Pages

Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Presence

Monday, September 20, 2010 5 voice (s)
Setiap jiwa itu diuji dengan pelbagai jenis ujian dari bermacam arah.

Apabila dicampakkan di suatu tempat, apalagi bila mana suatu tanah itu belum cukup subur,
kadangkala bagi diri kita yang ditarbiyyah,
sudah pastinya memerlukan ruh semangat dari orang yang sama-sama memahami akan hakikat sebenar da'wah dan tarbiyyah.
Hatta dari alam maya mahupun secara realiti.
Namun, realiti itu bisa memberi kesan yang mendalam dalam jiwa kita.
Bila mana kita mengecapinya, walau hanya sekejap cuma tapi bisa menyentuh hati diri kita yang ditarbiyyah.
Butiran-butiran dari kelopak mata seakan ingin jatuh, bergenang.
Allah sebaik-baik penolong KITA.

Inilah yang dikatakan ruh - ruh yang diikatkan keranaNya.
Kerana aqidah semata kita bersatu.

Jazakumullahi khairan. Kedatangan antunna walau sekejap bisa menggugah semangat dan himmah diri.

Bersyukurlah dengan setiap perkara yang ditaqdirkan dalam hidup kita.
Ada tarbiyyah yang Allah ingin ajarkan. insyaAllah

Moga kecintaan kita pada Allah dan RasulNya, pada da'wah dan tarbiyyah melebihi segala-galanya.

Ya Allah, kau permudahkan segala urusan-urusan kami, insyaAllah.

*

Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, niscaya ia tidak akan suka dengan kerendahan.
Kenalkanlah kepadanya kemuliaan, nescaya ia akan membenci kehinaan.
Rasakanlah kepadanya kesenangan ruhani yang besar, niscaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil.

(Ar-Raqaiq)

Canterbury

Friday, September 17, 2010 10 voice (s)


Alhamdulillah, currently dah masuk hari ke-4 di canterbury.
Banyak perkara yang sedang dipelajari. Melihat dan sedang memahami keadaan dan personaliliti mad'u di sini.

Sedaya upaya menyandarkan segala-gala yang dilihat, didengar, dihayati, dan difahami dari sudut pandang ibadah dan khalifah, tugas utama KITA.

Sungguh, arus jahiliyyah yang pekat lagi deras sedang mengalir.

Samada hendak buat atau tidak, terpulang.

Allah sajalah penolong KITA di setiap saat dan masa.

Sekalipun tanah itu belum cukup subur, tingkatkan himmah (cita-cita) kita, untuk mengubah hingga menjadi pohon rendang yang berbuah.

Moga buah-buah itu dapat menyuburkan lagi pohon-pohon di tanah lain.

Ya Allah, Kau kuatkan langkah-langkah kami.

Berilah pentunjuk kepada kami dan orang yang bersama - sama kami.

Tanggungjawab melebihi masa yang ada.
Sedaya upaya kau sucikan langkah-langkah ini Ya Allah.
Moga segalanya disandarkan untuk redhaMu.

Bila saat Allah mentaqdirkan sesuatu buat kita, ada tarbiyyah yang ingin diajarkan.
Moga momentum ini dikuatkan Allah, meski langkahku kadangkala cukup goyah.

Da'wah itu segalanya-galanya datang dari Allah.
Kekuatan KITA hanya dari Dia.

Sedang belajar untuk menerapkan fikrah dalam perbualan...


1 Parham Close,
Parham Road, Canterbury, Uk.
(Autumn,15 Degree Celcius)

13 September

Sunday, September 12, 2010 6 voice (s)


Semoga langkah ini bidayah sohihah,
suatu permulaan yang betul

insyaAllah.

Moga Allah membersihkan qalbiah, dan aqliah KITA.

insyaAllah

Ya Allah, permudahkan segala-galanya,
Kau kuatkah langkah-langkah ini Ya Allah.

KLIA > London > Canterbury

13 September 2010

"Semoga terus thabat, Gegarkan bumi nabi isa"

"Expect the unexpected"

tanggunggjawab melebihi masa yang ada

pasti merindukan bumi tarbiyyah malaysia...

Eid Mubarak

Thursday, September 9, 2010 0 voice (s)

Allah akan menguji di titik - titik kelemahan kita,
sampai kita berhasil memperbaiki kelemahan itu.

Detik-detik akhir ramadhan kali ini,
seakan diri di uji dengan ujian-ujianNya.
Benar-benar diuji, dan diri kadangkala cukup lemah!

Astaghfirllah, Astaghfirllah, Astaghfirllah.

Ya Allah, kau kuatkan hati kami ya Allah.

Kau bersihkan diri kami dari dosa-dosa yang lalu dan yang terkemudian.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.

Moga syawal ini ada sinar tarbiyyah baru buat kita.

InsyaAllah.

Moga kita kembali semula kepada fitrah,
bersih dari dosa-dosa.

Salam eid fitri mubarak,

Moga segalanya ada barkah dan rahmah,insyaAllah.

Salam lebaran dari diri yang lemah,
Mohon maaf atas segala khilaf diri,
jazakumullahi khairan katheera buat semua pembaca blog.

Doakan saya,
InsyaAllah akan ke Canterbury Christ Church Universtity, Uk
Raya ke-4 ni. InsyaAllah.
Moga terus thabat dan istiqomah dalam jalan da'wah dan tarbiyyah.
Moga kita terus dikuatkan oleh Allah, insyaAllah.

Moga momentum ini terus dikekalkan untuk terus menjadi hamba dan khalifah yang bekerja di jalanNya.


p/s- Sejauh mana piala taqwa telah kita genggami...=(

Ukhuwwah itu

Thursday, September 2, 2010 3 voice (s)

Kadang-kadang, kita sangat mudah terluka, mudah marah dan melenting terhadap sebesar-besar perkara, mahupun sekecil - kecil perkara.
Allah mengajarkan kita untuk menjaga hubungan denganNya (Hablu Minallah) dan hubungan sesama manusia (Hablu Minannas).
Hingga saat ini, aku rasakan terlalu banyak hak ukhuwwah yang tidak tertunai, apatah lagi banyak sangat hati-hati yang mungkin terluka dek perbuatan-perbuatan aku.
Terlalu banyak perkara-perkara yang kita terlepas pandang, yang mungkin sekali bisa mengguris hati dan perasaan orang lain.
Hm, mungkin pada siapa - siapa yang mengalami masalah-masalah ini pada saat ini,
kata-kataku ini mungkin agak relevant untuk kamu.

Lahirnya kefahaman dari al-quran, antara characteristic orang bertaqwa is,
"orang-orang yang menahan amarahnya, dan memaafkan kesalahan orang lain"

(Rujuk Ali-Imran,3:133-135)

Teringat kata-kata Nouman Ali Khan, dalam ceramah beliau, (link)

"Kita ni menahan amarah, dan memaafkan kesalahan orang lain, bukan sebab mereka mahu kemaafan,
ataupun, mereka deserve untuk dapat kemaafan tu,
tapi kita nak jadi orang-orang 'muttaqeen' tu. Orang yang bertaqwa yang memaafkan kesalahan orang lain.

SubhanaAllah!

Kita amati kata-kata, Imam Hasan Al-Banna,
“ Serendah-rendah ukhuwah ialah berlapang dada dan paling tinggi ialah ithar ”

Hidup bersama-sama orang - orang yang belum sampai masanya dan taqdirNya untuk faham akan da'wah dan tarbiyyah banyak mengajarkan ku tentang banyak perkara.
Kadang-kadang, tersimpan di benak hatiku, betapa best nya, orang-orang yang di kelilingi oleh ramai ikhwah/akhawwat, orang yang sama-sama faham akan hakikat ajaran islam se'syumulnya dan yang disentuh hatinya akan ruh da'wah.
Tendecy tinggi untuk saling tafahum, berlapang dada itu mungkin agak senang kan? insyaAllah.
Walaupun, wujud saja salah faham sesama akhawwat yang tak tahu mana puncanya tapi boleh ter'affect pada hubungan mereka.
Tapi apa jua pon, apa yang ditetapkan Allah itulah yang terbaik (2:216), dan bagi setiap sisi masa dan kehidupan, ada tarbiyyah yang ingin ajarkan pada kita.

Sudah tiba masa untuk kita mendalami lagi skills da'wah fardiyyah yang bisa menembus hati-hati orang lain.
Mungkin juga, aku kena khatamkan berkali-kali buku "Bagaimana Menyentuh Hati" tu kot?
dan juga buku "Virus-virus ukhuwwah".

Tanggunggjawab melebihi masa yang ada,
Dan Allah jualah yang memegang hati - hati manusia.

"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNya lah kamu akan dikumpulkan"
(Al-Anfal, 8:24)
Imam Bukhari & Muslim pernah meriwayatkan, Nabi SAW bersabda
Ada tiga jenis manusia yang merasai kemanisan iman : Allah dan Rasul adalah lebih dikasihi berbanding selainnya, mengasihi seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia benci dihumbankan ke dalam api neraka ”.

truly,
Ukhuwwah that is bonded by aqidah is very special!
"Siapa-siapa yang dikurniakan Allah untuk merasai bisa memahami...."

Moga Allah senantiasa memandu hati-hati kita, insyaAllah.

Rasa Hati

Tuesday, August 31, 2010 1 voice (s)

Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri.
Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini.
Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu.
Pendirian ini lahir dari rasa hati yang sekian lama mencengkam hati ini.
Rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini.
Rasa hati yang menyebabkan mata ini tidak lena tidur.
Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran.
Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita
kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima segala penghinaan ini,
atau reda dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri.

Demi Allah,
kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada untuk kepentingan diri kita sendiri.

Saudara-saudara yang dikasihi, segala hidup kami hanyalah untuk kamu.
Kami tidak akan sekali-kali mengkhianati kamu.


(Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna, Bab 1- Dakwah KITA)

Untuk itu ya Allah,
Kau kuatkan hati-hati kami untuk bekerja di jalanMu,
meski kami selalu jatuh untuk bangkitkan tarbiyyah diri kami.
Kau kuatkan barisan-barisan kami dengan iman dan keyaqinan akan risalah yang dibawa oleh Rasulullah.
InsyaAllah.
Selamat mengumpul kekuatan dalam malam-malam terakhir ramadhan ini,
InsyaAllah.

Hari yang berbaki 12 hari saja di Malaysia. InsyaAllah.
Moga ada sinar dan tarbiyyah yang Allah mahu berikan di daerah sana,
dan untuk itu,
aku perlu kuat!

Ya Allah, aku sangat-sangat membutuhkan kekuatan dariMu.

"Barangsiapa mencicipi keni'matan islah,
Ia pasti mengetahuinya,
Barangsiapa mengetahuinya, ia 'kan bangkit
Menyerahkan nyawa sebagai tebusan"
(Bagaimana Menyentuh Hati, Abbas As-Siisiy)


Sedang mengimani kisah mus'ab..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (Al-Baqarah, 2:286)

Kita amati perjalanan hidup Rasulullah saw,
menghadapi keburukan dengan kebaikan,
menghadapi segala cubaan dengan ketenangan jiwa,
menghadapi segala rintangan dan gangguan dengan pemberian maaf dan doa,

"Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku ini, sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengetahui"

Dan perasaan-perasaan yang tidak patut ada dalam hati ini,
kelalaian-kelalaian hati untuk sentiasa intim dengan Allah,
dan untuk itu,
Allah mengajarkan ku untuk mujahadah!

Ya Allah, kau permudahkan segala-galanya!
Engkau sajalah yang mengetahui rahsia-rahsia kami.

Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang b beriman, dan kamu dikembalikan kepada Allah, Yang Mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (At-Taubah, 9:105)


Hakikat da'wah ini,
masih ramai lagi yang tidak merasai kemanisannya,
Ayuh, berusaha!

Maghfirah

Sunday, August 29, 2010 0 voice (s)

Ya Allah, Engkaulah Rabbku, tiada ilah kecuali Engkau.
Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu.
Aku berada di atas janjiMu semampuku.
Aku mohon perlindungan dair keburukan perbuatanku.
Aku mengakui banyaknya ni'mat (yang Engkau anugerahkan) kepadaku
dan aku mengakui dosa - dosaku,
maka ampunilah aku.
Kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.

(zikr Al-Ma'thurat)


sungguh istiqomah itu berat untuk dilaksanakan,
hanya Engkau sajalah sebaik-baik penolong,
dan syaitan jua penghalang istiqomah itu.
istiqomah bukan bergantung pada nilai2 manusiawi, mahupun duniawi dan material,
akan tetapi kuatnya hubungan dengan Allah,
dan mujadahah diri.

Hatta sahabat-sahabat rasulullah saw yang ditarbiyyah direct oleh baginda,
jua merasakan perkara yang sama,
yakni sungguh berat untuk melaksanakan istiqomah.
Hanzalah yang men'claim dirinya munafik,
atas alasan ingat akan perihal dunia (isteri, kebun dan lain2), saat keluar dari rumah Rasulullah.
Lantas Abu Bakar pon membalas,
"Eh, engkau pon camtu ke?"

Rasulullah menjawab,
"Satu demi satu, istiqomahkanlah diri anda masa demi masa"

"Dan tetaplah engkau (di jalan yang benar) sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas, Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"
(Hud, 11:112)

Ya Allah, kau berikanlah kami kemanisan dalam beribadah,
terutama dalam fasa maghfirah ( pengampunan).
Engkau sajalah yang mengetahui rahsia-rahsia kami,
Bantulah kami dalam membersihkan diri kami dari segala kekotoran hati dan jiwa dan seluruhnya.
bantulah kami dalam meningkatkan tarbiyyah dzatiyah kami.

"Allah yang bantu kita untuk istiqomah, Allah yang bantu kita...."


sangat menggugah jiwa)

Direct and relevant

Wednesday, August 25, 2010 0 voice (s)

Peristiwa - peristiwa

dan

Episod - episod kehidupan

yang mentarbiyyah diri untuk lebih memahami lagi selok belok jalan ini

Seakan Allah ingin membersihkan diri - diri kita dan mengikis karat-karat jahiliyyah

membina diri seorang individu muslim

yang ada kualiti

yang ada muwasafat

segalanya bermula dari 'noktah bidayah sohihah' (titik permulaan yang betul)

hati yang ikhlas dan memahami dengan sebenar - benar kefahaman,

"mengapa setiap a'mal itu dikerjakan?"

"adakah segalanya untuk capai redha Allah?"

Setiap peristiwa yang berlaku, ada tarbiyyah yang ingin Allah ajarkan kepada kita,

laksana siri - siri peperangan yang disertai oleh rasulullah dan para sahabat,

tika pergantungan mereka diuji dalam peperangan badar,

sekalipun niat awal mereka hanya untuk mengambil kembali harta rampasan mereka dari kafir quraisy,

tetapi Allah menghadirkan peristiwa-peristiwa yang lebih besar

Allah ajarkan tentang pergantungan yang tinggi hanya pada Allah,

dan pertolonganNya yang sangat-sangat dekat.

memberi significance kepada islam,

sehinggakan tidak ada DOSA selamanya, bagi setiap ahli BADAR
.
SubhanaAllah

Juga ayat-ayatNya yang turun merupakan tarbiyyah direct dari Allah,

sangat relevan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Allah sedang mengajar kita,

ya, sedang mengajar kita.

***

sedang belajar mengambil hikmah dalam setiap taqdir-taqdir yang Allah tetapkan dalam hidup ini.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Al-Baqarah, 2:284)

Allah mengajarkanku, setiap perkara adalah semata-mata dengan bantuan dan pertolonganNya.

bukan perkara-perkara material mahupun bilangan ramai yang membantu keberjayaan da'wah,

tetapi segalanya dengan izinNya, asbab dari pergantungan yang tinggi dengan Allah.

Ya Allah,

moga kami terus thabat dan kuat dalam jalanMu di mana jua kami semua diletakkan.

Sijil Taqwa

Thursday, August 12, 2010 2 voice (s)

Ya Allah, Alhamdulillah,
Wa Syukur lillah.
kau telah sampaikan kami pada bulan yang penuh barakah.

Ramadhan.

Ramadhan yang bercompass.

Madrasah tarbiyyah.

Sama-sama berusaha untuk kita menggenggam sijil taqwa olehMu.

Moga hati ini dipenuhkan oleh seinfitini cintaMu yang hanya layak di hati ini.

Moga ibadah 'rahsia' ini dinilai dengan sebaik-baik nilaian dari pandanganMu Ya Allah.

Moga hijrahku ini menguatkan lagi semangatku untuk menruhkan ramadhan ini.
Dengan izin Allah.

Moga dengan segala kekuatan yang diberi olehNya, timbangan a'mal kita semakin bertambah dan terus istiqomah dari sehari ke sehari.

Moga dengan izinMu, kau kuatkan hati-hati ini untuk mencapai a'zam-a'zam dalam ramadhan ini,
agar momentumnya sentiasa kekal untuk bulan yang masih berbaki 11.

Moga ramadhan (bermaksud panas) ini,
membakar karat-karat jahiliyyah yang masih berbaki di dalam diri-diri kita,
juga menyinarkan hati kita dihadapanNya.

"Kegembiraan orang berpuasa ketika saat berbuka dan melihat wajah Allah"
(Hadis)

"Puasa hambaKu adalah untukKu"

"Lailatul Qadr"
suatu harapan...

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku, dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"
(Ali-Imran, 3:186)

Ayuh, rebut berdoa pada waktu-waktu mustajab!

Rujukan : (Al-Baqarah, 2:183-186)

Camera on, start and action!

Thursday, August 5, 2010 0 voice (s)


Jalan ini,
sudah ada plot terbaik dari Allah,

Exposition - turunnya wahyu Allah
Resolution - islam tertegak di atas muka bumi

Allah sebagai director,
Al-Qur'an sebagai script,
Hamba - hambaNya sebagai pelakon.

Fasa-fasa yang Allah rakamkan.

bermula dari Nabi Muhammad,

hingga kepada kita.

Cuma dan cuma.

di mana dan di mana posisi kita?

Pelakon utama,
pelakon tambahan,
atau sampingan,

atau hanya menonton cerita?

Sejauh mana seluruh hidupku di infaq kan ke atas jalan Allah?

"...Mereka menjawab, "agar kami mempunyai alasan kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertaqwa"
(Al-A'raf, 7:164)

agar dunia menjadi saksi, kelak tiada alasan diberi

Satu dari Dua

Monday, August 2, 2010 2 voice (s)

"Tetapi, aku memohon keampunan dari Ar-Rahman,
Di samping sebilah pedang yang memancungku,
Memancutkan darahku,
atau sebatang tombak menusuk dadaku,
Mengoyak dadaku, mengoyak jantungku,

Supaya orang yang melintasi atas pusaraku berkata:
Wahai Allah, pejuangMu telah menempah kejayaan,
Allah telah menganugerahkan kurniaan kepada pejuang,
PejuangMu telah mendapat hidayat dariMu"

(Syair 'Abdullah ibn Ruwahah)


Berita bilangan musuh seramai dua ratus ribu orang itu juga sampai kepada tentera Muslimin.
Mereka berhenti di Muaan selama dua malam memikirkan apa yang harus dilakukan.

Kata mereka :

"Baik kita tulis surat kepada Rasulullah memberitahu kepadanya bilangan musuh".

Tetapi Abdullah ibn Ruwahah tetap berkeras dan memberangsangkan mereka supaya terus berjuang.

Katanya,

"Wahai orang-orang Muslimin,

demi Allah, apa yang ditakutkan?

Untuk apa kita keluar ini?

Tidakkah dengan tujuan syahid?

Kita berperang bukan kerana berdasarkan bilangan ramai

dan bukan dengan kekuatan.

Tetapi kita berperang kerana menegakkan Islam,

dengannya kita mendapat kemuliaan dari Allah.

Ayuh maju ke hadapan!

Satu dari dua kejayaan sudah pasti akan tercapai,

iaitu KEMENANGAN atau SYAHID"

(Ghazwah Mu'tah,
Fiqh Al-Sirah 3, Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti)

SubhanaAllah, hebat sungguh figur-figur terdahulu.
Kehidupan mereka hanya untuk salah satu dari dua,
hidup dalam kemenangan atau mati syahid.

Ya Allah, kuatkan hati - hati ini.

Saat diri - diri kita akan bertukar tanah dan 'qiblat',
Saat diri - diri kita perlunya untuk ada a'mal jama'ie,
Saling dan saling kuat dan menguatkan,
Sungguh mudah untuk mengatakan 'fastaqim kama umirt',
tapi sungguh berat untuk menga'malkan istiqomah itu.

Astaghfirllah Al-A'zim,
banyak sungguh kelalaian-kelalaian aku dek tempias duniawi, biarpun baru sekejap berlalu 'hari-hari' itu,

“Ya Muqollibal qulub, thabbit qulubana ‘ala deenik, wa ‘ala tho’atik”

Moga kita terus thabat, dan kuat.insyaAllah.
Kekuatan itu datangnya dari Allah jua.


Sungguh practical itu sungguh mengajar diri yang sedang belajar.
Dari teori terus kepada 'practical' a'mal.
SubhanaAllah2!
Tarbiyyah Allah yang best!
Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine