Pages

Ukhuwwah itu

Thursday, September 2, 2010 Read Comment

Kadang-kadang, kita sangat mudah terluka, mudah marah dan melenting terhadap sebesar-besar perkara, mahupun sekecil - kecil perkara.
Allah mengajarkan kita untuk menjaga hubungan denganNya (Hablu Minallah) dan hubungan sesama manusia (Hablu Minannas).
Hingga saat ini, aku rasakan terlalu banyak hak ukhuwwah yang tidak tertunai, apatah lagi banyak sangat hati-hati yang mungkin terluka dek perbuatan-perbuatan aku.
Terlalu banyak perkara-perkara yang kita terlepas pandang, yang mungkin sekali bisa mengguris hati dan perasaan orang lain.
Hm, mungkin pada siapa - siapa yang mengalami masalah-masalah ini pada saat ini,
kata-kataku ini mungkin agak relevant untuk kamu.

Lahirnya kefahaman dari al-quran, antara characteristic orang bertaqwa is,
"orang-orang yang menahan amarahnya, dan memaafkan kesalahan orang lain"

(Rujuk Ali-Imran,3:133-135)

Teringat kata-kata Nouman Ali Khan, dalam ceramah beliau, (link)

"Kita ni menahan amarah, dan memaafkan kesalahan orang lain, bukan sebab mereka mahu kemaafan,
ataupun, mereka deserve untuk dapat kemaafan tu,
tapi kita nak jadi orang-orang 'muttaqeen' tu. Orang yang bertaqwa yang memaafkan kesalahan orang lain.

SubhanaAllah!

Kita amati kata-kata, Imam Hasan Al-Banna,
“ Serendah-rendah ukhuwah ialah berlapang dada dan paling tinggi ialah ithar ”

Hidup bersama-sama orang - orang yang belum sampai masanya dan taqdirNya untuk faham akan da'wah dan tarbiyyah banyak mengajarkan ku tentang banyak perkara.
Kadang-kadang, tersimpan di benak hatiku, betapa best nya, orang-orang yang di kelilingi oleh ramai ikhwah/akhawwat, orang yang sama-sama faham akan hakikat ajaran islam se'syumulnya dan yang disentuh hatinya akan ruh da'wah.
Tendecy tinggi untuk saling tafahum, berlapang dada itu mungkin agak senang kan? insyaAllah.
Walaupun, wujud saja salah faham sesama akhawwat yang tak tahu mana puncanya tapi boleh ter'affect pada hubungan mereka.
Tapi apa jua pon, apa yang ditetapkan Allah itulah yang terbaik (2:216), dan bagi setiap sisi masa dan kehidupan, ada tarbiyyah yang ingin ajarkan pada kita.

Sudah tiba masa untuk kita mendalami lagi skills da'wah fardiyyah yang bisa menembus hati-hati orang lain.
Mungkin juga, aku kena khatamkan berkali-kali buku "Bagaimana Menyentuh Hati" tu kot?
dan juga buku "Virus-virus ukhuwwah".

Tanggunggjawab melebihi masa yang ada,
Dan Allah jualah yang memegang hati - hati manusia.

"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNya lah kamu akan dikumpulkan"
(Al-Anfal, 8:24)
Imam Bukhari & Muslim pernah meriwayatkan, Nabi SAW bersabda
Ada tiga jenis manusia yang merasai kemanisan iman : Allah dan Rasul adalah lebih dikasihi berbanding selainnya, mengasihi seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia benci dihumbankan ke dalam api neraka ”.

truly,
Ukhuwwah that is bonded by aqidah is very special!
"Siapa-siapa yang dikurniakan Allah untuk merasai bisa memahami...."

Moga Allah senantiasa memandu hati-hati kita, insyaAllah.

3 voice (s):

Unknown at: September 2, 2010 at 4:21 PM said...

tahniah..perkongsian yg sgt baik :)

TERBARU: Aku bukan Yusuf!

Qurratu Aini at: September 3, 2010 at 5:09 AM said...

salam.
eeii,,lama xtgk sini..
akk kat mne ea skrg??

hidup dalam biah yg islamik sangat2 menguntungkn. sebab boleh jaga diri kita. tapi setiap sesuatu tu ada pros n cons kan. bila sekeliling kita org baik2 je, kekadang kita ble kena kejutan budaya kalau jumpa org2 yg lain dr glgn td.

tapi, sy, wat masa ni, alhamdulillah, xkne kejutan budaya sebab dah terdedah sikit2 dgn keadaan yg macam 'kureng' sikit. insya Allah, sesama akhawat pon menjaga n mengingatkan antara 1 sma lain.

sungguh, kne kuatkan hati+iman. banyak cabarannya walaupun sekadar duduk dipinggir KL.

~hui,,takut pulak nak menghadapi hari2 akan dtg~

doakan kita ye..

qilaraf at: September 8, 2010 at 1:19 PM said...

hm... w'pon post ni da agak lame la gak.... tp, hari ni gak baru terbace.. keh3~ sume pon da stat touching2 ek....

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine