Pages

Showing posts with label akidah. Show all posts
Showing posts with label akidah. Show all posts

Kefahaman

Tuesday, June 8, 2010 4 voice (s)

Dalam usaha kita membina manusia
dari jahiliyyah kepada islam,
dari islam yang comited kepada kefahaman akan tugas da'wah,
dari kefahaman akan kewajipan menyeru manusia kepada keperluan berjemaah,
agar kerja kita dalam menegakkan islam di atas muka bumi menjadi muntij,
dengan izinNya.

Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya,
Allah akan memberinya kefahaman dalam agama.
(Rawahu Muslim)

Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat petunjuk, niscaya Dia akan membukaka dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi sesat, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (6:125)

itulah islam,
menerapkan kefahaman-kefahaman dalam diri seorang muslim,
yang semuanya lahir dari al-quran dan as-sunnah, sumber teragung dari Allah dan rasulNya.
agar seorang muslim itu men'sibghah' (mencelup) kan dirinya dengan agama Allah.
hingga seluruh hidupnya semuanya demi memperjuangkan agama islam di atas muka bumi.

Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahNya dari pada Allah?
Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.
(Al-Baqarah, 2:138)

islam itu bukanlah hanya dari aspek pemakaian atau apa jua pandangan sekular,
tetapi,
islam yang kita fahami adalah islam dari seluruh aspek kehidupan,
islam adalah sebuah sistem hidup,
memandang segala kehidupan adalah islam,
menyedari hakikat bumi ini yang sarat dengan jahiliyyah,
menyedari akan ramai manusia yang semakin jauh dengan al-quran,
lupa akan tujuan hidup sebenar untuk beribadah kepada Allah (Az-Zariyat, 51:56)
dan menjadi khalifah di atas muka bumi (Al-Baqarah, 2:30).

itulah keperluan seorang murobbi dan mutarabbi (Al-Baqarah, 2:151),
keperluan da'wah dan tarbiyyah,
keperluan sebuah manhaj tarbawi yang menekankan aspek tarbiyyah dan da'wah,
dalam mengalirkan fikrah islam dalam hati dan jiwa seseorang muslim,
agar dirinya memandang kehidupan dari sudut pandang islam,
merasakan semua yang ada di langit dan bumi turut tunduk dan patuh kepada Allah.
seperti apa yang diperjuangkan Sayyid Qutb dalam penafsiran al-quran tafsir filzilail,
alam ini turut bersama-sama kita bertasbih (menyucikan) Allah.

Apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, bertasbih kepada Allah;
dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(As-Saff, 61:1)

dalam membina manusia untuk tunduk dan patuh (islam) pada Allah,
dibina menepati seperti yang terkandung dalam 10 muwasafat tarbiyyah (Al-Qasas 28:14-28),
tarbiyyah yang diterapkan itu bertahap - tahap dan berterusan,
sangat sesuai dengan tabiat al-quran yang diturunkan berperingkat-peringkat bagi membetulkan aqidah manusia
untuk meng'ilah kan Allah semata-mata.

Dan Al Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya secara bertahap.
(Al-Isra', 17:106)

Pembentukan akhlaq yang mantap dilakukan semasa zaman madinah,
setelah aqidah muslim zaman rasulullah itu sejahtera.
lantas, 313 orang muslim yang bergelar mujahid meneruskan perjuangan mereka menegakkan agama Allah,
yang menjadi tulang belakang da'wah Rasulullah SAW (Qaedah Sulbah).
hingga kini, kita masih merasai nikmat islam dan iman,
berkat perjuangan rasulullah dan para sahabat waktu dulu.

reflek dan koreksi diri,
ayuh, perkuatkan iman dan takwa dalam diri,
agar kita berusaha semaksima mungkin
dalam beramal menyeru manusia kembali pada Allah.
proses tarbiyyah yang berterusan yang kita fahami,
bukanlah setakat di sekolah, dalam alam belajar,
mahupun setakat alam pekerjaan ataupun alam berumah tangga,
akan tetapi, seluruh hidupnya diberikan untuk da'wah,
semata-mata demi mencari keredhaanNya. Allah ghoyatuna.
agar ghoyah KITA untuk menjadikan islam sebagai ustaziatul a'lam (world order) tercapai dengan izinNya.
Ayuh, mainkan posisi dan peranan kita dalam memperjuangkan islam di bumi ini.
Mari berterusan beramal dalam membuat perdagangan dengan Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung.

Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
(As-Saff, 61: 10-13)

Inilah Jalanku,

Katakanlah: "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".
(Yusuf, 12:108)

Ikhlaskan diri untuk menjadi seperti Al-A'diyat (Kuda Perang) (Al-A'diyat, 100:1-5),
yang dilatih untuk berperang di jalanNya.
yang dilatih mengikuti latihan-latihan peperangan demi memantapkan skills,
demi perjuangan islam di atas muka bumi.

Ini Jalanku

Monday, February 1, 2010 10 voice (s)

Kali ini, mari bermuhasabah keberadaan kita dalam misi penting ini.
Sejauh mana kita menunjukkan komitmen kita atas jalan yang dipilih ini.

Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Yusuf, 12:108)
Berhalaqah itu
bukan sahaja anda dikira sebagai salah seorang ahlinya
Datang untuk mendengar ilmu dan pengisian
Berborak dan menambah gelak ketawa
Follow the flow of agenda
Dan lain-lain

Tapi

Anda perlu Faham
Berusaha untuk mendalami apa itu Islam dan pengisiannya baik melalui murabbi atau cara sendiri

Anda perlu ikhlas
Tidak mengharapkan Islamnya anda akan dibalas segera dengan balasan dunia, serta mengetepikan pujian atau ganjaran semata-mata

Anda perlu beramal
Sampaikan risalah Islam itu kepada sesiapa sahaja, bukan untuk simpanan peribadi sahaja dan Islam itu bukan berkembang dengan rehatnya para dai

Anda perlu tsiqah
Percaya bahawa Allah dan pertolongan-Nya akan sentiasa bersama anda, bahawa Islam akan ada memberikan kebaikan kepada anda.

Anda perlu Taat
Merelakan diri menjadi objek / bidak di atas papan dakwah, bukan mengeluarkan alasan-alasan yang direka-reka mahupun yang tidak munasabah

Anda perlu Ukhwah
Mencintai akhawat dan menunaikan kewajipan kepada mereka, bukan memencilkan diri daripada ruh persaudaraan dan keimanan

Anda perlu Tajarrud
Membebaskan diri daripada perkara tidak bermanfaat lalu bersungguh-sungguh letakkan komitmen dan stamina untuk Islam

Anda Perlu Berkorban
Memahami bahawa Islamnya anda tidak akan disertai dengan kesenangan, sebaliknya anda perlu ketepikan kesenangan tersebut sementara untuk mengejar kesenangan ukhrawi

Anda perlu berjihad
Letakkan kesungguhan di jalan Allah untuk memastikan kalimat Allah berada paling tinggi dan tidak mensia-siakan tenaga pada jalan lain.

Anda perlu tsabat
Memilih untuk suka dan duka bersama Islam kerana anda tahu bahawa Islam akan sentiasa berjalan dari semasa dan semasa, baik bersama anda mahupun bersama orang lain,



Ini Jalanku,
Apa jalan kamu?

Erti Kebahagian

Tuesday, December 8, 2009 4 voice (s)

Bahagia.
Setiap dari kita punyai pelbagai definisi bahagia.
Ada yang ukur dari sudut kebendaaan, material dan keduniaan.
Padanya, kesempurnaan sudut-sudut tersebut sudah cukup untuk membuatkan mereka bahagia!
Ada juga yang merasakan berada di bawah tarbiyyah Allah dan petunjukNya sangat-sangat cukup untuk membuatkan hatinya bahagia.
Hidup dibawah kesempurnaan iman dan islam.

******

"Tiada kebahagian bagi manusia dan tiada jalan selamat dari tergelunsur jatuh oleh arus deras jahiliyyah melainkan meraka kembali semula kepada akidah islam yang akan memandunya ke jalan yang benar."

"Akidah islam akan memberikan jawapan yang betul terhadap semua permasalahan yang menyusahkan manusia zaman ini."

"Akidah islam ini membuka pekung pemikiran jahiliyyah yang telah lama menyekat antara manusia dan fitrah mereka"

Fitrah kebahagian sebenar...

Dr. Yusuf Al-Qardawi telah berkata:


"Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah anda hidup

Untuk pemikiran yang benar dan kukuh

Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,

Permasalahan alam yang lampau

Persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya

Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir

Dari manakah aku datang? Ke manakah aku hendak pergi?

Kenapa aku dijadikan? Adakah aku hidup kembali?


Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa

Terusir segala keraguan yang degil

Terdidiklah fikiran yang waras

Terciptalah akhlak yang mulia

Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus

Hidupmu akan dikurniakan nilai
Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina

Supaya matamu memandang segala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat

Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana'
Kau tudung bumimu dengan langit

dan para malaikat menjadi saksi

Itulah akidah islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas, itulah tiang serinya

Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik

dengan namanya; dialah orang yang berbahagia
"


(petikan dari buku Al-Muntalaq oleh Muhammad Ahmad Al-Rasyid)


Semalam, tersentak aku dari lamunan.
Ya Allah, hati ini sedang mencari dan membina kekuatan...


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari Kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka"

Aqidah Bola Besi

Thursday, November 12, 2009 8 voice (s)

Oh. Saya sangat tersentak dengan post ini. Thanks pada seorang kakak coz bagi link ni. Jzkk!

Okay. Saya copy paste.Jom kita digest.

Mengingatkan diri ini tentang pegangan kita as muslim yang benar-benar muslim!
Tapi post ni panjang sikit la. Nak jadi muslim yang sebenar, jom rajen-rajen kan diri membaca! ^_^


~Bismillahirrahmanirrahim~

Pernahkah antum sume dengar tentang analogi bola besi?
If not, perkongsian yang ingin dbuat ni simple sahaja.Tapi insyaAllah akan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan seharian kita.

Terdapat 2 bola besi yang dimaksudkan di sini, yakni BOLA BESI MUSLIM dan BOLA BESI KAFIR.
Bola besi ini terdiri daripada 3 lapisan, iaitu

lapisan paling dalam yang mewakili AQIDAH.

Lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan perasaan,

manakala lapisan ketiga atau yang paling luar mewakili pemakaian, perilaku, tutur kata, hobi dan akhlak luaran seseorang.



Bukankah sifat bagi besi adalah senang melebur?

Oleh itu, sekiranya lapisan paling dalam yakni Aqidah difahami oleh setiap individu dengan sebenar-benarnya, ia akan melebur dan menembusi lapisan

kedua, yang mewakili hati dan perasaan manusia.

Apabila lapisan kedua juga melebur dan ditembusi, maka secara automatiknya lapisan ketiga akan ditembusi dan mempengaruhi hobi, cita-cita, akhlak dan luaran setiap insan.
sifat besi yang melebur

Justeru, daripada teori bola besi ni, dapatlah kita conclude kat sini bahawa untuk melahirkan insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan seorang Muslim sejati,

aqidah perlu diyakini, dihadam dan difahami dengan sebenar-benar kefahaman.

Aqidah seorang muslim bukan sekadar dihafal dan diungkapkan di mulut semata-mata, tapi kita mahukan apa yang terbit dari jasad kita didasarkan daripada aqidah yang benar!

Setiap daripada kita mempunyai bola besi masing-masing, bahkan orang kafir juga mempunyai aqidah bola besi mereka sendiri. Dan entah mana silapnya, bola besi kafir walaupun takat leburnya sama saja dengan bola besi muslim, namun ia lebih mempengaruhi lapisan luarnya, jika dibandingkan dengan muslim.

Sedangkan aqidah masyarakat muslim zaman ini tidak menembusi dan mempengaruhi lapisan kedua dan ketiga.
Sebagai contoh,aqidah orang kafir memang berbeza. Muslim percayakan kewujudan dan keesaan Allah, sedangkan orang kafir tidak.

Namun jika dilihat sekarang, ramai Muslim terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir,
sama ada sedar mahupun tidak, dari segi pemikiran mahupun gaya hidup.Lihat saja muslim zaman ini, kalau disemak lapisan keduanya, perasaan dan emosi mereka sama saja seperti orang kafir.

Jika hati si kafir hanya bersangkut-paut dengan cintan-cintun sbg pasangan kekasih, muslim pun sama saja. Malahan bagi remaja muslim zmn skrg, ber-couple adalah trend, dan sesiapa yang tidak ada pasangan, dianggap tidak laku, kolot, dan seumpamanya.

Meskipun couple itu dilarang dalam Islam.
Feeling n emotion muslim dan kafir juga tiada beza, hanya jiwang2, romantik, menangis tgk cerita hindustan n korea dll.Jika kafir tiada perasaan sensitiviti terhadap umat Islam Palestin cthnya, muslim pun sama saja.


Bahkan saya pernah ditanya oleh seorang remaja Muslim,

"Israel dgn Palestin siapa lagi baik?"

Geleng kepala dibuatnya. Betapa gejala aku-tidak-pedulisme sgtlah berjaya diterapkan dalam jiwa muslim di Malaysia terutamanya golongan muda.


Kita go through the 3rd layer of the bola besi, yang mewakili sikap luaran dan kesukaan manusia.

Sama saja, akhlak kebanyakan muslim tidak melambangkan langsung bahawa dia beraqidah seorang muslim, bahkan kadangkala lebih teruk drpd si kafir.

Hobi muslim dan kafir juga sama. Kalau org korea yang sembah nenek moyang tu pun gilakan cerita korea n jepun, muslim yang sembah Allah ni pun sama saja.

Kalau anak muda mereka sangat obsess dengan dong hae, band2 DBSK, wondergirls, WGM tvshow, anak muda muslim pon takde bezanya.sampaikan ade yg dah dapat mandat supplier terulung crite2 korea n jepun dan yang sewaktu dgnnya.(merujuk kepada waqi' di Mesir jugak...huhu)





Kalau mamat2 skinhead or blackmetal terkinja2 sambil dgr lagu heavyrock n so on, mamat2 'islam' pun same saja.

Kalau tak ke gig, mereka pergi konsert underground,tak pun konsert avril lavigne atau inul,kalau yang kunun baek sikit tu, tgk final AF or konsert sureheboh pun jadilah.

Hedonism berleluasa.

Jadi, kenapa kita sama saja dgn mereka, sedangkan aqidah kita dgn mereka sama sekali tidak serupa?Semuanya sepatutnya berlandaskan aqidah yang difahami dgn sebenar-benar kefahaman!

Orang kafir-normal
Muslim-abnormal

Kenapa saya ckp begitu?

Sebabnya, normallah orang kafir berperasaan mcm tu, hobi n perilaku mcm tu, sbb ia adalah buah daripada aqidah mereka yang memang dah fasad. dah rosak.

Tapi kenapa org Islam yang aqidah mereka dah sah2 betul, tapi tidak mempengaruhi dan menembusi lapisan2 luar bola besi mereka.
Abnormal lah kalau mcm tu.

apa yang dapat disimpulkan disini..orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim...

yang dikesali, lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir...

pointnya disini,Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka….Adakah saya berkata begini kerana aqidah bola besi saya sudah melebur dengan hebatnya? Tentu sekali tidak!

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (Ash-shaff: 2-3)

Saya juga sama seperti antum,
masih memeriksa Bola Besi saya sendiri.
Masih dalam proses untuk meleburkan lapisan aqidah terdalam supaya dapat menembusi lapisan kedua dan ketiga.
and we shud remember dat this is a long n continuous process.
Dan bukannya boleh dinikmati hasilnya dalam sebulan dua sahaja.

Proses apa,tentulah proses TARBIYYAH.

Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya.
tidak kira siapa pun kita..
sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar.
cuma, kita perlu berusaha ke arah itu,
carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu.InshaAllah….

Kopi Pasta : Aqidah Bola Besi

Saya sangat terkesan! Harap anda juga pon begitu!

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine