Kadang-kadang, kita sangat mudah terluka, mudah marah dan melenting terhadap sebesar-besar perkara, mahupun sekecil - kecil perkara.
Allah mengajarkan kita untuk menjaga hubungan denganNya (Hablu Minallah) dan hubungan sesama manusia (Hablu Minannas).
Hingga saat ini, aku rasakan terlalu banyak hak ukhuwwah yang tidak tertunai, apatah lagi banyak sangat hati-hati yang mungkin terluka dek perbuatan-perbuatan aku.
Terlalu banyak perkara-perkara yang kita terlepas pandang, yang mungkin sekali bisa mengguris hati dan perasaan orang lain.
Hm, mungkin pada siapa - siapa yang mengalami masalah-masalah ini pada saat ini,
kata-kataku ini mungkin agak relevant untuk kamu.
Lahirnya kefahaman dari al-quran, antara characteristic orang bertaqwa is,
"orang-orang yang menahan amarahnya, dan memaafkan kesalahan orang lain"
(Rujuk Ali-Imran,3:133-135)
Teringat kata-kata Nouman Ali Khan, dalam ceramah beliau, (link)
"Kita ni menahan amarah, dan memaafkan kesalahan orang lain, bukan sebab mereka mahu kemaafan,
ataupun, mereka deserve untuk dapat kemaafan tu,
tapi kita nak jadi orang-orang 'muttaqeen' tu. Orang yang bertaqwa yang memaafkan kesalahan orang lain.
SubhanaAllah!
Kita amati kata-kata, Imam Hasan Al-Banna,
“ Serendah-rendah ukhuwah ialah berlapang dada dan paling tinggi ialah ithar ”
Hidup bersama-sama orang - orang yang belum sampai masanya dan taqdirNya untuk faham akan da'wah dan tarbiyyah banyak mengajarkan ku tentang banyak perkara.
Kadang-kadang, tersimpan di benak hatiku, betapa best nya, orang-orang yang di kelilingi oleh ramai ikhwah/akhawwat, orang yang sama-sama faham akan hakikat ajaran islam se'syumulnya dan yang disentuh hatinya akan ruh da'wah.
Tendecy tinggi untuk saling tafahum, berlapang dada itu mungkin agak senang kan? insyaAllah.
Walaupun, wujud saja salah faham sesama akhawwat yang tak tahu mana puncanya tapi boleh ter'affect pada hubungan mereka.
Tapi apa jua pon, apa yang ditetapkan Allah itulah yang terbaik (2:216), dan bagi setiap sisi masa dan kehidupan, ada tarbiyyah yang ingin ajarkan pada kita.
Sudah tiba masa untuk kita mendalami lagi skills da'wah fardiyyah yang bisa menembus hati-hati orang lain. Mungkin juga, aku kena khatamkan berkali-kali buku "Bagaimana Menyentuh Hati" tu kot?
dan juga buku "Virus-virus ukhuwwah".
Tanggunggjawab melebihi masa yang ada,
Dan Allah jualah yang memegang hati - hati manusia.
"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNya lah kamu akan dikumpulkan"
(Al-Anfal, 8:24)
Imam Bukhari & Muslim pernah meriwayatkan, Nabi SAW bersabda
“ Ada tiga jenis manusia yang merasai kemanisan iman : Allah dan Rasul adalah lebih dikasihi berbanding selainnya, mengasihi seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia benci dihumbankan ke dalam api neraka ”.
truly,
Ukhuwwah that is bonded by aqidah is very special!
"Siapa-siapa yang dikurniakan Allah untuk merasai bisa memahami...."
Moga Allah senantiasa memandu hati-hati kita, insyaAllah.
dari islam yang comited kepada kefahaman akan tugas da'wah,
dari kefahaman akan kewajipan menyeru manusia kepada keperluan berjemaah,
agar kerja kita dalam menegakkan islam di atas muka bumi menjadi muntij,
dengan izinNya.
Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya,
Allah akan memberinya kefahaman dalam agama.
(Rawahu Muslim)
Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat petunjuk, niscaya Dia akan membukaka dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi sesat, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (6:125)
itulah islam,
menerapkan kefahaman-kefahaman dalam diri seorang muslim,
yang semuanya lahir dari al-quran dan as-sunnah, sumber teragung dari Allah dan rasulNya.
agar seorang muslim itu men'sibghah' (mencelup) kan dirinya dengan agama Allah.
hingga seluruh hidupnya semuanya demi memperjuangkan agama islam di atas muka bumi.
Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahNya dari pada Allah?
Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.
(Al-Baqarah, 2:138)
islam itu bukanlah hanya dari aspek pemakaian atau apa jua pandangan sekular,
tetapi,
islam yang kita fahami adalah islam dari seluruh aspek kehidupan,
islam adalah sebuah sistem hidup,
memandang segala kehidupan adalah islam,
menyedari hakikat bumi ini yang sarat dengan jahiliyyah,
menyedari akan ramai manusia yang semakin jauh dengan al-quran,
lupa akan tujuan hidup sebenar untuk beribadah kepada Allah (Az-Zariyat, 51:56)
dan menjadi khalifah di atas muka bumi (Al-Baqarah, 2:30).
itulah keperluan seorang murobbi dan mutarabbi (Al-Baqarah, 2:151),
keperluan da'wah dan tarbiyyah,
keperluan sebuah manhaj tarbawi yang menekankan aspek tarbiyyah dan da'wah,
dalam mengalirkan fikrah islam dalam hati dan jiwa seseorang muslim,
agar dirinya memandang kehidupan dari sudut pandang islam,
merasakan semua yang ada di langit dan bumi turut tunduk dan patuh kepada Allah.
seperti apa yang diperjuangkan Sayyid Qutb dalam penafsiran al-quran tafsir filzilail,
alam ini turut bersama-sama kita bertasbih (menyucikan) Allah.
Apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, bertasbih kepada Allah;
dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(As-Saff, 61:1)
dalam membina manusia untuk tunduk dan patuh (islam) pada Allah,
dibina menepati seperti yang terkandung dalam 10 muwasafat tarbiyyah (Al-Qasas 28:14-28),
tarbiyyah yang diterapkan itu bertahap - tahap dan berterusan,
sangat sesuai dengan tabiat al-quran yang diturunkan berperingkat-peringkat bagi membetulkan aqidah manusia
untuk meng'ilah kan Allah semata-mata.
Dan Al Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya secara bertahap.
(Al-Isra', 17:106)
Pembentukan akhlaq yang mantap dilakukan semasa zaman madinah,
setelah aqidah muslim zaman rasulullah itu sejahtera.
lantas, 313 orang muslim yang bergelar mujahid meneruskan perjuangan mereka menegakkan agama Allah,
yang menjadi tulang belakang da'wah Rasulullah SAW (Qaedah Sulbah).
hingga kini, kita masih merasai nikmat islam dan iman,
berkat perjuangan rasulullah dan para sahabat waktu dulu.
reflek dan koreksi diri,
ayuh, perkuatkan iman dan takwa dalam diri,
agar kita berusaha semaksima mungkin
dalam beramal menyeru manusia kembali pada Allah.
proses tarbiyyah yang berterusan yang kita fahami,
bukanlah setakat di sekolah, dalam alam belajar,
mahupun setakat alam pekerjaan ataupun alam berumah tangga,
akan tetapi, seluruh hidupnya diberikan untuk da'wah,
semata-mata demi mencari keredhaanNya. Allah ghoyatuna.
agar ghoyah KITA untuk menjadikan islam sebagai ustaziatul a'lam (world order) tercapai dengan izinNya.
Ayuh, mainkan posisi dan peranan kita dalam memperjuangkan islam di bumi ini.
Mari berterusan beramal dalam membuat perdagangan dengan Allah.
Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung.
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
(As-Saff, 61: 10-13)
Inilah Jalanku,
Katakanlah: "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".
(Yusuf, 12:108)
Ikhlaskan diri untuk menjadi seperti Al-A'diyat (Kuda Perang) (Al-A'diyat, 100:1-5),
yang dilatih untuk berperang di jalanNya.
yang dilatih mengikuti latihan-latihan peperangan demi memantapkan skills,
"Siapa yang Allah mahu beri kebaikan, Allah berikannya kefahaman dalam agama".
Sungguh comel aturan Allah.
Dulu-dulu,
ayat-ayat Al-Quran terasa sangat jauh dengan dirinya,
rasa tak feel pun bila baca,
dan malas nak tahu maksud-maksud terjemahan ayat-ayat Allah tu,
just baca for the sake of 'nak dapat pahala'.
Tapi kini,
tarbiyyah mengajar seseorang,
untuk rasa dekat dengan ayat-ayat Al-Quran,
merasakan setiap ayatNya yang turun dalam kitab Allah semuanya untuk dia.
merasakan banyak perintah dan larangan
juga Allah janjikan balasan syurga yang sangat comel,
yang tak tergambar dek hati yang membaca.
Alhamdulillah.
Dulu-dulu,
rasa malas je nak dengar orang cakap-cakap pasal islam,
orang ingat-ingatkan pasal hari akhirat,
orang ingat-ingatkan pasal tugas berdakwah,
rasa macam tak de kena mengena,
rasa macam biarlah mereka-mereka itu dengan agenda mereka,
rasa macam tak perlu pon ambil tahu,
maybe sebab kita buat something yang tak nampak effect nya dalam masa yang cepat.
Tapi kini,
dirinya sangat teruja untuk mendalami islam,
dirinya cukup berlumba-lumba untuk mendapat pencerahan,
dirinya cukup semangat untuk menghadiri program-program yang membentuk fikrah dan pemikiran.
dirinya faham akan tugas dakwah kerana Allah yang menuntut syahadah al-haq ke atas kita.
kefahaman-kefahaman yang berlandaskan al-quran dan as-sunnah.
dirinya juga semakin menghayati dan mendalami sirah rasulullah yang sangat dekat dalam kehidupan kita.
Alhamdulillah.
Dulu-dulu,
rasa tak penting pon jaga aurat,
lengan senang saja disinsing,
stokin pon entah ke mana,
lebih teruja dengan fashion-fashion barat yang melampau!
Tapi kini,
itulah tarbiyyah mengajar,
untuk menjaga aurat dan perhiasan kita,
surah an-nur cukup menggetarkan hati-hati wanita akan pentingnya menjaga aurat dan batasan suara.
juga menjaga hati dari terjebak dengan zina.
dan dia juga ingat,
apa yang penting dalam pembinaan individu muslim adalah pembentukan akidah yang sejahtera.
barulah hati itu mudah mengikut dan mentaati perintah-perintah hukum Allah seperti menutup aurat dan lain-lain.
Alhamdulillah.
Dulu,
berkawan itu disebabkan kita dipertemukan,
tak rasa pun, kita bersahabat atas ikatan yang sama.
Tapi kini,
dirinya faham akan ikatan ukhuwah yang tidak ternilai itu,
ukhuwah disebabkan atas ikatan satu akidah,
akidah islam,
dan ukhuwah yang memperjuangkan matlamat yang sama,
tujuan yang sama,
bekerja bersama-sama.
hati-hati yang diikatNya pun sangat suci,
masing-masing berusaha membantu yang lain untuk memperjuangkan agamaNya.
Oh, indahnya!
Indah berada di bawah naungan cintaNya.
Diri menulis tatkala melihat perubahan-perubahan dalam diri dan orang-orang sekeliling.
Sungguh, berada di bawah bayangan tarbiyyah sangat mengajar dan mendidik hati.
Alhamdulillah.
Inilah mutiara-mutiara islam yang diperlukan untuk menegakkan islam kembali agar lebih ramai lagi hati-hati yang tersentuh dengan ajaran islam yang sangat indah!
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Terdetik untuk berkongsi mengenai takdir. Sebagai umat islam, kita memang wajib percaya dan redha akan apa jua ketetapan yang ditakdirkan ke atas kita. Sama ada perkara itu baik ataupun sangat tidak kita senangi, yakinlah, ada hikmah yang di sebalik segala ketentuannya. Bak kata pepatah Inggeris, "Blessing in Disguise". Sama sekali tiada kesilapan dan tiada kebetulan. Ada sesuatu yang Allah mahu kita pelajari yang mungkin pada awalnya agak sukar untuk diterima. InsyaAllah.
Tetapi,sejauh mana kita memahami istilah takdir itu?
Seperti firman Allah yang bermaksud:
"Dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan Hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah- 2:216)
Seperti juga kata-kata Syed Qutb dalam mukadimah kitab Fil Zilail ada menyebut,
"Di bawah bayangan Al-Quran juga aku dapat mempelajari di dalam alam al-wujud ini tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak".
Oh ya. Berbicara soal takdir dan ketetapan. Saya cuma ingin berkongsi perihal yang dahulunya agak kabur dari sudut pandangan mata hati saya. Alhamdulillah, dengan TAKDIR Allah, Allah beri kita kefahaman berkenaan perihal ini dan keyakinan terhadap pegangan islam dalam diri semakin bertambah.
Perihal usaha atau sebab-sebab berlakunya sesuatu sama sekali TIDAK MELAHIRKAN kesan atau natijah. Sebaliknya TAKDIR Allah itulah yang menghasilkan dan mewujudkan natijahnya.
Hm, mungkin agak kabur sikit kot kata-kata saya. Jom kita digest analogi-analogi kat bawah ni.
Contoh yang paling senang, maybe boleh dikaitkan dengan peperiksaan SPM misalnya. Tak pon, apa jua peperiksaan lah yang kita jalani. ^_^
Kadangkala kita SANGAT yakin yang USAHA kita itu MENGHASILKAN kejayaan. Usaha berhempas pulas untuk memahami pelajaran, membuat latihan-latihan soalan, berbincang dan bertanya dan pelbagai lagi. Dan alhamdulillah, NATIJAH dan KEPUTUSAN yang kita dapat untuk peperiksaan tersebut CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG. Mabruk!
Tapi apa jua pon, apa yang ingin ditekankan disini ialah, apa yang patut dipegang adalah, yang membawa kepada KEJAYAAN dan NATIJAH dalam peperiksaan tersebut adalah TAKDIR ALLAH semata-mata bukan usaha.
Takdir Allah yang mempermudahkan kita menjawab soalan.
Takdir Allah yang mengingatkan kita subjek-subjek yang kita pelajari.
Takdir Allah yang membantu kita menjawab soalan dengan tepat dan betul.
dan Takdir Allah yang memberi kita kejayaan cemerlang.
Tidak sama sekali kena mengena dengan usaha yang kita buat.
Oh, mungkin ada yang melenting apabila membaca kenyataan ini!
"Kalau camtu, tak payah usaha la. Penat je aku study. ALLAH dah TAKDIRkan aku berjaya ke tak. Buat apa nak usaha kan?"
Cuba kita fikir analogi ini. Okay. Ada dua orang pelajar. Pelajar A dan Pelajar B.
Si A ni jenis pelajar yang sangat komited dengan tugasan belajarnya. Berhempas pulas demi untuk mendapatkan A dalam setiap subjek yang diambil.
Manakala si B pulak, memang sempoi je orang nya. Ambil tak kisah je dengan tugasan-tugasan belajar. Tapi, at the end of semester, kedua-dua pelajar, ditakdirkan ALLAH untuk cemerlang. Keputusan mereka lebih kurang sama je even kadar usaha tu lain-lain.
So, logik jugak lah kan nak kata, usaha tu sangat TAK BERKAITAN dengan KESANnya which is result peperiksaan. Mungkin bagi pelajar A, Allah beri ketetapan kejayaan cemerlang berkat usahanya, untuk mengajar dia erti bersyukur, dan boleh jadi, untuk pelajar si B, kejayaan yang cemerlang yang diperoleh merupakan satu ujian baginya. Allah juga yang mengetahui.
Jadi sebenarnya, dalam kita berusaha, disitulah Allah lihat kesungguhan kita.
Disitulah Allah nilai usaha kita dan insyaAllah jika semuanya dilakukan semata-mata keranaNya, adalah ganjaran pahala yang ingin Allah hadiahkan.
Kat sini logik juga kan nak kata, kenapa Allah pandang pada usaha bukan pada hasil.
Ini kerana ketetapan itu dah ditetapkan olehNya, tetapi apa yang patut di'concernkan is, bagaimana jalan kita dalam menuju kepada hasil.
Bagaimana kesungguhan kita untuk mendapatkan hasil dan natijah yang cemerlang.
Bagaimana tahap pergantungan kita pada Allah untuk mendapat keputusan yang cemerlang and so on.
Kalau tidak usaha, bagaimana sih kamu mahu menjawab soalan.
Kita hanya mampu bertawakal dan berserah padaNya, moga-moga natijah dan hasil yang kita peroleh itu memuaskan diri dan kita pon redha akannya.
Jadi, dengan TAKDIR Allah lah, kite peroleh kejayaan tersebut, bukan sebab usaha itu semata-mata. Usaha la semampu mana, insyaAllah, Allah akan nilai amal yang kita kerjakan itu. ^_^
Bak kata abu saif, kejayaan bukan destinasi tetapi perjalanan.
Bagaimana jalan yang kita ambil tu, dan dari situlah Allah nilai segala amal kita.
InsyaAllah.
Rezeki berjaya atau pon tak semua dah ditetapkan kan, sama juga ajal, maut kita. Semuanya dah diatur dah.
Dan teringat kata-kata seorang sister,
"Jadi, kita tak boleh pakai la pepatah melayu. hehe. yang kata, "usaha tangga kejayaan". Patutnya boleh tukar, "takdir Allah tangga kejayaan""
Hoho. Logik jugak eh kak! ^_^
And contoh yang lain juga, boleh dikaitkan dengan perihal pelajar sekolah agama yang dikatakan sangatlah faqih dalam bab-bab agama. Sehinggakan ada kata-kata yang terkeluar dari mulut,
"Oh, no wonder la dia alim. Budak sekolah agama".
"eh, dia buat jugak. Nama je budak sekolah agama".
dan banyak lagi la!
Hohoho. Title sekolah agama pulak yang dihighlightkan.
Takdir Allah yang mencampak hidayah pada insan-insan berkenaan adalah sebab kenapa mereka ini dipermudahkan untuk memahami ajaran islam.
Mungkin, keadaan dan persekitaran sekolah agama itu membantu pelajar tersebut untuk mudah memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran agama.
Namun apa jua pon, takdir Allah jua yang menentukan kefahaman tentang islam dari diri seorang muslim. Bukan sekolah!
Sekolah itu hanya 'mediator' saja!
Dan satu lagi, tak kisah lah kita tercampak kat mana-mana pon, as long as kita ade desire untuk belajar especially belajar tentang addin kita, agama islam. Semuanya berbalik pada diri lah, sama ada nak atau pon tak. Kan?
Kalau dah ada depan mata pon, tapi tak nak grab tak guna juga kan. Menasihati diri sendiri.
Sama juga, bila kita tersentak dengan kata-kata orang lain, tak pun, tersedar dek nasihat orang-orang lain, percayalah, TAKDIR Allah yang memberi kefahaman dan hidayah itu dalam hati kita. Bukan orang tersebut!
Orang itu hanyalah mediator untuk menyampaikan hidayah dan petunjukNya melalui pelbagai cara.
Tak pun dalam perihal kahwin ke. Hoho. Okaylah, memang kita kena berusaha, namun takdir Allah jua kan yang menetapkan si dia itu jodoh kita ataupun tak. So, tak perlu la kan risau-risau. Hoho. Allah dah tetapkan seseorang buat kita, sama ada kita dah jumpa atau pon tak je lagi.
Kalau tiada jodoh kita di dunia, mungkin ada jodoh di akhirat sana. InsyaAllah. Who knows right? ^_^
Kesimpulannya, kita hanya insan hina yang mampu berusaha sebaik mungkin, namun TAKDIR Allah jua penentu segala. Tak kesah la dalam apa jua situasi dan keadaan yang kita hadapi, percayalah, semuanya adalah takdir Allah yang ditetapkan ke atas kita.
Semua yang berlaku ada sebab dan hikmah yang tersembunyi. Cuma mungkin kadangkala pandangan kita masih kabur untuk menafsir dan menilai sesuatu tu.
Dan teringat juga kata seorang sister saat menegur saya.
Waktu tu, saya suka sangat cakap "kebetulan saya ada kat situ"
"kebetulan dia datang ....bla3" dan banyak lagi kebetulan-kebetulan yang disebut.
Lantas, akak tu pon cakap,
"dalam hidup ni tiada kebetulan, yang ada adalah ketetapan, dan takdir ALLAH"
Oh.Oh.Orait! Kena tukarlah ek.
"takdir Allah, saya ada kat situ" "dengan takdir Allah dia datang ....bla3"
^_^
"Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi" (Al-Qamar- 54:49)
Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna" (Al-Furqan-25:2)
Wallahulam.Moga ada manfaatnya. InsyaAllah.Betulkan la ye kalau ada salah dan silap.Saya juga baru belajar. ^^
Jemput baca yer, coz artikel2 ni sangat bagus. Explain pasal usaha dan doa boleh ubah takdir, dan kitalah yang boleh mencorak takdir Allah tu. InsyaAllah.
Saya tak pasti lah sama ada post ini bermanfaat atau tidak. Cuma ingin melontarkan pendapat saya yang bermain-main di kotak minda. Tak tahu mana nak curah, saya guna blog ni la. :) Minta maaf sangat jika kurang bermanfaat.
Ini apa yang saya perasan pada diri saya. Semenjak involve dalam dunia blogging, minat saya untuk membaca, atau lebih tepat untuk menambah 'tsaqafah' kita bertambah. Alhamdulillah.
Concern post saya dalam post ini menyentuh tentang minat membaca dalam kalangan masyarakat, khususnya remaja. Umat islam kalau nak cemerlang, kena lah banyak membaca kan!
Even, kalau kita amati sejarah, sewaktu nabi Muhammad menerima wahyu melalui perantaraan jibril, mafhumnya juga ada menyentuh berkenaan membaca:
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah Al-A'laq 96: 1-5)
Kalau kita boleh study buku yang tebal-tebal tu untuk excel dalam study kita, apa salahnya kan untuk apply benda yang sama! Terutama untuk tambah ilmu kita berkenaan addeen kita, agama islam.
Umat islam ini perlu ilmu, dan salah satu cabang untuk dapatkan ilmu adalah dengan membaca kan! Kalau takda ilmu, seseorang itu boleh tergelincir dari landasan, terutama landasan menuju jalanNya.
Sebab membaca
Reason kenapa kena baca pon kena clear lah kan. Untuk men'topup pengetahuan, luaskan pendedahan berkenaan method dakwah, juga untuk menambahkan lagi keyakinan kita terhadap pegangan kita, and so on. Dan moga pembacaan itu diterjemahkan kepada amalan. Itu selayaknya. InsyaAllah. Kalau pendapat saya secara personal, salah satu cara untuk tidak 'lalai' atau untuk rasa 'tak lost', saya akan baca apa-apa yang best!
Ini agak terbukti, di mana ada salah seorang sahabat saya agak terasa 'lost' kerana di rumahnya tiada capaian internet. Jadi agak susah untuk dirinya untuk cari bahan-bahan bacaan yang dapat mengisi kekosongan masanya dan yang terutama untuk mengisi kekosongan hati! Ada saja buku-buku disisinya seperti buku tokoh Sallehudin Al-Ayubi, hingga ada yang dua tiga kali katam! Sayu pulak saya mendengarnya. Mungkin kena banyak lagi baca buku supaya tak rasa lost kan?
Pelbagai alternatif
Pandangan saya secara peribadi, antara reason saya lebih prefer untuk membaca secara online, dek kerana saya agak susah untuk constant kan reading saya terhadap sesuatu bahan bacaan yang saya baca. Saya senang untuk berhenti dan bertukar-tukar buku. So, in order untuk tak rasa masa saya dibazirkan, kena online la sebagai alternatif lain untuk saya tambah ilmu.
Tapi ada juga pendapat seorang kakak, "kalau baca buku tu lebih terarah pembacaan nya"
Betul.Betul. Buku salah satu medium untuk mendapatkan pemahaman yang berkualiti terhadap sesuatu perkara kan?
Seriously, hampir setiap kali saya online, banyak je perkara-perkara yang pending. Membaca blog-blog atau website-website berunsur islamik seolah virus dalam diri saya. Ada saja link yang hendak di click. Bila baca yang ni, ternampak yang itu. Bila baca yang itu, nak baca yang lagi satu pula!. Oh. Oh. Sampai ada satu masa, hingga berbelas tab saya buka! Langsung terus di bookmark supaya tidak hilang dari pandangan.
Current issues kat newspaper online pon sangat banyak! Haish, banyak benda betul kena baca kan! Mencari
Teringat kata-kata akak usrah saya,
"kalau dia betul-betul faham islam, pasti dia akan mencari"
Meaning mencari kat sini, mencari ilmu tersebut. Contoh, kalau dalam perbincangan, ada discuss berkenaan tokoh-tokoh sahabat masa dulu, kalau si fulan itu tidak clear dengan discussion itu, dan kalau dia faham kenapa dia kena ambil tahu berkenaan tokoh-tokoh islam, pasti dia akan mencari. Tak begitu?
Dan kalau kita perasan, sangat banyak ilmu yang patut kita perlu baca. Secara jujur, hampir setiap hari, banyak nya link yang boleh dibaca. Cuma depends pada kita rajin nak baca ataupun tak kan?
Tapi apa jua pon, semuanya lahir dari hati. Jika hati terasa ingin mencari dan mengisi kelompongan hati itu dengan hidayah dan petunjukNya, sudah pasti hati-hati akan terus mencari dan mencari. Tak kisah dengan apa jua cara sekalipun!
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (Ar-Ra'du- 13:11)
Hobi Dan teringat pula sewaktu kelas language support, ada satu sesi 'Impromptu speech" yang menguji speakers untuk bercakap secara spontan tentang apa jua tajuk, dan tajuk saya untuk sesi tersebut ialah "Hobbies".
Oh. Simple dan menarik!. Agak general. =) Jawapan saya mudah saya! Reading and Blogging. =) Kedua - dua amat berkait rapat!
By blogging, disamping dapat meluaskan network kita, dapat juga menambah dan meluaskan pengetahuan saya. And of course, by reading blogs, we also could enhance our understanding towards our islamic teaching. InsyaAllah.
Saya juga memberi analogi dalam impromptu speech, just imagine, in class, we have spent a lot of hours to study our TESL subjects. The same goes to hours that we spend to complete our homeworks, tasks, assignment and so on. Therefore, it is advisable to spend our time to read things that could touch our heart to get closer to Him. And this is one of the reasons why I love to spend my free time to blog or reading others' blogs. In class, there is no islamic subject at all, adapun masa sem satu tapi credit hours sangat sikit! and not my intention to be secular or what, but just something to ponder, berapa banyak masa la sangat kita spend masa kita untuk ALLAH, berapa banyak masa kita spend untuk topup ilmu kita. And, bagus juga, kalau kita dapat kaitkan, what we learn in class from islamic views! Sangat-sangat bagus! Tapi depends juga kan subjek-subjek apa yang kita ambil. Dan apa jua pun, niatkan belajar itu kerana ALLAH, moga apa ganjaran disisiNya.InsyaAllah.
Banyak masa-masa kita dibazirkan begitu saja kan! Huk. Peringatan untuk diri.
"getting involved in blogging world is just not the matter of posting entries in your blog, but you are more interested to read others' blogs and websites" (Tulip Putih, 2009)
This is just my personal opinion. Pendapat saya, tak kisah kita nak guna masa kita macam mana, asalkan perkara itu bermanfaat, specifically untuk islam, tak mengapa bukan? Kalau menghadap laptop, online hari-hari, tapi tiada sumbangan untuk agama ALLAH, macam mana pulak ye? Membaca untuk menambah pengetahuan tentang islam tu pon salah satu sumbangan kan!
Bahan bacaan yang 'tinggi'
Dan setiap dari kita, tahap kefahaman terhadap sesuatu perkara berbeza-beza bukan. Ada yang berpendapat, bahan artikel yang dibacanya agak "tinggi" dan kurang sesuai dengan tahap pemikiran dan pembacaannya beliau.
Oh. Tidak mengapa. Pendapat saya secara peribadi, bacalah bahan yang sesuai dengan pemikiran anda. Tak guna jugakan jika bacaan tidak dapat meresap ke dalam hati pembaca dek kerana ingin membaca bahan-bahan yang tak menjangkau tahap kita. Sangat banyak bahan bacaan yang boleh dibaca. Web Iluvislam salah satunya, menyediakan bahan bacaan yang santai untuk pembaca. Saiful Islam pun apa kurangnya!
Saya suka untuk quote kata-kata ummusaif melalui ruang comment, in response pada pembaca yang masih menyatakan kekeliruan beliau berkenaan artikel 'facebook' tersebut walaupun segalanya telah dijelaskan, Ummusaif ada menjelaskan,
"kurang faham selalu berpunca sbb: 1. baca laju sangat 2. baca sekali sahaja 3. byk guna perkataan yg asing spt english/arabic words 4. bahasa artiel yg sgt tinggi sehingga otak gagal utk faham 5. masih tidak biasa dgn gaya penulisan dan peribadi sipenulis aka Abu Saif.
inshaAllah, entri di atas taklah seheavy mana. kalau ye pun maybe di bahagian dalil2 di atas.
seelok2nya sapa yg kurang faham entri/ artikel ustaz, kena baca balik 2-3 kali artikel.
selamat membaca dan jgn putus asa"
Jadi permata-mata islam yang sudah tersentuh hatinya dengan ajaran islam, ayuh,tingkatkan pembacaan kita! Islam memerlukan kita untuk bangkitkan agama ini semula!
Blogging VS Facebook
Dan setiap dari kita pasti ada kegemaran masing-masing. Bohong lah kan kalau saya tak minat untuk involve dalam social networking seperti "facebook" dan lain-lain. Dan pendapat peribadi saya, saya lebih sukakan aktiviti membaca blog or websites instead of facebooking, walaupun kadang-kadang ada juga terkandas. Manfaatnya membaca blog-blog dan websites lebih besar nilainya dalam menambah kefahaman saya. Apa-apa pon, jika kita terasa terlalai dengan network facebook, silalah mengambil langkah untuk mengawal diri kita. Bak kata Abu Saif dalam artikelnya,
Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.
Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.
(Sila baca artikel yang dilink untuk mendapat pemahaman yang solid. I just quoted few lines of the article. =) Kesimpulannya, terasa tergerak untuk meluahkan pendapat saya berkenaan perihal ini. Juga dek kerana saya ada encounter beberapa keluhan dari sahabat-sahabat saya.' Zaman sekarang zaman internet, tetapi bergantung pada kita juga kan bagaimana untuk memanfaatkan semaksimum mungkin!
Bila baca blog - blog orang lain yang sangat mudah meng'express pendapat masing-masing, saya tergerak hati pula untuk mencuba! Apa jua pon, perkara ini hanyalah pendapat peribadi saya! Minta maaf jika ada yang terasa. Saya hanya mediator untuk menyampaikan perkara-perkara ini pada pembaca. Semua ilham adalah mutlak milikNya semata-mata.
Doing da'wa lillahita'ala
Dan, ya. Dalam usaha kita untuk menyeru dan mengajak orang lain, perlunya untuk membaca, moga apa yang disampaikan itu lebih terarah. Moga dalam usaha kita menyampaikan, lebih ramai lagi permata-mata yang hatinya tersentuh dengan islam, insyaAllah. Moga dengan usaha-usaha kita yang tidak banyak mana, islam itu bakal tertegak di bumi Allah suatu hari nanti.InsyaAllah. Itu janjiNya.
bila kita rasa mahu memberi sesuatu yang berharga, secara tak langsung kita akan berusaha untuk cari benda yang berharga tu untuk diberi.^^ Wallahualam. Moga ada manfaatnya. InsyaAllah. Peringatan buat diri terutamanya. Terutama bagi sesiapa yang cuti waktu-waku sekarang ini, manfaatkan masamu sebaiknya! InsyaAllah. Jadi, Kuasa terletak di hati anda. Gerakkan hati lantas geraklah jari-jari anda untuk click pada mana-mana bahan yang dapat menambahkan ilmu. InsyaAllah.
Jom sama-sama speedkan semangat untuk membaca! Ayuh! p/s- minta maaf atas bahasa melayu yang tak berapa nak tersusun. =). Saya budak baru belajar. ^^
Last Breath! Check out this rap-cool-static song! Seriously,I could feel the 'aura' inside my nerves and soul when listening to this song. Try to listen and digest the lyric! It is so hideous!...Personally, it is hard to be explained by words!
A gentle reminder for us! Listen and try to deeply understand the lyric! The young boy in the song is a metaphor. Just like us, a student who has many potential and faces many things in our life. And suddenly until the last moment where Allah wanted him to die! The same goes to us. Allah can take our life at anytime He wants!
Digesting and reflecting. Thinking of my life. I'm so scared of myself . Just imagine if we could not ask for His forgiveness before our last breath! =(( Seriously, I say this. Hope it benefits you. InsyaAllah.
Last Breath by 3ilm ft. D Clique Verse1(Adeeb): Man I gotta make a change, and get back on track. Cause when my heart stops there’s no turning back I can try to hide, I can try to run But when God wants me dead, it’s gonna be done
We got this young brother with a lot of potential He’s good at all sports, gets all the gold medals Started getting scouted by all the big schools Making headlines in the daily news
Let it get to his head, started acting all cool Thinks he’s superman, like nothing he can’t do But a few days later, God sent him a sign Sent him a flying car that almost hit him in the side
It gave him a scare, and even made the brother cry But a few days later, he just pushed it aside Figured he survived because he was too young to die But little did he know that he was playing with fire
Championship game, the brothers on a roll Making all the right moves and all the big goals Started breathing hard going for the last hit His heart stopped, game over, that’s it
Chorus1: (D-Clique) Took my time in life for granted With all this damage I’ve done to my iman, I can hardly stand I’m on my knees… One last breath here before I leave
Verse2: (Amir) Man, so it’s true… I’m finally here, what am I going to do?
I’m lying here waiting for the angel of death Just took my last breath, staring at the sky Asking God why, he wanted me to die Wifee’s at home, my baby ain’t grown
Leaving them alone in this world its crazy (I had) just let her know I wanted another baby Don’t take your life for granted man Every soul tastes death, just read the Quran
Heaven or hell, where will I go? Didn’t know you could sweat when they took your soul I sinned a little bit, did some good things also Islam was the deen that I chose to follow
I’m lying here sweating, worried as hell My future dwells in Allah’s will When they bury me today, I pray I don’t see The punishment of the grave, just Allah’s mercy
Chorus2: (D-Clique) Now my soul is in my throat And the life I used to lead, is calling me And I don’t want no part of it no more I don’t want Allah to see my flaws
Verse3: (Abdul-Aziz) Aw man, help, help, help Can anybody hear me? Help, help Arggggg….
Dark night, no light, the air so wet Heart frightened, chest tightened, all this regret Instead of protecting it, my deen I’ve neglected it Terrified at the mass of sins I’ve collected and
Now its too late to right my wrongs How’d I get to this state when I knew all along? Angels on my shoulder they taking account watched every move and they heard every sound
Watched me knowingly committing haram While I was Ignored his signs showing me that I’m wrong earned a place in the fire and I’m petrified From both my eyes I begin to cry
And just as the Quran forewarned a deaf ear I’m Up to my shoulders in sweat and tears I feel the rising flames, my skin starts to boil Consciousness regained, another chance to spoil
Chorus3: (D-Clique) I got this burning in my heart and its here for ever I got this fire in my eyes, it’ll last for ever Cause the light don’t shine, its dark forever Now my soul is so cold in this fire forever Now my soul is in my throat And the life I used to lead, is calling me And I don’t want no part of it no more I don’t want Allah to see my flaws
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (Al-jumu'ah 62:8)
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. (Al-Munafiqun 63:11)
p/s- I just realised the existance of D-Clique Band. Most of their songs are so cool yet bring great messages to the listeners. Specifically in bringing islamic messages which indirectly could touch our soul to get closer to Him (InsyaAllah). And one of them that I love most is "Better Days" by D-Clique. Click here to listen to the song. It is so inspiring! Still searching for more English songs which convey religious messages like Maher Zain, Zain Bikha, Yusuf Islam and so on. Any idea guys? Thanks! Wallahualam.
Selalu orang pesan. Kalau jalan-jalan di bumi Allah ni, jangan lupa bertadabbur alam. Tadabbur = memerhati dengan mengkaji dan menyelidik Ye. Betul.Tapi kadang-kadang saya selalu lupa. Oh manusia!
Kadang-kadang kita rasa, yang hidup kat bumi ni manusia je kan. Kita disibukkan dengan urusan bersama manusia, Kita hidup bersama manusia. Kegembiraan, kesedihan, kesenangan semua dengan manusia. Oh. Lupa juga ada makhluk lain kat alam ni ye. Oh, manusia. Mudah lupa. Saya adalah manusia.
Oh pokok. Cantik gambar ini. Ada orang kata, dia sangat malu untuk lalu bawah pokok. Eh.malu.kenapa? Pelik.Pelik. Oh.Oh. Allah ada kata,
Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (57:1)
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. (17:44)
Semua makhluk kat alam ni bertasbih. MemujiNya siang dan malam. Mereka tiada akal, fikiran, nafsu. Tapi boleh bertasbih. MengingatiNya dan tunduk, patuh padaNya. Tapi kita manusia?. Fikir-fikir sendiri.
Oh, baru faham kenapa dia malu nak lalu bawah pokok. Pokok pon tahu bertasbih. Kita manusia? Nasihat untuk diri saya.
Oh.Semut. Kadang tak tenteram jugak kan kalo semut ada dalam air. Mesti cepat-cepat nak buang. Tak pon, kalau ada kat bawah meja, atas lantai. Mesti cepat-cepat nak sapu. Tapi satu yang saya suka tentang semut. :D Perasan tak semut tak berhenti berjalan. Even kita halang dia dengan apa-apa benda, dia akan try cari jalan lain. Terus berjalan. Dan berjalan. Then, bila jalan, bertembung, dia akan stop. Chit Chat kejap maybe. Then terus berjalan.=D Wah.Comel.Comel.Saya suka. Bagus juga attitude semut ni kan. Tak pernah mengalah. Kalau jalan ni dihalang, dia try jalan lain. Sama juga seperti kita. Kalau cara ini tak kena, mungkin boleh cuba cara lain.Kan?kan? Jom tiru attitude semut yang sangat determine! ^_^
Burung-burung berterbangan. Mereka-mereka ini tahu kan jalan pulang. Pagi-pagi cari makanan, petang-petang pulang ke sarang. Begitulah setiap hari.Bagus burung - burung ini. Sedar diri. Dia terbang, tapi tahu jalan pulang. Kita manusia, tahu di dunia sebagai musafir, tapi kadang-kadang jalan pulang tu tak jumpa. Jalan pulang ke negeri abadi. Jalan akhirat! Jalan yang dilalui manusia itu terkadang bengkang bengkok, tak lurus. Senget pon ada. Teringat satu hadith,
“Jadilahengkau di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang menempuh perjalanan.” Ibn Umar berkata, “jika engkau ada di sore hari, jangan menunggu pagi dan jika berada di pagi hari, jangan menunggu petang. Manfaatkan masa sehatmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk kematianmu.” (HR al-Bukhari, at-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad).
Dalam hadis ini,
Rasul memberi perumpamaan bagaimana seharusnya kita memposisikan diri di dunia: seakan kita adalah orang asing dan seperti orang yang sedang menempuh perjalanan.
Ath-Thayyibi, sebagaimana dikutip oleh al-Hafizh Ibn Hajar di dalam Fath al-Bârî, menjelaskan, “Orang yang berjalan di dunia diserupakan dengan orang asing yang tidak memiliki tempat tinggal.
Kemudian Beliau mengungkapkan perumpamaan yang lebih tinggi: diserupakan dengan orang yang sedang menempuh perjalanan. Sebab, orang asing kadang kala tinggal di negeri asing.Berbeda dengan orang yang menempuh perjalanan menuju negeri yang jauh;sepanjang perjalanan itu terdapat lembah-lembah yang membinasakan, gurun-gurun yang mencelakakan dan begal jalanan. Orang yang demikian tidak akan tinggal walaupun sejenak. Oleh karena itu, Ibn Umar langsung menimpali dengan kata-kata, “jika engkau ada di petang hari jangan menunggu pagi…”
Thorny rose. Apa yang terlintas? Mawar berduri??. Hehe. :) Boleh juga. Tapi pada saya duri-duri tu berharga nilainya. Bagi pokok, ia disifatkan untuk melindungi pokok tersebut kan? Tapi pada saya, kita pon patut ada duri. Duri islam, iman, ihsan. Duri dakwah dan tarbiyah. Pasti dengan duri-duri ini ia dapat melindungi seorang muslim tu kan! Sama seperti thorny rose ini.
Oh, kenal tempat ini? Tempat yang selalu saya jumpa dengan kenderaan-kenderaan bas. Orang berpusu-pusu. Ke sana ke mari. Dengan beg-beg. Makanan pon banyak! ^^. Itulah puduraya. Saya suka memperhatikan gelagat orang. Macam-macam jenis. Macam-macam ragam.Macam-macam pegangan. Macam-macam cara hidup. Pakaian pon bermacam-macam style! Ada style lah! Selalu terfikir. Macam mana nak ubah masyarakat ya! Nak tengok sangat islam tu tertegak, dan semua manusia mengamalkan ajaran islam. Oh. itu ketentuan Ilahi. Sudah pasti tapi tidak tahu bila. Oh.Oh. Susah juga untuk menegur tiba-tiba. Dengan orang yang tak kenal. Cuma berdiam dan melihat. Dan melihat. Dan terus ingatkan diri. "Mungkin kena start dari tempat aku dulu. Orang-orang yang di sekeliling aku dulu"
wallahualam. Moga ada manfaatnya! InsyaALLAH. Mari kita bertadabbur alam!
salimul aqidah : aqidah yang sejahtera sahihul ibadah : ibadah yang sahih qawiyyul jism :sihat tubuh badan matinul khuluk : akhlak yang mantap! mutsaqqafal fikri : luas pengetahuan qadiran ala kasbi : bermanfaat pada orang lain mujahadah ala nafsi : melawan hawa nafsu haarithun ala waqtihi : menjaga masa munazzamun fi syu'unihi : tersusun urusannya nafi'un li ghairihi : mampu berdikari
moga dengan izin Allah, kita akan meningkat sedikit demi sedikit.