Pages

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

JOM! You are invited.

Saturday, May 8, 2010 2 voice (s)
A great news.
Special events for UK and Ireland newcomers.
Let's join Journey of a Muslim (JOM) programme,
organised by MSM (Majlis Syura Muslimun) of UK EIRE.

Theme: Journey of A Muslim
Date : 26-28 of July 2010
Location: Lembah Klang, Selangor.
Fees: Free of charge
Organiser : MSM (Majlis Syura Muslimun) UK Eire

Don't miss it!!
Hurry up, click here to register.
For any enquiries, visit Journey of a Muslim website,

let's check it out!



"The believers are but brothers, so make settlement between your brothers. And fear Allah that you may receive mercy"
(Al-Hujurat, 49:10)

Milik Kita

Monday, April 12, 2010 3 voice (s)

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat islam,
maka bukanlah dia daripada kalangannya"
(Hadis Nabi)

"Mereka tidak pernah menuntut untuk kita sama - sama berjuang bersama-sama mereka,
tetapi binalah rijal-rijal (pemuda) kamu, agar pada satu masa apabila kami tiada di sini memperjuangkan apa yang kmi perjuangkan, rijal-rijal kamu akan menyambung perjuangan kami"

"Keseluruhan bumi Palestin adalah tanah wakaf milik umat islam hingga generasi terkemudian"
(Umar Al-Khattab)


"Tanah Palestin bukan milik beta, tapi milik orang islam keseluruhannya.
Beta tidak akan benarkan sesiapa mengambilnya selagi beta masih hidup,
tetapi jika satu hari khilafah islam tumbang, anda boleh mengambilnya dengan percuma"
(Sultan Abdul Hamid)

Palestin kini tanah israel.. T_T
Ke manakah khalifah?


Ayuh, kemaskan strategi, kuatkan lagi bekerja!
Dalam membina pemuda yang dapat membina orang lain.

Rasulullah bersabda,

"Sentiasa akan ada sekolompok dari umatku yang berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh mereka. Musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.
Mereka tetap dalam keadaan demikian,
dan mereka adalah di Baitul Maqdis, dan sekitarnya"



Thank you Allah for opening my eyes! T_T
JOm muhajadah untuk Boikot!

Extended Reading: Bela Palestin

Inilah Kita!

Sunday, December 27, 2009 12 voice (s)

...Hinggalah tiba zaman hari ini kita dapati umat Islam telah dihancurkan oleh perancangan Yahudi dan negara-negara kafir. Kekayaan mereka dirampas, iman mereka lemah, neraca kehidupan mereka bertukar putar dan hukum al-Quran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh juga telah mendidik anak-anak orang Islam dengan pandangan hidup yang bertentangan langsung dengan Islam, berlindungkan pelbagai nama dan kelubung.


Sekiranya masih ada sakibaki iman dalam diri mana-mana muslim atau masih ada rasa sayangkan agama yang menyebabkan dia enggan meninggalkan agamanya, mereka akan menjadi korban pula kepada penipuan dan pelbagai topeng. Musuh berusaha supaya orang muslim ini akan terikut kepada ahli politik, sasterawan dan orientalis yang tidak memahami Islam. Mereka memperalatkan dalil-dalil al-Quran dan hadis yang umum atau kadangkala dengan hadis-hadis maudhu’ yang dimanipulasi untuk mencipta sistem-sistem politik dan ekonomi yang didakwa atau dilabel sebagai sistem Islam tanpa langsung mengikut disiplin kaedah usul fiqh dan memenuhi syarat-syarat ijtihad.


Sebenarnya tribulasi orang Islam pada hari ini tidak hanya terbatas pada penguasaian pemimpin yang sesat sahaja, bahkan menjangkau kepada persoalan pendidikan. Korikulum pendidikan dan pelajaran, jawatan-jawatan di universiti, akhbar­-akhbar, majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untuk menghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam. Hinggakan mangsa perangkap musuh ini merasa seronok dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepas dari belenggu kekolotan lama. Orang Islam yang maksiat pada hari ini sebenarnya adalah mangsa pendidikan tersebut, untuk ditukarkan menjadi fasiq mulanya dan supaya mereka akan mudah dijadikan kuda tunggangan oleh para taghut tersebut akhirnya...


Sumber: petikan dari buku Al-Muntalaq oleh Muhammad Ahmad Al-Rasyid
Download buku di sini.



Tanpa sedar atau tidak, terlalu banyak fikiran kita diserangi dengan ideologi-ideologi yang tersimpang jauh dari ajaran islam yang sebenar.
Mereka punya matlamat, mereka punya objektif.
"Menjauhkan masyarakat islam dari al-quran, sehingga al-quran itu sungguh asing dalam diri muslim"
Hedonism semakin menular hingga menjadi darah daging dalam diri kita.
Media massa yang dikuasai oleh golongan - golongan yang tidak faham islam menjadikan masyarakat kini semakin dibuai dengan hiburan-hiburan yang dapat melalaikan hati dan jiwa.
Terlalu banyak rancangan di televisyen yang tidak menambahkan iman!
Buku, filem, artis, selebriti, majalah, televisyen, radio yang banyak tidak berlandaskan ajaran islam.
Rimas.
Kalaulah 'jangan lupa lirik' boleh jadi 'jangan lupa al-quran dan hadis'! Alangkah baiknya!


Seharusnya, Islam, iman dan ihsan merupakan benteng paling kukuh dalam diri individu muslim itu.
Sama ada diri kita mahu tergolong dalam masyarakat ini atau tidak,tepuk dada tanya iman!
Para da'ie sekalian, mereka-merekalah yang kita patut selamatkan.
Bermula dari orang-orang yang berhampiran dengan kita, insyaAllah.


Sila baca ini. Sangat menarik!
Pope Roman Peter 2,Cantus, Benedictine Order

http://ibnuyaacob.com/

Wallahualam.

Kiamat 2012 vs Al-Qiyamah

Monday, December 7, 2009 3 voice (s)

Popular. Heboh. Kecoh.
Isu Kiamat 2012 yang merebak ke serata dunia.
Saya sendiri masih banyak lagi ilmu perlu digali berkenaan isu tersebut dek bacaan yang masih lagi tidak luas.
Kita boleh menilai isu tersebut dari pelbagai pandangan dan sudut.
Tapi apa juapun,
cuba kita renung-renungkan kembali ayat-ayat Allah di dalam surah Al-Qiyamah (Surah 75) yang bercerita tentang hari Kiamat.
Moga ada manfaatnya.

Kiamat 2012 vs Al-Qiyamah.

1) Aku bersumpah demi hari kiamat,

2) dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).

3) Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?

4) Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.

5) Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.

6) Ia berkata: "Bilakah hari kiamat itu?"

7) Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),

8) dan apabila bulan telah hilang cahayanya,

9) dan matahari dan bulan dikumpulkan,

10) pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat berlari?"

11) sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!

12) Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali.

13) Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.

14) Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri,

15) meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.

16) Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya.

17) Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.

18) Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.

19) Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya.

20) Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia,

21) dan meninggalkan (kehidupan) akhirat.

22) Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.

23) Kepada Tuhannyalah mereka melihat.

24) Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram,

25) mereka yakin bahwa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.

26) Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai ke kerongkongan,

27) dan dikatakan (kepadanya): "Siapakah yang dapat menyembuhkan?",

28) dan dia yakin bahwa sesungguhnya itulah waktu perpisahan (dengan dunia),

29) dan bertaut betis (kiri) dan betis (kanan),

30) kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau.

31) Dan ia tidak mau membenarkan (Rasul dan Al Quran) dan tidak mau mengerjakan shalat,

32) tetapi ia mendustakan (Rasul) dam berpaling (dari kebenaran),

33) kemudian ia pergi kepada ahlinya dengan berlagak (sombong).

34) Kecelakaanlah bagimu (hai orang kafir) dan kecelakaanlah bagimu,

35) kemudian kecelakaanlah bagimu (hai orang kafir) dan kecelakaanlah bagimu.

36) Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?

37) Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim),

38) kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya,

39) lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang: laki-laki dan perempuan.

40) Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?


Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung!


Saya ada link-kan beberapa bacaan lanjutan.
Tapi saya sendiri pon tak lagi habiskan lagi membaca semua link2 ini.
Dan tidak pasti kebenaran tulisan-tulisan ini.
Namun, selepas bacaan, nilailah sendiri isu ini dari sudut pandangan islam.
Apa jua pun, datangnya hari Kiamat itu atas kuasa Yang Maha Esa.
Kuasa manusia tentang ilmu ghaib sangat-sangatlah terbatas.

Hari kiamat = adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?

Ia suatu yang pasti.

Dan menurut pandangan seorang sahabat saya,

secara sekilas pandang

melihat apa yang ingin dibawa 'diorang' secara kasarnya-

1. tahu saje bila nak kiamat n bagaimana caranya
2. boleh je nak selamat dari kiamat nih
3. 'diorang' nih boleh menyekat @ menangguh kiamat dari terjadi
4. takde lah yang lebih hebat dari diorang

(berdasarkan pelbagai jenis cerita ala2 kiamat yang diorg hasilkan)

moga kita tak terpengaruh..amin"

Wallahualam.

Extended readings:

2012..Menyingkap kedangkalan seorang insan
Kiamat 2012 - H1N1
Isu kiamat ternyata badai matahari
Kiamat 2012- Kajian Apocalypse
Kiamat Tak Sama seperti yang digambarkan oleh Filem 2012
Kiamat 2012 menggoncang akidah 1
Kiamat 2012 menggoncang akidah 2
We were warned : Histeria 2012


Aqidah Bola Besi

Thursday, November 12, 2009 8 voice (s)

Oh. Saya sangat tersentak dengan post ini. Thanks pada seorang kakak coz bagi link ni. Jzkk!

Okay. Saya copy paste.Jom kita digest.

Mengingatkan diri ini tentang pegangan kita as muslim yang benar-benar muslim!
Tapi post ni panjang sikit la. Nak jadi muslim yang sebenar, jom rajen-rajen kan diri membaca! ^_^


~Bismillahirrahmanirrahim~

Pernahkah antum sume dengar tentang analogi bola besi?
If not, perkongsian yang ingin dbuat ni simple sahaja.Tapi insyaAllah akan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan seharian kita.

Terdapat 2 bola besi yang dimaksudkan di sini, yakni BOLA BESI MUSLIM dan BOLA BESI KAFIR.
Bola besi ini terdiri daripada 3 lapisan, iaitu

lapisan paling dalam yang mewakili AQIDAH.

Lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan perasaan,

manakala lapisan ketiga atau yang paling luar mewakili pemakaian, perilaku, tutur kata, hobi dan akhlak luaran seseorang.



Bukankah sifat bagi besi adalah senang melebur?

Oleh itu, sekiranya lapisan paling dalam yakni Aqidah difahami oleh setiap individu dengan sebenar-benarnya, ia akan melebur dan menembusi lapisan

kedua, yang mewakili hati dan perasaan manusia.

Apabila lapisan kedua juga melebur dan ditembusi, maka secara automatiknya lapisan ketiga akan ditembusi dan mempengaruhi hobi, cita-cita, akhlak dan luaran setiap insan.
sifat besi yang melebur

Justeru, daripada teori bola besi ni, dapatlah kita conclude kat sini bahawa untuk melahirkan insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan seorang Muslim sejati,

aqidah perlu diyakini, dihadam dan difahami dengan sebenar-benar kefahaman.

Aqidah seorang muslim bukan sekadar dihafal dan diungkapkan di mulut semata-mata, tapi kita mahukan apa yang terbit dari jasad kita didasarkan daripada aqidah yang benar!

Setiap daripada kita mempunyai bola besi masing-masing, bahkan orang kafir juga mempunyai aqidah bola besi mereka sendiri. Dan entah mana silapnya, bola besi kafir walaupun takat leburnya sama saja dengan bola besi muslim, namun ia lebih mempengaruhi lapisan luarnya, jika dibandingkan dengan muslim.

Sedangkan aqidah masyarakat muslim zaman ini tidak menembusi dan mempengaruhi lapisan kedua dan ketiga.
Sebagai contoh,aqidah orang kafir memang berbeza. Muslim percayakan kewujudan dan keesaan Allah, sedangkan orang kafir tidak.

Namun jika dilihat sekarang, ramai Muslim terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir,
sama ada sedar mahupun tidak, dari segi pemikiran mahupun gaya hidup.Lihat saja muslim zaman ini, kalau disemak lapisan keduanya, perasaan dan emosi mereka sama saja seperti orang kafir.

Jika hati si kafir hanya bersangkut-paut dengan cintan-cintun sbg pasangan kekasih, muslim pun sama saja. Malahan bagi remaja muslim zmn skrg, ber-couple adalah trend, dan sesiapa yang tidak ada pasangan, dianggap tidak laku, kolot, dan seumpamanya.

Meskipun couple itu dilarang dalam Islam.
Feeling n emotion muslim dan kafir juga tiada beza, hanya jiwang2, romantik, menangis tgk cerita hindustan n korea dll.Jika kafir tiada perasaan sensitiviti terhadap umat Islam Palestin cthnya, muslim pun sama saja.


Bahkan saya pernah ditanya oleh seorang remaja Muslim,

"Israel dgn Palestin siapa lagi baik?"

Geleng kepala dibuatnya. Betapa gejala aku-tidak-pedulisme sgtlah berjaya diterapkan dalam jiwa muslim di Malaysia terutamanya golongan muda.


Kita go through the 3rd layer of the bola besi, yang mewakili sikap luaran dan kesukaan manusia.

Sama saja, akhlak kebanyakan muslim tidak melambangkan langsung bahawa dia beraqidah seorang muslim, bahkan kadangkala lebih teruk drpd si kafir.

Hobi muslim dan kafir juga sama. Kalau org korea yang sembah nenek moyang tu pun gilakan cerita korea n jepun, muslim yang sembah Allah ni pun sama saja.

Kalau anak muda mereka sangat obsess dengan dong hae, band2 DBSK, wondergirls, WGM tvshow, anak muda muslim pon takde bezanya.sampaikan ade yg dah dapat mandat supplier terulung crite2 korea n jepun dan yang sewaktu dgnnya.(merujuk kepada waqi' di Mesir jugak...huhu)





Kalau mamat2 skinhead or blackmetal terkinja2 sambil dgr lagu heavyrock n so on, mamat2 'islam' pun same saja.

Kalau tak ke gig, mereka pergi konsert underground,tak pun konsert avril lavigne atau inul,kalau yang kunun baek sikit tu, tgk final AF or konsert sureheboh pun jadilah.

Hedonism berleluasa.

Jadi, kenapa kita sama saja dgn mereka, sedangkan aqidah kita dgn mereka sama sekali tidak serupa?Semuanya sepatutnya berlandaskan aqidah yang difahami dgn sebenar-benar kefahaman!

Orang kafir-normal
Muslim-abnormal

Kenapa saya ckp begitu?

Sebabnya, normallah orang kafir berperasaan mcm tu, hobi n perilaku mcm tu, sbb ia adalah buah daripada aqidah mereka yang memang dah fasad. dah rosak.

Tapi kenapa org Islam yang aqidah mereka dah sah2 betul, tapi tidak mempengaruhi dan menembusi lapisan2 luar bola besi mereka.
Abnormal lah kalau mcm tu.

apa yang dapat disimpulkan disini..orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim...

yang dikesali, lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir...

pointnya disini,Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka….Adakah saya berkata begini kerana aqidah bola besi saya sudah melebur dengan hebatnya? Tentu sekali tidak!

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (Ash-shaff: 2-3)

Saya juga sama seperti antum,
masih memeriksa Bola Besi saya sendiri.
Masih dalam proses untuk meleburkan lapisan aqidah terdalam supaya dapat menembusi lapisan kedua dan ketiga.
and we shud remember dat this is a long n continuous process.
Dan bukannya boleh dinikmati hasilnya dalam sebulan dua sahaja.

Proses apa,tentulah proses TARBIYYAH.

Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya.
tidak kira siapa pun kita..
sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar.
cuma, kita perlu berusaha ke arah itu,
carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu.InshaAllah….

Kopi Pasta : Aqidah Bola Besi

Saya sangat terkesan! Harap anda juga pon begitu!

Kembali ke Pangkal

Wednesday, November 4, 2009 2 voice (s)
Manusia semakin ghairah menumpahkan darah,
Sengketa antara bangsa - Arya, Asia, Israel, Serbia, Jepun dan Eropah,
Sengketa antara agama - Islam, Kristian, Yahudi, Hindu,
Sengketa antara ideologi - Kapitalis, Komunis, dan Sosialis,
Sengketa antara kulit - hitam, putih, dan sawo matang.

Di dunia antarabangsa...
Perang! Perang! Perang!
Perang Dunia 1 - 19 juta nyawa terkorban
Perang Dunia ke-2 - 50 juta nyawa terkorban
Perang China-Jepun, Perang Arab-Israel
Perang India-Pakistan, Perang Iran-Iraq
Perang Afganistan-Rusia, Albania-Serbia
Perang Yugoslavia, Perang Rusia, Perang Korea
Perang Vietnam, Perang Bosnia, Perang Chechnya
Perang Dagestan, Perang Iraq, Perang Afganistan
Manusia suka berperang sama seperti sukakan kemajuan?

Di dalam negara...
Jenayah! Jenayah! Jenayah!
Dadah, rompak, bunuh diri,
alkohol, seks bebas,
sakit jiwa.. dan tekanan emosi
Di negara maju - orang membunuh tanpa tujuan
Di negara miskin - orang merusuh kerana kelaparan
Di negara membangun - orang mogok tuntut keadilan

Yang punya bagaikan meneguk air tujuh lautan
yang tiada bagaikan cemburru maya fatamorgana
sedikit menimbul rasa cemas
banyak masih terus memburu...
kerana tidak puas!
Inilah Qarun baru dalam dunia pasaran
Inilah Firaun baru dalam citra penjajahan

Apa yang dikatakan ketenangan...
menjadi semakin samar, semakin pudar...
semakin abstrak harmoni dalam kamar hati insani
dan akhirnya manusia terpaksa mencari...
di satu destinasi berbaur ilusi
terperangkap antara utopia & realiti

Bila alat disangka matlamat
Nikmat disangka hakikat...
Benda pun dinobat menjadi agama
Wujud Tuhan baru dalam fikiran dan perasaan,
Yang bernama kekayaan dan kelazatan,
keseronokan, kemasyhuran, dan daya pengeluaran...

Manusia kini perlu revolusi baru
Sesat dihujung jalan balik ke pangkalnya
Pangkal semua itu adalah agama!
Di situlah kemurniaan jiwa, kebersihan minda
Itulah punca bahagia
Pemadam krisis, peluntur sengketa.


(Adaptasi dari tulisan Pahrol Mohamad Juoi, - majalah Solusi,2009)
Tajuk majalah : Hidayah Kompas kehidupan (Isu No.12)
Terjumpa majalah ni. Sangat bermanfaat.
Tertarik dengan kata-kata di post nie.
Banyaknya perkara yang tidak diketahui, terutama perang2.T_T


Wahai orang - orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu (Al-Baqarah 2:208)

Kembalilah kepada AL-Quran dan As-Sunnah,
Disitu ada pelajaran untuk hamba-hambaNya yang menjadikan ALLAH matlamatnya.
Untuk kembalikan manusia kepada Al-Quran dan As-Sunnah,
peranan kita-kita untuk menyentuh hati-hati mereka supaya kembali ke pangkal jalan.
Supaya menghayati hakikat sebenar agama islam dalam kehidupan seorang muslim.
Moga ALLAH permudahkan jalan untuk kita terus melangkah.
InsyaALLAH.


Currently reading on "Hazadeen" (Inilah Islam) tulisan Sayyid Qutb
and Travelog Seorang Dai'e tulisan Abdul Rahman Mohamed
Tarbiyah itu mengambil proses yang perlahan-lahan.
Moga ALLAH memberi petunjuk jalan.InsyaALLAH.

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine