Bulatan itu.
Bulatan yang sering dirindu-rindukan.
Rinduku hanya keranaNya.
Rinduku hanya keranaNya.
Bulatan itu.
Saat dipertemu, cuba untuk mengenal,
memecah dinding - dinding yang mungkin wujud antara dua jasad.
atas takdir Allah jua,
ikatan aqidah yang suci ini,
hati-hati itu disatukan.
Bulatan itu.
Mula memahami erti ukhuwwah sebenar,
Cuba memahami gerak gaya hati-hati yang berada di dalamnya.
belajar erti berlapang dada apabila ditegur,
ditegur kerana kasih sayang keranaNya.
Masakan bulatan itu bisa meninggalkan kesan besar pada jiwa manusia,
tatkala hati-hati di dalam bulatan itu dilanggar jalan tarbiyyah Allah.
berkongsi suka,
berkongsi duka,
berkongsi rasa,
berkongsi tawa dan air mata.
Mula memahami akan islam sesyumulnya.
Mula belajar bertadabbur al-Qur'an, mengamati seerah,
lebih dari itu,
mula memahami kewajipan tugas da'wah,
mula belajar gerak kerja,
demi menegakkan kalimah Haq di atas muka bumi,
membawa manusia kembali pada Allah.
Dan kini,
ditakdirkan Allah, perlu meninggalkan bumi itu,
untuk berangkat ke bumi lain,
di tempat orang,
akan bertemu dengan jiwa-jiwa lain,
yang tetap berada di dalam bulatan,
yang mungkin waqi' nya sangat berbeza,
akan tetapi
ruhnya akan tetap sama,
qaedah atau method da'wahnya tetap sama.
perjuangan tetap sama,
matlamat tetap sama,
Allah ghoyatuna.
InsyaAllah. Aku sangat-sangat berharap ya Allah!
Aku cukup yakin,
bulatan-bulatan yang kita diami,
sungguh memberi makna yang cukup besar dalam hidup seseorang
biarpun bulatan itu kecil, atau sederhana atau mungkin sekali besar,
namun,
tersimpan rahsia
yang utama,
rahsia - rahsia kalimahNya yang agung.
Saat bulatan, bertemu bulatan yang lain,
memegang panji yang sama,
sungguh dekat keterikatan itu,
semata-mata berukhuwwah keranaNya.
Saat dan ketika Rasulullah SAW,
mentarbiyyah para sahabat secara direct di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam,
yang hasilnya,
jiwa para sahabat yang cukup kental memperjuangkan al-haq di atas pelusuk bumi.
tidak takut menghadapi musuh biarpun lapar dan dahaga mencengkam jasad mereka,
semata-mata demi meninggikan kalimah Allah.
Begitulah jua pada kita.
Bulatan yang kita fahami,
bukan sekadar duduk-duduk,
malah setelah duduk,
perlu bangun menggegarkan jiwa-jiwa lain yang mungkin ketiduran
atau dalam kemamaian.
"bermula dengan tasbih kafarah,
dan berakhir dengan al-fatihah.."
Ya Allah, eratkan hati-hati insan di dalam bulatan-bulatan itu,
Kau kurniakanlah sebaik-baik hidayahMu dalam jalan ini,
agar bulatan itu bisa membentuk lebih banyak lagi bulatan lain
semata-mata keranaMu.
agar bulatan-bulatan individu muslim itu membentuk daulah islamiyyah,
hingga
"tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata..."
(Al-Baqarah, 2:193)
Terus tegar, memasakkan matlamat yang jitu
di atas muka bumi.
Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karuniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelematkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.
(Ali Imran, 3:103)
Ku harap berulang lagi...
dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
(Al-Anfal, 8:63)
Special dedicated to As-Saff,
Along,angah,achik,alang,ateh,anje,adik,uda,ayang.
Juga pada murobbi-murobbi tercinta
yang tidak lelah mendidik kami.
2 voice (s):
no worries sayang, mai sini dulu. bulatan sini pun best=)
kite yg kene best kan die. xde sape2 boleh tlg best kan utk kite..huhu
tggu saye smpai sna ye, kejap je lagi=) dok sabarnye saye! yeay!!!
akak!!!
jazakillah atas nasihat..
he.insyaAllah3 akk.sma2 kita doakan..
iyer.x sabar juga mahu ketemu..
jmpe nt!
insyaAllah! :))
Post a Comment