
Sumber: google image
Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah, 2:151)
Inilah yang Allah ajar pada Rasulullah.
Menjadi insan rabbani, seorang yang belajar dan mengajar.
Agar tertegak kesaksian terhadap kebenaran di atas muka bumi ini.
Agar tertegak islam sebagai satu sistem kehidupan, satu bangunan yang kukuh,
bukan sekadar ibadah solat, puasa semata-mata.
Duduk di bawah bayangan tarbiyyah mengubah cara pandang kita terhadap apa jua perkara.
Dulu-dulu, hanya untuk belajar-belajar sahaja, tanpa ada keinginan untuk mengajar.
Tapi kini, kita perlu menjadi insan yang belajar dan mengajar.
Agar tertegaknya islam di atas muka bumi dengan izin Allah.
Itu janji Rasulullah.
Dari Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku diperintahkan untuk memerangi umat manusia hingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, dan membayar zakat. Bila mereka telah melakukan hal-hal itu bererti mereka telah menjaga darah dan hartanya dariku, kecuali dengan alasan yang benar dalam islam dan Allah taala yang akan menilai apa yang mereka rahsiakan. (HR Bukhari Muslim)
Tarbiyyah yang sangat mengajar seseorang,
Menjadi insan yang belajar dan mengajar.
Sungguh, berusahalah sampai badanmu menuntut hak darimu.
Ayuh, sahutlah seruan ini!
Di akhirat kelak Allah akan tanyakan amal-amal yang kita lakukan sementara menjadi musafir di atas muka bumi.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. (As- Saff, 61:4)
Tepuk dada tanya iman!
Wallahualam.


