Pages

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Ukhuwwah itu

Thursday, September 2, 2010 3 voice (s)

Kadang-kadang, kita sangat mudah terluka, mudah marah dan melenting terhadap sebesar-besar perkara, mahupun sekecil - kecil perkara.
Allah mengajarkan kita untuk menjaga hubungan denganNya (Hablu Minallah) dan hubungan sesama manusia (Hablu Minannas).
Hingga saat ini, aku rasakan terlalu banyak hak ukhuwwah yang tidak tertunai, apatah lagi banyak sangat hati-hati yang mungkin terluka dek perbuatan-perbuatan aku.
Terlalu banyak perkara-perkara yang kita terlepas pandang, yang mungkin sekali bisa mengguris hati dan perasaan orang lain.
Hm, mungkin pada siapa - siapa yang mengalami masalah-masalah ini pada saat ini,
kata-kataku ini mungkin agak relevant untuk kamu.

Lahirnya kefahaman dari al-quran, antara characteristic orang bertaqwa is,
"orang-orang yang menahan amarahnya, dan memaafkan kesalahan orang lain"

(Rujuk Ali-Imran,3:133-135)

Teringat kata-kata Nouman Ali Khan, dalam ceramah beliau, (link)

"Kita ni menahan amarah, dan memaafkan kesalahan orang lain, bukan sebab mereka mahu kemaafan,
ataupun, mereka deserve untuk dapat kemaafan tu,
tapi kita nak jadi orang-orang 'muttaqeen' tu. Orang yang bertaqwa yang memaafkan kesalahan orang lain.

SubhanaAllah!

Kita amati kata-kata, Imam Hasan Al-Banna,
“ Serendah-rendah ukhuwah ialah berlapang dada dan paling tinggi ialah ithar ”

Hidup bersama-sama orang - orang yang belum sampai masanya dan taqdirNya untuk faham akan da'wah dan tarbiyyah banyak mengajarkan ku tentang banyak perkara.
Kadang-kadang, tersimpan di benak hatiku, betapa best nya, orang-orang yang di kelilingi oleh ramai ikhwah/akhawwat, orang yang sama-sama faham akan hakikat ajaran islam se'syumulnya dan yang disentuh hatinya akan ruh da'wah.
Tendecy tinggi untuk saling tafahum, berlapang dada itu mungkin agak senang kan? insyaAllah.
Walaupun, wujud saja salah faham sesama akhawwat yang tak tahu mana puncanya tapi boleh ter'affect pada hubungan mereka.
Tapi apa jua pon, apa yang ditetapkan Allah itulah yang terbaik (2:216), dan bagi setiap sisi masa dan kehidupan, ada tarbiyyah yang ingin ajarkan pada kita.

Sudah tiba masa untuk kita mendalami lagi skills da'wah fardiyyah yang bisa menembus hati-hati orang lain.
Mungkin juga, aku kena khatamkan berkali-kali buku "Bagaimana Menyentuh Hati" tu kot?
dan juga buku "Virus-virus ukhuwwah".

Tanggunggjawab melebihi masa yang ada,
Dan Allah jualah yang memegang hati - hati manusia.

"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNya lah kamu akan dikumpulkan"
(Al-Anfal, 8:24)
Imam Bukhari & Muslim pernah meriwayatkan, Nabi SAW bersabda
Ada tiga jenis manusia yang merasai kemanisan iman : Allah dan Rasul adalah lebih dikasihi berbanding selainnya, mengasihi seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia benci dihumbankan ke dalam api neraka ”.

truly,
Ukhuwwah that is bonded by aqidah is very special!
"Siapa-siapa yang dikurniakan Allah untuk merasai bisa memahami...."

Moga Allah senantiasa memandu hati-hati kita, insyaAllah.

Seni = Art

Thursday, August 19, 2010 5 voice (s)

9 Ramadhan 1431H.

Adegan di surau semasa solat tarawikh:

Seorang kanak-kanak lelaki. Selalu duduk di saff belakang, menunggu ibunya habis solat tarawikh.
Sudah lama hendak ditegur olehku, tapi selalunya adik tu buat muka tak tahu je.
Kadang-kadang memasamkam muka tiba-tiba. Memang nature kot. Wallahua'lam.

Tapi hari ini, ada miracle happen,

Kataku : Dik, siapa nama?
Adik : Muhamad Faiz
Kataku : Umur berapa dik?
Adik : 4 tahun.

dan beberapa lagi baris kata-kata sempatku tanyakan sebelum solat tarawikh bermula.

Adik : Kita ada 3 kereta. 2 Pajero, satu honda. Tapi kita tak pandai bawa kereta.

Haha. Nak tergelak rasanya dengar part ni.

Dulunya, adik tu waktu awal-awal tarawikh, langsung tak nak bercakap ngan orang lain.
Tapi tadi, taqdir Allah, sebelum solat tarawikh tu, aku saja 'main-main' dengannya.
Main 'tumbuk' - 'tumbuk', 'give me 5' dan main cuit-cuit. hoho.

Then, adik tu pon start boleh cakap dengan kita. hihi.

Aku terfikir kan sesuatu perkara.
Just the same to our da'wah dan tarbiyyah works.
Da'wah itu seni.
Perlu kan skills-skils kita untuk memastikan benih islam tu bertebaran di atas muka bumi.

Ayuh, mantapkan skills da'wah kita!!

"Bangunlah para petunjuk jalan yang arif lagi bijaksana untuk menunjukkan keadilan,
Bangunlah para penakluk yang mulia dan gagah untuk mencapai kemuliaan perkasa,
Bangunlah untuk memusnahkan segala belenggu kerana masanya telah tiba,
kerana manusia ditimpa kecelakaan 'cinta' dunia tanpa agama,
mari kita kembalikan umat, sebagai satu rahmat bagi seluruh alam,
janganlah kamu berkata : Bagaimana? kerana kita umat islam.

Wahai seluruh saudara islam di seluruh tempat,
naiklah ke bukit dan laungkanlah azan,
angkatlah al-quran sebagai perlembagaan zaman,
penuhilah setiap penjuru dengan berkata :
"Kami umat ISLAM, kami umat ISLAM, kami umat ISLAM",
di mana ada kebenaran dan keadilan, di situlah kami,
kami rela mati daripada terhina,
alangkah manisnya kematian di jalan Allah"

(Muntalaq, Bab 13)

Satu dari Dua

Monday, August 2, 2010 2 voice (s)

"Tetapi, aku memohon keampunan dari Ar-Rahman,
Di samping sebilah pedang yang memancungku,
Memancutkan darahku,
atau sebatang tombak menusuk dadaku,
Mengoyak dadaku, mengoyak jantungku,

Supaya orang yang melintasi atas pusaraku berkata:
Wahai Allah, pejuangMu telah menempah kejayaan,
Allah telah menganugerahkan kurniaan kepada pejuang,
PejuangMu telah mendapat hidayat dariMu"

(Syair 'Abdullah ibn Ruwahah)


Berita bilangan musuh seramai dua ratus ribu orang itu juga sampai kepada tentera Muslimin.
Mereka berhenti di Muaan selama dua malam memikirkan apa yang harus dilakukan.

Kata mereka :

"Baik kita tulis surat kepada Rasulullah memberitahu kepadanya bilangan musuh".

Tetapi Abdullah ibn Ruwahah tetap berkeras dan memberangsangkan mereka supaya terus berjuang.

Katanya,

"Wahai orang-orang Muslimin,

demi Allah, apa yang ditakutkan?

Untuk apa kita keluar ini?

Tidakkah dengan tujuan syahid?

Kita berperang bukan kerana berdasarkan bilangan ramai

dan bukan dengan kekuatan.

Tetapi kita berperang kerana menegakkan Islam,

dengannya kita mendapat kemuliaan dari Allah.

Ayuh maju ke hadapan!

Satu dari dua kejayaan sudah pasti akan tercapai,

iaitu KEMENANGAN atau SYAHID"

(Ghazwah Mu'tah,
Fiqh Al-Sirah 3, Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti)

SubhanaAllah, hebat sungguh figur-figur terdahulu.
Kehidupan mereka hanya untuk salah satu dari dua,
hidup dalam kemenangan atau mati syahid.

Ya Allah, kuatkan hati - hati ini.

Saat diri - diri kita akan bertukar tanah dan 'qiblat',
Saat diri - diri kita perlunya untuk ada a'mal jama'ie,
Saling dan saling kuat dan menguatkan,
Sungguh mudah untuk mengatakan 'fastaqim kama umirt',
tapi sungguh berat untuk menga'malkan istiqomah itu.

Astaghfirllah Al-A'zim,
banyak sungguh kelalaian-kelalaian aku dek tempias duniawi, biarpun baru sekejap berlalu 'hari-hari' itu,

“Ya Muqollibal qulub, thabbit qulubana ‘ala deenik, wa ‘ala tho’atik”

Moga kita terus thabat, dan kuat.insyaAllah.
Kekuatan itu datangnya dari Allah jua.


Sungguh practical itu sungguh mengajar diri yang sedang belajar.
Dari teori terus kepada 'practical' a'mal.
SubhanaAllah2!
Tarbiyyah Allah yang best!

Within His Power

Thursday, July 22, 2010 1 voice (s)

Tentera Muslimin yang berhadapan dengan tentera Musyrikin,
membulatkan tekad dan tawakkal yang total mereka hanya kepada Allah,
sebaik-baik penolong.

Tabi'at berada dalam jalan yang lurus ini,
hambatan - hambatan dan ujian - ujianNya,
Hanya Engkau sahaja yang layak menentukan setiap ketetapan - ketetapan yang berlaku dalam hidup kami.
Sewajibnya, semua taqdir-taqdir itu adalah yang terbaik dariNya.

***

Semenjak usai meluruskan dan menata barisan pasukan Muslimin dalam peperangan badr,
Rasulullah s.a.w tak henti-hentinya memohon kemenangan kepada Allah seperti yang telah dijanjikanNya,
seraya bersabda,

"Ya Allah, penuhilah bagiku apa yang Engkau janjikan kepadaku.
Ya Allah, sesungguhnya aku mengingatkan-Mu akan sumpah dan janjiMu"

Tatkala pertempuran semakin berkobar dan akhirnya mencapai puncaknya,
maka beliau bersabda lagi,

"Ya Allah, jika pasukan ini hancur pada hari ini, tentu Engkau tidak akan disembah lagi, ya Allah, kecuali jika memang Engkau menghendaki untuk tidak disembah untuk selamanya setelah hari ini"

Begitu mendalam doa yang beliau sampaikan kepada Allah,
hingga tanpa disedari mantel beliau jatuh dari pundak,
Maka Abu Bakar memungutnya lalu mengembalikan ke pundak beliau,
seraya berkata,

"Cukuplah bagi engkau wahai Rasulullah untuk terus-menerus memohon kepada Rabb engkau"

Lalu Allah mewahyukan kepada para malaikat,

"Sesungguhnya Aku bersama kalian, maka teguhkanlah (pendirian) orang - orang yang telah beriman. Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang - orang kafir."
(Al-Anfal, 8:12)

Lalu Allah mewahyukan kepada Rasulullah s.a.w,

"Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kalian dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."
(Al-Anfal, 8:9)

Ertinya, para malaikat itu datang secara bergelombang, sebahagian datang lalu disusul sebahagian yang lain, tidak datang serentak dalam satu waktu.


SubhanaAllah, Alhamdulillah Ya Allah,
sesungguhnya pertolonganMu itu dekat.
Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Moga langkah - langkah ini menguatkan hati - hati kita.

"dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu, kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah pada Allah. Sungguh Allah mencintai orang - orang yang bertawakkal"

Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang - orang mukmin bertawakkal"

(Ali Imran, 3:159-160)

Steps

Monday, July 19, 2010 0 voice (s)

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah,
dengan harta dan jiwa mereka,
adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah.
Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan"
(At-Taubah, 9:20)

SubhanaAllah, Ahamdulillah, AllahuAkbar!

Langkah-langkah yang menyucikan hati,
berbekalkan keyakinan yang tinggi akan kefahaman deen yang diperoleh,
belajar dan belajar mengambil ibrah dari setiap sisi kehidupan,
mengembalikan semangat - semangat yang kadangkala futur dek tempias-tempias angin duniawi,
menambahkan kefahaman-kefahaman tentang selok belok jalan ini,
yang tabi'atnya tidak pernah suci dari mehnah, hambatan dan ujian dariNya,
semata-mata Dia ingin menguji siapakah yang betul - betul beriman kepadaNya. (Al-Ankabut, 29:2-3)

Nabi Muhammad dan para sahabat sudah tentunya mendapat tarbiyyah direct dariNya,
lewat episod-episod kehidupan yang mewarnai da'wah mereka,
dan siri - siri peperangan yang memaknai jalan - jalan mereka menujuNya.

Saat Huzaifah, yang sememangnya memiliki tiga keistimewaan :
Kecerdikan dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah,
Pantas memahami dan taat apabila diperlukan,
Menyimpan rahsia dan orang lain tidak dapat mengoreknya,

diuji oleh Rasulullah dalam peperangan Ahzab,

***
Baginda s.a.w menghampiri saya yang sedang berlutut.

Baginda bertanya: "Siapa ini?"

"Huzaifah.",jawab saya.

"Huzaifah?...". tanya Rasulullah s.a.w lagi.

Saya merekot ke tanah dan keberatan untuk bangun lantaran terlalu lapar dan sejuk.

"Ya, wahai Rasulullah.", jawab saya.

"Sesungguhnya pasti ada berita dari pihak musuh. Oleh itu kamu pergi menyusup masuk ke kem mereka. Bawakan kepada saya maklumat mereka.", perintah Rasulullah s.a.w.

Saya pun bangun untuk menjalankan arahan tersebut.
Sedangkan ketika itu sayalah orang yang paling gentar dan lapar.

Rasulullah s.a.w berdoa:
"Ya Allah, peliharalah dia dari hadapan dan belakang, kanan dan kiri, atas dan bawah."

Demi Allah tatkala habis sahaja doa Nabi s.a.w tersebut,
Allah taala merentap ketakutan dari hati saya.
Badan saya tidak lagi merasa kesejukan.

Qum, Huzaifah!

***

Begitu juga dengan kita.
Episod - episod kehidupan yang mentarbiyyah diri - diri kita untuk terus kukuh di jalanNya.
Itulah perkara-perkara yang terbaik dariNya,
seolah memberi persediaan-persediaan dalam melengkapkan diri-diri kita yang ditarbiyyah.
sewajibnya diri - diri kita ini dikuatkan Allah, demi mengemban da'wah kepadaNya.

KepadaNya jua kita semua bergantung dan bertawakkal,
andai mudah jalan-jalan yang dilalui,
bersyukurlah, sekalipun setelah melalui laluan - laluan yang sukar.

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman"
(Ali-Imran, 3:139)

"Dan Kami akan memudahkan bagimu ke jalan kemudahan (mencapai kebahagian dunia dan akhirat),
Oleh sebab itu, berikanlah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat"
(Al-A'la, 87:8-9)

Ya Allah, tetapkan segalanya yang terbaik dariMu demi da'wah ini.

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.
(Ali-Imran, 3:142)

Be somebody,
and do it now!

Emotional

Saturday, July 3, 2010 4 voice (s)
Saat mendengar pengisian berkenaan thumuhat tarbiyyah,
cuba difahami setiap bait - bait kata penyampai,
berdoa agar Allah memberikan sebaik-baik ilham dan petunjuk
agar ia menjadi bekalan kita dalam perjalanan yang panjang ini.

Thumuhat atau obsesi yang sangat tinggi terhadap da'wah dan tarbiyyah,
berbekalkan iman yang sangat tinggi,
a'mal yang ikhlas,
dengan matlamat yang sungguh jelas, Allah ghoyatuna,
bisa melakukan apa jua demi Allah,
demi agama ini, jua demi da'wah, jalan yang kita lalui.
Walau jalannya panjang, susah, lelah dan payah,
sungguh hasilnya PASTI.
Hasil kemenangan yang dekat dari Allah.

Salah satu cabang bagaimana untuk mencapai thumuhat yang tinggi pada da'wah dan tarbiyyah,
dengan mempunyai kecerdasan yang tinggi pada emosi kita.

Ya. Kecerdasan emosi (Dzaka Syuu'ry).

Rasulullah SAW, yang mempunyai kecerdasan emosi yang sangat tinggi,
saat berhadapan dengan Abu Sufyan ketika beliau bertemu Rasulullah untuk memeluk agama islam.
Rasulullah HANYA memalingkan mukanya ketika berhadapan dengannya.
Sungguh, Rasulullah tidak menunjukkan sikap emosional pada seorang manusia yang dahulunya menjadi dalang dalam hampir setiap peperangan menentang islam.
Mampukah kita melakukan seperti itu saat kita berhadapan dengan orang yang mungkin ada cubaan untuk membunuh atau memboikot kita?
Mungkin terusan saja kita melarikan diri daripada situasi dan keadaan itu, atau cuba-cuba semula untuk mem'bunuh'nya?

SubhanaAllah, sungguh seerah antara ibrah terbaik buat kita.
Saat diri diuji untuk dengan kejadian yang memerlukan kecerdasan emosi yang tinggi.
Saat hati sungguh lelah untuk menerima takdir itu.
Saat hati agak susah untuk beriman dengan ayatNya itu.

"tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah, 2:216)

Astaghfirllah, Astaghfirllah, Astaghfirllah.
Yakinlah, ada hikmah tersembunyi di sebalik ketetapan Ilahi.
Teruskan bekerja!
Ya Allah, permudahkan segalanya.
Alhamdulillah jua atas 'hadiah' Allah yang lain buatku.
Alhamdulillah.

Oh Allah, You're the best planner though I've planned mine.
La Tahzan! (9:40)

p/s - Kau kuatkan hatiku Ya Allah,
xpernah rasa sedih seperti sedih yang ku rasai sekarang. =((

Hakikat

Wednesday, June 23, 2010 2 voice (s)

Alhamdulillah. Hingga saat ini masih diberi peluang untuk terus menghirup udara segar berupa hidayah Allah. Seringkali hati ini terkadang sangat bimbang dan teragak-agak untuk menukilkan apa jua dalam ruang ini. Membaca lewat tulisan-tulisan yang sangat hebat dan pada hematku mengandungi ruh yang sangat tinggi sehingga dapat menggegar jiwa-jiwa yang kadangkala lesu untuk terusan mencari redha Allah.

Seringkali bermuhasabah bersendirian, dalam menyampaikan,
apakah mutaba'ah a'malku dihadapanNya sudah mencukupi untukku mendapat redhaNya.
apakah amalku lebih berat atau sangat ringan umpama angin yang tak nampak secara zahiriahnya dari kata-kata atau gerak hati yang aku luahkan,
apakah amalku dalam medan kerja da'wah dan tarbiyyah ini sudah dilakukan sehabis mungkin seperti mana Rasulullah dan para sahabat sangat tegar menghadapi musuh-musuh Allah lewat siri-siri peperangan/ghazwah yang dialami mereka meskipun tubuh badan pejuang-pejuang itu dipenuhi luka dan darah.
Sewajibnya, kekuatan itu datangnya dari Allah, hasil ketaqwaan yang sangat tinggi dan muroqobah yang sangat telus dan ikhlas denganNya.

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Teringat saat aku mengikuti kedua orang tuaku, yang kedua-duanya berusia 45 tahun sewaktu menghadiri praktikal haji tiga hari lepas.
Keduanya-duanya dijadualkan bakal menunaikan haji tahun hadapan,insyaAllah.
SubhanaAllah, alhamdulillah atas perasaan yang dikurniakan Allah sewaktu melihat ramainya orang-orang islam yang berpakaian ihram dan bertelekung, melakukan praktikal haji di kawasan tersebut.
Kelihatan kaabah tiruan, kawasan saie, dan wuquf dan lain-lain.
Terimbas-imbas tafsiran surah Al-Nasr, saat Allah memberikan kemenangan pembukaan kota makkah,
berbondong-bondong manusia memeluk agama Allah.
Apa jua pun, Allah menyuruh kita untuk berterusan memuji dan bertasbih,
memohon keampunan atas nikmat dan rahmat Allah yang dikurniakanNya.

Ternyata perasaan sewaktu itu sangat-sangat menenangkan.
Melihat orang ramai berpakaian putih, seolah-olah diri ini berada di tanah suci makkah, SubhanaAllah.
Biarpun matahari yang juga turut islam, tunduk dan patuh kepadaNya,
cuba menampakkan dirinya menerangi kami semua waktu itu.
Matahari juga mahu sama-sama bertasbih seperti kami mungkin!

Merasai alam al-wujud, semuanya tunduk dan patuh bertasbih memuji keagungan ilahi.
Saat peserta-peserta kursus berulang alik untuk berlatih membaling batu-batu, aku jua turut sama berulang alik, biarpun tidak berapa faham selok belok perjalanan program waktu itu.
Zikir Mathurat jugaku titipkan di hati dan bibir, kerana aku juga mahu turut bersama-sama mereka beribadah kepadaNya.

Terlintas di hatiku akan hakikat dan kesucian islam itu pada amal dan praktikal seorang penganutnya.
Sehingga jiwa-jiwa manusia memusatkan segala apa yang ada, disandarkan hanya kepada Allah.
Terimbas saat diriku mempelajari teori-teori haji kira-kira tiga tahun lepas dalam satu subjek yang wajib diambil di sekolahku.
Alhamdulillah, dengan izinNya, pada hari tersebut, aku menyaksikan sendiri hamba-hambaNya melakukan ibadah tersebut biarpun secara praktikal.
Satu perasaan yang sangat menenangkan jiwa. Alhamdulillah,SubhanaAllah, Allahuakbar.
Sungguh jelas hakikat islam itu sendiri pada a'mal hamba-hambaNya, bukan sekadar teori yang didengari oleh telinga-telinga.
Islam itu pada a'mal, kerana a'mal yang bakal disoal kelak olehNya.

Alhamdulillah Ya Allah, di atas kurniaan perasaa
n-perasaan ini.
Mungkin sekali diri terfikir. Saat jasad ini tidak diizinkanNya untuk berada di tempat itu,
mungkin perasaan ini adalah hadiah lain bagi Allah saat satu
sejarah tercipta. 20 Jun 2010.
Moga Allah berterusan melimpahi hidayahNya yang tidak putus-putus
dan mempermudahkan segala gerak kerja kita.

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah,

maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonllah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat.

(An-Nasr, 110:1-3)

Milik Kita

Monday, April 12, 2010 3 voice (s)

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat islam,
maka bukanlah dia daripada kalangannya"
(Hadis Nabi)

"Mereka tidak pernah menuntut untuk kita sama - sama berjuang bersama-sama mereka,
tetapi binalah rijal-rijal (pemuda) kamu, agar pada satu masa apabila kami tiada di sini memperjuangkan apa yang kmi perjuangkan, rijal-rijal kamu akan menyambung perjuangan kami"

"Keseluruhan bumi Palestin adalah tanah wakaf milik umat islam hingga generasi terkemudian"
(Umar Al-Khattab)


"Tanah Palestin bukan milik beta, tapi milik orang islam keseluruhannya.
Beta tidak akan benarkan sesiapa mengambilnya selagi beta masih hidup,
tetapi jika satu hari khilafah islam tumbang, anda boleh mengambilnya dengan percuma"
(Sultan Abdul Hamid)

Palestin kini tanah israel.. T_T
Ke manakah khalifah?


Ayuh, kemaskan strategi, kuatkan lagi bekerja!
Dalam membina pemuda yang dapat membina orang lain.

Rasulullah bersabda,

"Sentiasa akan ada sekolompok dari umatku yang berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh mereka. Musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.
Mereka tetap dalam keadaan demikian,
dan mereka adalah di Baitul Maqdis, dan sekitarnya"



Thank you Allah for opening my eyes! T_T
JOm muhajadah untuk Boikot!

Extended Reading: Bela Palestin

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine