Pages

Rasa Hati

Tuesday, August 31, 2010 Read Comment

Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri.
Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini.
Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu.
Pendirian ini lahir dari rasa hati yang sekian lama mencengkam hati ini.
Rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini.
Rasa hati yang menyebabkan mata ini tidak lena tidur.
Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran.
Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita
kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima segala penghinaan ini,
atau reda dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri.

Demi Allah,
kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada untuk kepentingan diri kita sendiri.

Saudara-saudara yang dikasihi, segala hidup kami hanyalah untuk kamu.
Kami tidak akan sekali-kali mengkhianati kamu.


(Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna, Bab 1- Dakwah KITA)

Untuk itu ya Allah,
Kau kuatkan hati-hati kami untuk bekerja di jalanMu,
meski kami selalu jatuh untuk bangkitkan tarbiyyah diri kami.
Kau kuatkan barisan-barisan kami dengan iman dan keyaqinan akan risalah yang dibawa oleh Rasulullah.
InsyaAllah.
Selamat mengumpul kekuatan dalam malam-malam terakhir ramadhan ini,
InsyaAllah.

Hari yang berbaki 12 hari saja di Malaysia. InsyaAllah.
Moga ada sinar dan tarbiyyah yang Allah mahu berikan di daerah sana,
dan untuk itu,
aku perlu kuat!

Ya Allah, aku sangat-sangat membutuhkan kekuatan dariMu.

"Barangsiapa mencicipi keni'matan islah,
Ia pasti mengetahuinya,
Barangsiapa mengetahuinya, ia 'kan bangkit
Menyerahkan nyawa sebagai tebusan"
(Bagaimana Menyentuh Hati, Abbas As-Siisiy)


Sedang mengimani kisah mus'ab..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (Al-Baqarah, 2:286)

Kita amati perjalanan hidup Rasulullah saw,
menghadapi keburukan dengan kebaikan,
menghadapi segala cubaan dengan ketenangan jiwa,
menghadapi segala rintangan dan gangguan dengan pemberian maaf dan doa,

"Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku ini, sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengetahui"

Dan perasaan-perasaan yang tidak patut ada dalam hati ini,
kelalaian-kelalaian hati untuk sentiasa intim dengan Allah,
dan untuk itu,
Allah mengajarkan ku untuk mujahadah!

Ya Allah, kau permudahkan segala-galanya!
Engkau sajalah yang mengetahui rahsia-rahsia kami.

Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang b beriman, dan kamu dikembalikan kepada Allah, Yang Mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (At-Taubah, 9:105)


Hakikat da'wah ini,
masih ramai lagi yang tidak merasai kemanisannya,
Ayuh, berusaha!

1 voice (s):

Unknown at: September 1, 2010 at 9:23 AM said...

Hmm..sgt indah..tersentuh membaca karya ini~

TERBARU: Kasih kerana Tuhan

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine