Keupayaan hati, fikiran, perasaan untuk melihat dunia,
dari kaca mata berbeza.
kita yang ditarbiyyah melihat segalanya
dari dua kaca mata.
kaca mata seorang hamba Allah,
dan seorang khalifah.
Ummat kita sekarang ini sedang tenat,
adakah setiap sisi masa dan kehidupan dicakupi tujuannya untuk Allah semata?
dan kita,
sudah bersiap sedia kah untuk itu?
teruskan langkah meskipun kita rasa keseorangan di sebalik kancah tipuan dunia yang terbentang di depan mata.
sungguh, sungguh,
ramai lagi umat kita yang masih tidak merasai ni'mat kefahaman islam yang sebenar-benarnya..
ayuh, bersiap siaga dengan segala kekuatan,
kekuatan iman yang menjadi pasaknya,
untuk kita mengubah dunia
dengan islam,
dengan da'wah dan tarbiyyah.
supaya dengannya diri kita terbina dan membina orang lain
melalui kerja yang tersusun dan berfokus.
sekalipun payah,
tanggungjawab dan kerja kita lebih banyak dari masa yang ada.
mungkin terlalu jauh nak dibandingkan pengorbanan-pengorbanan kita
dengan pemula perjuangan menyebarkan islam,
Nabi Muhammad saw.
ujian hebat tatkala membawa risalah Allah.
"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya"
(Al-Baqarah, 2:207)
sekadar refleksi,
saat memikirkan keadaan - keadaan ummat yang hilang arah tujuan,
bergembira dengan dunia yang dicipta sendiri,
seperti permainan kanak-kanak.
ayuh, kuatkan barisan kita.
meski kadangkala merasakan kita mempunyai ramai orang di barisan-barisan perjuangan,
tetapi hakikatnya,
masih ramai,
masih ramai yang jauh dari landasan.
ni'mat kefahaman islam ini bukan untuk dirasai sendirian,
tetapi untuk KITA sama-sama merasainya.
Ia sangat-sangat indah!
alhamdulillah.
semoga terus kuat dan thabat di mana saja kita diletakkan.
itu tarbiyyah terbaik dari Allah.
Moga momentum ini terus kekal dan bertambah,
insyaAllah!
Banyak lagi perkara-perkara BESAR yang patut kita fikirkan,
dari perkara-perkara KECIL yang ada.
teruskan usaha untuk menruhkan ramadhan!
dan mencapai target-target!
insyaAllah!
6 voice (s):
untuk meningkatkan momentum, segala ilmu sama ada akademik mahupun ilmu agama harus dikuasai kerana 'jalan' ini penuh likunya...selamat menyambut ramadhan almubarak 1431 hijrah..semoga kita lebih menghampiriNya..
insyaAllah,
moga sentiasa berusaha untuk mengekalkan dan meningkatkan momentum2 itu.
jalan ini mmg penuh simpang dan liku,
berbekalkan keimanan dan keyakinan tinggi pd Allah,
juga kefahaman akan deen,insyaAllah..
ilmu2 itu akhirnya dikembalikan kpd Allah jua, juga untuk memenuhi tujuan2 hidup kita yg BESAR di atas muka bumi. insyaAllah
salam ramadhan mubarak juga.
jzkk atas pndgn.
salam'alaik :)
dearest fiqa!
kef hal? wahhh nnt bawa momentum besar ke UK ea.. kasi gegarr kuat lg! ok?!
hehe slamat mntarbiyyah diri, meningkatkan iman n taqwa.
n slamat bersiap sedia untuk berjuangggggggggg :)
k take care ea dik.
loves,
aisyah ismail :)
p/s: jumpa kt UK nnt ea insyaallah.
kak aisyaaaaahhhhhhh...
wahh2.. sgt terharu. 1st time akk drop comment kat sini kan? ngee :D
:D
alhamdulillah, sihat2 kak!! =)
hihi.insyaAllah,
ayuh, KITA berusaha sama2 gegarkan momentum2 itu! :D
insyaAllah,
take care jugak k.aisyah!
moge trus dlm kesegaran bera'mal kpd Allah,insyaAllah :)
insyaAllah, jmpe nannntiii k....:))
Salam fieqa!
ada suke sgt post nih....
kna kuat...kita bukan seorang d jalan ini!!!
kalau duk sorang pun, kna buat jugak!!!
momentum...ayuh!^_^
wslm ada!!
:DD
insyaAllah, btol2..
we will never walk alone,
though kita dok 'sorang2' je kat tmpat tu kan?
ayuh, gegar momentum jom! he :D
insyaAllah.
p/s - turun jgn x turun ye! :P
Post a Comment