dalam hadith yang lain dikatakan bahawa jika seseorang mendapat hidayah lantaran da'wah seseorang da'ie nilainya adalah "lebih baik daripada dunia dan seisinya" atau hadith yang lain, "lebih baik daripada terbitnya matahari"


[7 Tahapan Da'wah Fardiyah - Syeikh Mustafa Masyhur]


Counting days.
Final exam will be on 17th of May 2010.
Moga Allah permudahkan segalanya,
Moga ia menjadi ibadah kepada Allah.
Salam imtihan.

7 voice (s):

Unknown at: April 28, 2010 at 12:29 AM said...

sgt menarik dan menyentuh hati.Btw,goodluck utk final exam~

Anonymous at: April 28, 2010 at 4:21 AM said...

adik adik aku disana ...semuga kamu semua berjaya dalam exam yang kamu lalui dan doa aku dijalan dakwah ini sentiasa menyertai kamu semua agar kamu semua menjadi professional islam yang mewarisi perjuangan dibumi ini.

jazakllah jaza'

fieqa at: April 28, 2010 at 5:52 AM said...

jazakallahu khairan.
moge doa2 dikabulkan,insyaAllah.

aamiin..

fitrijohari007 at: April 28, 2010 at 7:31 AM said...

moga sentiasa tetap dalam perjuangan menjadi hambanya yang bertaqwa..

gud luck dalam exam nanti~

fieqa at: April 28, 2010 at 8:09 AM said...

aamiin..
insyaAllah

thanks!

syazwan safwan at: April 28, 2010 at 2:20 PM said...

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah".

fieqa at: April 29, 2010 at 9:27 AM said...

" Semua umatku masuk syurga kecuali orang yang tak ingin masuk. sesiapa yang ikut langkahku, masuk syurga. sesiapa yang ingkar, dialah yang tak nak masuk" (hadis)

"Contohku dengan syurga ciptaan Allah adalah umpama sebuah mahligai dengan seorang yang diperintahkan untuk menjemput orang ramai datang. aku telah menjemput, maka
sesiapa yang tak nak ikut, nantinya hanya ada diri sendiri untuk dipersalahkan. " (hadis)

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine