Pages

Along the way

Wednesday, October 13, 2010 Read Comment

Jauh di sudut hati kita, ingin melihat orang-orang di sekeliling kita

turut memahami apa yang kita fahami,
turut memandang segala sesuatu seperti mana kita melihat sesuatu,
turut merasai apa yang ada dalam perasaan kita,
turut izzah akan kesyumulan islam itu sendiri,
turut menangguni beban da'wah ini sebagaimana yang kita tanggunggi,
turut merasai kita adalah satu angkatan yang mempunyai semangat juang yang tinggi,

seperti mana diri - diri kita yang selalunya mempunyai wave length yang sama semenjak diri kita di sentuh dengan da'wah dan tarbiyyahNya.

seperti mana diri - diri kita yang diperkenalkan dengan jalan ini, saat - saat hati - hati kita mula berkenalan semula denganNya.

bukan seperti pandangan manusia biasa yang melihat diri - diri kita yang mengemban da'wah Allah ini melakukan tanggungjawab 'extra' dalam hidup kita.

Men 'volunteer' kan diri - diri kita untuk 'menghabiskan' masa - masa kita di pesta - pesta tarbiyyah.

hakikat sebenar kompas hidup kita, tanggungjawab - tanggungjawab ini dilakukan berdasarkan kefahaman - kefahaman dan fikrah ad-deen yang semakin membiak dalam diri.

kefahaman ini sepatutnya difahami oleh semua umat manusia di atas muka bumi.
tangunggjawab ini sewajibnya dilakukan oleh semua umat manusia,

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat pertengahan agar kamu menjadisaksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.
(Al-Baqarah, 2:143)


Tugas syahadatul haq yang ada di bahu kita.

Untuk itu, ia tidak mudah, melainkan memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang besar dalam jalanNya.

terlalu banyak lagi kerja dan tanggungjawab yang mesti dilakukan demi memastikan kalimah Allah itu tertegak di atas muka bumi.
terlalu banyak tanggungjawab untuk melahirkan kader-kader da'wah yang menginfaqkan seluruh hidupnya untuk jalan Allah.

untuk itu, Allah mentarbiyyah ku untuk terus kuat menapak dan melangkah dengan hamasah yang tinggi, berbekalkan iman.

Allah mentarbiyyah ku untuk terus berlapang dada dan menjadi se'kreatif' mungkin untuk 'berinteraksi' dengan mad'u - mad'u di sekelilingku.

*

Namun, satu perkara,

Setiap orang mempunyai sejarah masing-masing bagaimana mereka bertemu cintaNya dalam jalan ini.

Bagaimana seseorang itu boleh menukar paradigma mereka,
meninggalkan jahiliyyah yang menyesakkan dada,
lantas menyibukkan diri dalam setiap saat dan ketika untuk mencari redhaNya,
menetapkan matlamat hidup hanya untuk Allah, lantas tiada masa untuk perkara-perkara yang memuaskan nafsu diri,
juga menyedari tanggungjawab besar dalam menegakkan kalimah laillahaillallah.

Ia tidak mudah.

Ia bukan sekelip mata.

Ia memerlukan pengorbanan besar dalam menginfaqkan harta, masa kita, hatta diri - diri kita seluruhnya untuk jalanNya.

Ia memerlukan da'wah dan tarbiyyah yang membina manusia untuk menjadi individu muslim yang memenuhi sepuluh muwasafat tarbiyyah.
Hatta diri aku sendiri belum cukup dan sering dahaga akan hidayahNya.

Moga diri - diri kita sentiasa dikuatkan Allah.

Yaqinlah, setiap perkara yang datang itu lahirnya dari Allah,
hidayah dan petunjuk segalanya dari Allah.

Kita hanya manusia biasa yang berusaha melakukan yang terbaik demi menyubur dan merancakkan da'wah di tanah masing-masing.

Moga Allah sentiasa bersama - sama kita.

Katakanlah, "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu?". Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.
(Al-Ahzab, 33:17)



Salam perjuangan dari bumi Canterbury.
Parham Road,
Canterbury, United Kingdom.

4 voice (s):

azni_1405 at: October 14, 2010 at 5:17 AM said...

salam..
macam mana nak mengislahkan orang yang mempunyai ada ilmu agama, tp xpraktikkan??

salam perjuangan dari bumi usim...

Anonymous at: October 14, 2010 at 11:06 AM said...

love this..:)jzkk..^_^

tulip putih at: October 22, 2010 at 10:48 AM said...

azni :

ammmppunn..maaf sgt2 ye..
lmbt sket rply..

hm,hm.

tu mungkin masalahnya,
ada ilmu, tp x faham.
so caranya, faham kan dgn deen islam insyaAllah.
kefahaman boleh dibentuk dgn tarbiyyah (proses didikan) scra keseluruhan.

wallahua'alam..

mmbantu ke? maaf sgtttt rply lmbt.
if nk tny pe2 ley tnye email kot.
lgi senang.bleh share mcm2..hehe :)

take care awak! :)




anonymous :
jzkk ye.:)
mge Allah kuatkan langkah2 KITA. :)iA

tulip putih at: October 22, 2010 at 10:49 AM said...

ha, ley email kt sini
(fieqa_sapar@yahoo.com)

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine