Pages

The Strength

Friday, October 22, 2010 Read Comment
Dalam kita menyusuri jalan yang panjang ini,

semakin banyak yang kita pelajari,

semain banyak perkara-perkara yang perlu di fahami,

semakin Allah membuka pengalaman-pengalaman tarbiyyah,

tarbiyyah perasaan, tarbiyyah kekuatan ruhiyyah, tarbiyyah kekuatan ukhuwwah, tarbiyyah fizikal kita, fikiran kita, harta kita, masa kita, diri kita, dan segala-galanya.

Manisnya, jika setiap saat dalam hidup dimaknai dengan setiap tarbiyyah dari Allah.

semata-mata Dia ingin kita lebih mencintai DIA, dan mencintai jalan yang kita imani ini.

sungguh, pertolongan Allah itu datang dari segala macam arah.

kekuatan-kekuatan itu hanyalah datang dari Dia.

*

Moga kita menjadi pemuda dari hujung kota (rujuk Yaasin, 36:20-32),

yang mempunyai tarbiyyah dzatiyah yang sangat tinggi, bergegas menyeru qaumnya,

meninggalkan zon selesa, lalu mengejar ke zon lambakan mad'u.

Moga redha Allah dan syurga Allah menjamu kita di akhirat nanti.

SubhanaAllah, tak terbayang dek diri saat berjumpa denganMu Ya Allah.

Di bumi asing, terlalu banyak tarbiyyah yang dikurniakan,

kadang-kadang membuatkan kita terjatuh,

apatah lagi membuatkan butiran-butiran air mata menuruni dari kelopak mata.

*

Maaf sangat, dah lama tak update blog buat hati-hati yang ingin mencari kekuatan sepanjang berada di jalan ini.

Sama seperti saya yang m'admire tulisan-tulisan yang dapat menggugah perasaan - perasaan ini, lalu membuahkan kekuatan dari Dia.

Mungkin, pengalaman dan juga reflection - reflection saya di jalan ini, dirakamkan oleh hati insyaAllah.

Moga KITA semua terus diberi kekuatan oleh Allah, insyaAllah, insyaAllah.

Ayuh, teruskan bekerja!

Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya.
(Al-Insyiqaq, 84,6)

5 voice (s):

muharikah at: October 22, 2010 at 3:24 PM said...

salam. tersentuh saya dengan tulisan awak ni.. teruskan bekerja fiqa. iAllah kita jumpa nanti ..kuatkan diri ok?

PuteriBonda Anis at: October 22, 2010 at 8:00 PM said...

fieqa, suka sgt post ni...
cam kena sgt dgn diri ni...
(kau tahu citer kan)

tq tau.. take care piqa.. :)

mumumeow at: October 23, 2010 at 1:25 AM said...

suka post ni... :)
bukn mudah utk brubah...

azni_1405 at: October 23, 2010 at 5:23 AM said...

Dia sentiasa ada dengan kita..

tulip putih at: November 3, 2010 at 10:03 PM said...

jzkk semua orang.

doakan sma2 yer.
moga Allah permudahkan langkah2 kita =)
insyaAllah :)

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine