Pages

Hati

Monday, June 14, 2010 Read Comment
"Perkataan yang lahir dari hati akan sampai ke hati,
dan perkataan yang hanya lahir dari lidah hanya akan sampai ke telinga"

Tatkala anak matanya cuba mengamati tulisan - tulisan itu.
Cuba dihadamnya satu persatu.

Tulisan - tulisan yang memberi kesan pada jiwa - jiwa manusia.

Tulisan oleh insan - insan yang hatinya sentiasa berhubung dan intim dengan tuhanNya.

Tentunya ia merupakan bekalan yang besar.

Masakan bisa tulisan - tulisan itu menjadi asbab hidayahNya yang besar pada jiwa - jiwa manusia apatah lagi buat jiwa du'at.
Tinggal berbekas sehingggakan dapat membina pandangan dan perasaan yang berpandukan neraca Allah!
Lalu, diterjemah dengan amal berbekalkan kefahaman yang meresap dalam hatinya.

"Saya merasa tidak mampu ketika menulis mengenai tajuk "Bekala Sepanjang Jalan Dakwah". Terutamanya mengenai cara mencari bekalan iman, takwa, hidayah dan cahaya petunjuk.
Masalah di sini bukanlah masalah yang berkait dengan pengalaman, eksperimen dan pengetahuan, tetapi yang utama sekali ia kembali kepada anugerah Allah s.w.t..."

[Mustafa Masyhur, Bekalan dalam Jalan Dakwah]


Jalan syurga oleh kesusahan manakala jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.

Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini,
kalaulah seorang da'ie tidak berada di bawah lindungan Allah Subhanahu wa Ta'ala,
tidak berhubung terus denganNya,
tidak bertawakkal kepadaNya,
tidak berpegang kepada kitabNya, dan
tidak pula mengikut Sunnah NabiNya,

maka sebenarnya ia sedang di ambang bencana dan musibah yang besar.

Hendaklah para du’at memberi perhatian besar kepada proses penggarapan; lebih dari proses penyampaian. Mereka hendaklah meningkatkan usaha2 penjernihan diri sendiri sebagai usaha untuk meningkatkan orang lain.

Salah seorang pemimpin harakah, semasa mendapat petunjuk dari Allah subhanahu wa Ta’ala, beliau berpesan,

“Wahai saudara, dirikanlah negara Al-Quran di dalam hati sanubari saudara, nescaya ia akan terbina pula di tanahair saudara”


[Bahtera Penyelamat dlm kehidupan penda'wah, Fathi yakan].


Sesungguhnya orang - orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah,". kemudian mereka tetap istiqomah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak pula bersedih hati.
(Al-Ahqaf, 46:13)

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha bijaksana.
(Al-Fath, 48:4)

Ia kembali pada hati.
KepadaMu terpaut hati yang dipenuhi cinta.
Tak tenang kecuali mengingatiMu.
Tak tenteram jiwaku kecuali memandangMu.
Ya Allah, thabatkan kami dalam jalanMu.
KepadaMu sajalah tempat kami bergantung.

5 voice (s):

azni_1405 at: June 14, 2010 at 8:06 AM said...

hm,,,hati ibarat kapten dalam tubuh kita ek..

kena sentiasa bersihkan hati nih, susah kalau dia sakit.

fitrijohari at: June 14, 2010 at 8:19 AM said...

penuhi hati dengan bekalan...
agar cerah disepanjang liku perjalanan =)

tulip putih at: June 14, 2010 at 11:42 AM said...

azni @ quratu,

yup. cam rasulullah pernah ckp kan,

"dlm satu jasad, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh jasad, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh jasadnya,
dan daging itu adalah HATI" (Hadis 6)

yup. bersihkan hati2 kite dgn bertadabbur dgn ayat2Nya, dan mengamati seerah nabawi.
jom2 berusaha! :)



fitrijohari,
btol2..
mari sme2 berusaha!

cik mus'ab at: June 15, 2010 at 5:31 AM said...

Hati adalah raja, otak adalah perdana menteri dan anggota bdan yg lainnya adalah askar :)

tulip putih at: June 15, 2010 at 11:09 AM said...

:)
jzkk cik mus'ab ats perkongsian.
moge ad manfaat ntok smua.insyaAllah3. :))
salam mujahadah ^_*

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine