Pages

Showing posts with label fitrah. Show all posts
Showing posts with label fitrah. Show all posts

Eid Mubarak

Thursday, September 9, 2010 0 voice (s)

Allah akan menguji di titik - titik kelemahan kita,
sampai kita berhasil memperbaiki kelemahan itu.

Detik-detik akhir ramadhan kali ini,
seakan diri di uji dengan ujian-ujianNya.
Benar-benar diuji, dan diri kadangkala cukup lemah!

Astaghfirllah, Astaghfirllah, Astaghfirllah.

Ya Allah, kau kuatkan hati kami ya Allah.

Kau bersihkan diri kami dari dosa-dosa yang lalu dan yang terkemudian.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.

Moga syawal ini ada sinar tarbiyyah baru buat kita.

InsyaAllah.

Moga kita kembali semula kepada fitrah,
bersih dari dosa-dosa.

Salam eid fitri mubarak,

Moga segalanya ada barkah dan rahmah,insyaAllah.

Salam lebaran dari diri yang lemah,
Mohon maaf atas segala khilaf diri,
jazakumullahi khairan katheera buat semua pembaca blog.

Doakan saya,
InsyaAllah akan ke Canterbury Christ Church Universtity, Uk
Raya ke-4 ni. InsyaAllah.
Moga terus thabat dan istiqomah dalam jalan da'wah dan tarbiyyah.
Moga kita terus dikuatkan oleh Allah, insyaAllah.

Moga momentum ini terus dikekalkan untuk terus menjadi hamba dan khalifah yang bekerja di jalanNya.


p/s- Sejauh mana piala taqwa telah kita genggami...=(

Seni = Art

Thursday, August 19, 2010 5 voice (s)

9 Ramadhan 1431H.

Adegan di surau semasa solat tarawikh:

Seorang kanak-kanak lelaki. Selalu duduk di saff belakang, menunggu ibunya habis solat tarawikh.
Sudah lama hendak ditegur olehku, tapi selalunya adik tu buat muka tak tahu je.
Kadang-kadang memasamkam muka tiba-tiba. Memang nature kot. Wallahua'lam.

Tapi hari ini, ada miracle happen,

Kataku : Dik, siapa nama?
Adik : Muhamad Faiz
Kataku : Umur berapa dik?
Adik : 4 tahun.

dan beberapa lagi baris kata-kata sempatku tanyakan sebelum solat tarawikh bermula.

Adik : Kita ada 3 kereta. 2 Pajero, satu honda. Tapi kita tak pandai bawa kereta.

Haha. Nak tergelak rasanya dengar part ni.

Dulunya, adik tu waktu awal-awal tarawikh, langsung tak nak bercakap ngan orang lain.
Tapi tadi, taqdir Allah, sebelum solat tarawikh tu, aku saja 'main-main' dengannya.
Main 'tumbuk' - 'tumbuk', 'give me 5' dan main cuit-cuit. hoho.

Then, adik tu pon start boleh cakap dengan kita. hihi.

Aku terfikir kan sesuatu perkara.
Just the same to our da'wah dan tarbiyyah works.
Da'wah itu seni.
Perlu kan skills-skils kita untuk memastikan benih islam tu bertebaran di atas muka bumi.

Ayuh, mantapkan skills da'wah kita!!

"Bangunlah para petunjuk jalan yang arif lagi bijaksana untuk menunjukkan keadilan,
Bangunlah para penakluk yang mulia dan gagah untuk mencapai kemuliaan perkasa,
Bangunlah untuk memusnahkan segala belenggu kerana masanya telah tiba,
kerana manusia ditimpa kecelakaan 'cinta' dunia tanpa agama,
mari kita kembalikan umat, sebagai satu rahmat bagi seluruh alam,
janganlah kamu berkata : Bagaimana? kerana kita umat islam.

Wahai seluruh saudara islam di seluruh tempat,
naiklah ke bukit dan laungkanlah azan,
angkatlah al-quran sebagai perlembagaan zaman,
penuhilah setiap penjuru dengan berkata :
"Kami umat ISLAM, kami umat ISLAM, kami umat ISLAM",
di mana ada kebenaran dan keadilan, di situlah kami,
kami rela mati daripada terhina,
alangkah manisnya kematian di jalan Allah"

(Muntalaq, Bab 13)

Kerna Sayang

Wednesday, March 24, 2010 6 voice (s)


"Amsaina 'ala fitratil islam, wa kalimatil ikhlas, wa a'la dini nabiyyana muhammad sholla allahu 'alaihi wasallam"

"Kami terjaga di petang hari dalam fitrah islam dan kalimat ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW..."


********

Sesungguhnya bapa Usamah lebih dikasihi oleh Rasulullah daripada bapa kamu dan dia lebih dikasihi oleh Rasulullah daripada kamu.

(Kata-kata 'Umar al-Khoththob kepada anaknya)

Orang islam tidaklah berlebih-lebihan ketika memberikan gelaran ini kepada bayi yang masih kecil iaitu Usamah ini. Sememangnya Rasulullah s.a.w sangat mengasihi beliau sehingga seluruh dunia turut cemburu. Umur Usamah adalah lebih kuran umur cucu Rasulullah, al- Hassan anak lelaki Fatimah al-Zahra.

Al-Hasan berkulit cerah, cantik dan amat menyerupai datuknya, Rasulullah s. a.w.

Manakala Usamah berkulit gelap, kemek hidung, dan sangat menyerupai ibunya yang berasal dari Habsyah.

Namun begitu, Rasulullah s.a.w tidak sekali-kali membezakan antara mereka berdua dalam memberikan kasih sayang. Baginda akan mengambil Usamah dan meletakkan pada salah satu pahanya dan mengambil al-Hasan dan diletakkan pada paha yang satu lagi. Nabi s.a.w akan memeluk mereka berdua ke dadanya sambil berkata

"Ya Allah, sesungguhnya aku mengasihi mereka berdua, maka kasihilah mereka"

Kecintaan Nabi s.a.w terhadap Usamah sampai ke tahap pada suatu ketika Usamah tersungkur berlanggar dengan bendul pintu. Keningnya luka berdarah. Nabi s.a.w meminta 'Aisyah r.a supaya membersihkan darah lukanya itu, tetapi 'Aisyah tidak sanggup melakukannya (mungkin kerana gerun dan tidak tahan melihat darah.)

Lantas Baginda sendiri yang melakukannya. Baginda menghisap tempat luka dan mengeluarkan darah. Sambil Baginda membisikkan kalimah-kalimah yang penuh kasih sayang dan menenangkan jiwa.

********

Alhamdulillah. Hatiku tersentuh.
Betapa sangat murni kasih sayang yang Rasulullah berikan terhadap Usamah dan Zaid.
Diberikan semata-mata keranaNya...

Apakah aku sudah cukup memberikan kasih sayangku pada orang lain, dan mendoakan mereka untuk kita sama-sama mencintaiNya dan beribadah kepadaNya.
Sangat-sangat tersentuh.
Semoga diri kita semua menjadi hebat seperti Rasulullah dan para sahabat yang berjuang tidak mengenal lelah keranaNya,
insyaAllah.

Jazakillah ya ukhti. :)

Hikari: Cinta Sempurna

Wednesday, December 23, 2009 8 voice (s)
It would be better to click (right click) on each of the pictures in a new tab for better view and reading. ^_^






“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan…” (2:208)
Kadang-kadang kita dah tahu benda tu salah,…tapi kita pejamkan mata, pekakkan telinga….
kenapa ya?
nanti2lah,…takde kekuatan lagi..
kenapa ya takde kekuatan?
sebenarnya,…
kekuatan untuk meninggalkan sesuatu yg Allah x suka, tapi sesuatu yang kita sangat2 suka,
merupakan manifestasi tebal atau nipisnya iman kita….
maka, tepuk dada tanyalah iman.
jika iman nipis, tebal2kan lah ia.
bagaimana?
carilah ilmu…berkumpullah dengan orang2 soleh…jenguk2lah majlis ilmu..
sounds easy, kan?
btul2,…memang susah…
but fake it until you make it…..
“kerana kamu selama-lamanya tidak akan menjadi wanita sempurna,…namun di saat kamu mencuba ke arah itu, Allah akan sangat menghargaimu…”
^(^_^)^




******

p/s- These comic strips are so cool! I love it. Credit to sis Hikari for sharing this.
Go to this blog (Ini Buku Conteng Hikari) for more cute drawings which convey strong messages. ^_^


Wallahualam.

Aku XX Engkau XY

Sunday, December 20, 2009 11 voice (s)

Saya jalan-jalan. Terasa ingin mengisi, jadi kena lah cari kan.
Cari untuk makanan hati.
Alhamdulillah, saya dapat makanan free bila jalan-jalan kat sini.
Makanan tu saangaaat manis! ^_^. Sedap2!
Jadi saya pon nak hidangkan lah, tak elok pulak makan sorang-sorang kan?
Biar kita sama - sama kenyang.
Best kan! :)

*********
Kita takkan pernah sama
Baik sekepala, mahupun satu rasa.
Apatah lagi untuk punya satu hati, satu jiwa.

Sebab sudah terbukti kita telah berbeza dari segi jenis kromosom nya

Aku XX manakala engkau XY.
Masakan kita boleh sama?

Aku dikatakan kuno, ketinggalan zaman.
Hanya kerana diriku mempertahankan apa yang kufahami dari agama aku.
Aku diperlakukan olehmu seolah-olah aku sudah ketinggalan zaman,
hanya semata apa yang aku perjuangkan selama ini.

Engkau katakan aku tidak matang, perlakuanku seperti anak kecil,
hanya kerana bila aku tidak mahu menuruti kemahuanmu.

Aku diperkatakan oleh engkau sebagai seorang perempuan yang berfikiran tertutup,
tidak 'world' dan kononnya aku ini perempuan berlagak baik
kononnya aku ini 'jual mahal'

Namun, aku tidak akan boleh menghalangmu dari berfikiran sebegitu,
kerana ku tahu engkau mungkin tidak tahu
kerana aku tahu engkau mungkin belum faham.

Aku mahu engkau ketahui tentang keadaan diriku
Diriku yang telah terdidik dengan didikan emak ayah, ditarbiyah oleh para guru tercinta
supaya menjaga maruahku
Supaya memelihara kehormatan diriku.
Supaya aku dapat menjadi wanita yang tegas dalam mempertahankan prinsipnya

Prinsip tetap prinsip
Syariat tetap syariat

Bahawa lelaki dan perempuan itu takkan punya alasan untuk ada perkaitan
melainkan bila ada urusan, melainkan keadaan sangat-sangat darurat
melainkan keadaan sangat-sangat memerlukan untuk kita berhubungan.

Antara aku dan engkau, tidak akan punya ikatan
takkan boleh ada hubungan antara hati-hati
melainkan bila takdir Tuhan menetapkan bahawa kita bakal disatukan.

Benar, hanya itu yang benar-benar halal
buat diriku dan dirimu jua.

Oh ya, aku telah lama menetapkan bahawa antara kita punya jurang yang sangat luas
antara kita punya hijab fizikal yang sudah aku tanam sejak sekian lama
Dan bila ku dapati hijab luaran ini semakin teguh berdiri,
maka hatiku juga sudah terhijab dengan sendirinya

Benar, hatiku telah terhijab agar tidak punya sebarang hubungan dengan dirimu

Kerana aku sudah faham,
maka ku harap suatu hari nanti engkau dapat memahaminya juga

Kerana aku mahu mencintai Dia dahulu, utamakan Dia dahulu
Kerana aku lebih mahu mendahulukan Tuhanku melebihi yang lain.

********


Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. (Al-Hajj - 22:32)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raf - 7:179)


Jawapan bagi segala persoalan. :)
Bagi diri saya, saya pon tak pastilah siapakah engkau untukku itu?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui. ^_^
Wallahualam.

Lembaran Baru

Friday, December 18, 2009 22 voice (s)

Ya Allahu Ya Rahman Ya Rahim,

Lembaran baru...
diri tertanya-tertanya akan bagaimana coraknya, bagaimana warnanya,
dan bagaimana pula hasilnya,
agar hasil yang diperoleh itu sentiasa berkilauan,
berkilauan berkat petunjuk dariNya.


namun, dalam bermula era yang baru,
aku tidak ketinggalan untuk merenung kembali,
hari-hariku sepanjang meniti jalan - jalan semalam.

kata orang pengalaman itu guru terbaik,
benar. sangat benar.
pengalaman mengajar diri untuk lebih mencari makna hidup.

syukur padaNya,
langkah-langkahku masih lagi berada dalam jalan ini,
jalan yang mentarbiyyah jiwa untuk terus tegar mencari cintaNya,
jalan yang mentarbiyyah jiwa untuk mengambil hikmah perjuangan nabi tercinta,
dalam usia perjalanan yang baru setahun jagung sangat mentah,
jiwa ini dilanggar dengan tarbiyyah yang sangat berbekas di hati,
yang bisa mempengaruhi matlamat dan tujuan penciptaan jiwa di dunia ini,
tidak lagi ke arah dunia, tetapi kampung akhirat jua.

dalam jalan ini ku sedar,
sejarah islam yang banyak membuka mata
islam yang dulu mengawal dunia,
dipandang mulia seluruh umat masyarakat,
tapi kini, islam agama kita telah jatuh ditelan zaman,
kini orang barat semakin menguasai dunia,
menebar ideologi pemikiran songsang dalam jiwa manusia,
aduh, kasihan! kita yang menjadi mangsa!
masyarakat kini perlu kembali kepada kompas yang sebenar,
kompas yang menuju ke akhirat sana.
namun, bagaimana?
siapa lagi yang bakal penyambung perjuangan rasulullah dan para sahabat kalau bukan kita?


dalam jalan ini ku sedar,
betapa kerdilnya insan ini,
terlalu banyak dosa dan kekhilafan dalam mencorak kehidupan sendiri,
jahilliyyah yang ada dalam diri perlu dikoreksi satu persatu
perlu dibuang karat-karat yang masih terlekat dalam hati
,
jiwa yang kadangkala terkandas dalam dunianya sendiri,
jiwa ini perlu kekuatan yang berterusan,
tanpa hidayah dan petunjukNya, masakan jiwa ini mampu bertahan?

dalam jalan ini ku sedar,
betapa peri pentingnya tarbiyyah dan dakwah,
tarbiyyah yang bukan sekadar oriented,
namun punya matlamat yang ingin dicapai,
tarbiyyah yang bukan sekadar program-program biasa tanpa hala dan tujuan,
namun punya arah tujuan hidup yang sebenar,
tarbiyyah yang menyentuh hati-hati untuk terus mencari Tuhannya,
tarbiyyah yang membentuk fikrah islamiyyah,
tarbiyyah yang mengembalikan aku kepada Allah tuhan yang Esa,
tarbiyyah yang mengembalikan aku pada hikmah perjuangan golongan terdahulu,
tarbiyyah yang mengembalikan aku pada manual kehidupan yang terbaik, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah

dalam jalan ini aku sedar,
ia menuntut pengorbanan yang sangat besar,
namun aku sangat malu denganNya,
sumbangan ku pada agama Allah sangatlah sedikit,
kalau nak dibandingkan dengan nikmat iman dan islam yang dihadiahkan,
sangatlah tidak setimpal.
tapi Dia juga yang Maha Pemurah,
akan diganjari setiap amal hambaNya biarpun hanya sebesar zarah.

Oh baiknya!

dalam jalan ini aku sedar,
untuk aku kenal potensi aku,
untuk aku guna kelebihan itu demi memperjuang agama tercinta,
untuk melaksanakan tuntutan syahadah al-haq,
untuk menjadi menjadi penyaksi dan penegak kebenaran,
untuk menyelamatkan jiwa-jiwa yang tersasar kompas hidupnya

bukan setakat membaikkan diri sendiri,
tetapi memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain.

dalam jalan ini aku sedar,
aku tidak berdaya melakukan semua ini keseorangan,
aku sangat perlu pada murobbi-murobbi sebagai wasilah petunjukNya,
aku perlu sahabat yang memberi tunjuk ajar,
aku perlu sahabat yang sama-sama memberi kekuatan,
aku perlu sahabat yang turut berada di saff jalan dakwah untuk sama-sama kembali kepada
Allah.
aku perlu sahabat yang sama-sama berjuang semata-mata demiNya.
walau sedikit tapi masing-masing punya matlamat yang sama.

bilamana hati aku disentuh untuk terus teguh dalam perjuangan ini
aku juga untuk ingin turut sama menjadi asbab hati-hati lain ditempias hidayah Allah.

Ya ALLAH, aku ucap syukur atas segala-galanya.

Aslih nafsak wad'u ghairak
-Perbaiki diri dan serulah orang lain

Tegakkan daulah islam dalam diri kamu, maka tertegaklah islam di bumi kamu
-Syeikh Mustaffa
Masyhur

Jalan ini yang aku pilih,
anda pula jalan yang mana?

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (As-syams -91:8-10)

"Menggalas misi agung dalam kehidupan ini, memerlukan suatu kekuatan. Kekuatan untuk menegakkan islam dalam diri. Kekuatan untuk membentuk Baitul Muslim. Menanam keislaman dalam masyarakat. Membumikan islam dalam sebuah kerajaan. Membebaskan negara-negara islam ini dari kekuasaan syaitani. Seterusnya menjadikan alam ini sekaliannya berserah secara total kepada Allah. Tanggungjawab ini mewajibkan kita mempunyai kekuatan yang tiada taranya"

dalam satu hari

harus ada hati yang dibersihkan
harus ada tilawah dan tadabbur al-quran
harus ada zikir yang dilafazkan
harus ada buku yang difahamkan
harus ada sedekah yang ditebarkan
harus ada keikhlasan yang ditanamkan
harus ada kesabaran yang diteguhkan
harus ada semangat yang dihidupkan
harus ada perjuangan yang diteruskan
harus ada da'wa yang dikembangkan
harus ada jihad yang dikembangkan
harus ada, harus ada...

"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',


(yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya" (Al-Baqarah- 2: 45-46)



Salam maal hijrah 1431.
Moga hari semalam menjadi pengajaran buat hari ini dan m
oga hari ini lebih baik dari yang semalam, InsyaAllah.
Berhijrahlah kita ke arah lebih baik!
Berhijrahlah untuk mencari makna hidup! Ayuh!

Wallahualam.

Lelaki Perempuan

Saturday, December 12, 2009 4 voice (s)

Lelaki dan Perempuan di dalam Al-Quran.
Jom renung-renungkan!

Wanita-wanita
yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). (An-Nur- 24:26)

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan
perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (An-Nisa'- 4:1)

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (An-Nisa'- 4:3)

Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik. (At-Taubah- 9:67)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum- 30:21)

Allah mengancam orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan Allah melaknati mereka, dan bagi mereka azab yang kekal. (At-Taubah- 9:68)

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah- 9:71)

Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga 'Adn. Dan keridhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar. (At-Taubah- 9:72)

Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. (Ar-Ra'd- 13:8)

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl- 16:97)

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin. (An-Nur- 24:3)

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (An-Nur- 24:30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An-Nur-24:31)

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar (Al-Ahzab- 33:35)

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Al-Ahzab- 33:36)

sehingga Allah mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab- 33:73)

Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. (Al-Baqarah- 2:221)

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (Ali-Imran- 3:14)

Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu). (Ali-Imran- 3:42)

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa'- 4:32)

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). (An-Nisa'- 4:34)

Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!".(An-Nisa'- 4:75)

Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun. (An-Nisa'- 4:124)


Banyak perkara yang disentuh.
Banyak pengajaran yang boleh diambil.
Banyak benda perlu diperbetul.
Sungguh, Al-Quran itu petunjuk terbaik dan manual kehidupan kita kan?

Kembali ke Pangkal

Wednesday, November 4, 2009 2 voice (s)
Manusia semakin ghairah menumpahkan darah,
Sengketa antara bangsa - Arya, Asia, Israel, Serbia, Jepun dan Eropah,
Sengketa antara agama - Islam, Kristian, Yahudi, Hindu,
Sengketa antara ideologi - Kapitalis, Komunis, dan Sosialis,
Sengketa antara kulit - hitam, putih, dan sawo matang.

Di dunia antarabangsa...
Perang! Perang! Perang!
Perang Dunia 1 - 19 juta nyawa terkorban
Perang Dunia ke-2 - 50 juta nyawa terkorban
Perang China-Jepun, Perang Arab-Israel
Perang India-Pakistan, Perang Iran-Iraq
Perang Afganistan-Rusia, Albania-Serbia
Perang Yugoslavia, Perang Rusia, Perang Korea
Perang Vietnam, Perang Bosnia, Perang Chechnya
Perang Dagestan, Perang Iraq, Perang Afganistan
Manusia suka berperang sama seperti sukakan kemajuan?

Di dalam negara...
Jenayah! Jenayah! Jenayah!
Dadah, rompak, bunuh diri,
alkohol, seks bebas,
sakit jiwa.. dan tekanan emosi
Di negara maju - orang membunuh tanpa tujuan
Di negara miskin - orang merusuh kerana kelaparan
Di negara membangun - orang mogok tuntut keadilan

Yang punya bagaikan meneguk air tujuh lautan
yang tiada bagaikan cemburru maya fatamorgana
sedikit menimbul rasa cemas
banyak masih terus memburu...
kerana tidak puas!
Inilah Qarun baru dalam dunia pasaran
Inilah Firaun baru dalam citra penjajahan

Apa yang dikatakan ketenangan...
menjadi semakin samar, semakin pudar...
semakin abstrak harmoni dalam kamar hati insani
dan akhirnya manusia terpaksa mencari...
di satu destinasi berbaur ilusi
terperangkap antara utopia & realiti

Bila alat disangka matlamat
Nikmat disangka hakikat...
Benda pun dinobat menjadi agama
Wujud Tuhan baru dalam fikiran dan perasaan,
Yang bernama kekayaan dan kelazatan,
keseronokan, kemasyhuran, dan daya pengeluaran...

Manusia kini perlu revolusi baru
Sesat dihujung jalan balik ke pangkalnya
Pangkal semua itu adalah agama!
Di situlah kemurniaan jiwa, kebersihan minda
Itulah punca bahagia
Pemadam krisis, peluntur sengketa.


(Adaptasi dari tulisan Pahrol Mohamad Juoi, - majalah Solusi,2009)
Tajuk majalah : Hidayah Kompas kehidupan (Isu No.12)
Terjumpa majalah ni. Sangat bermanfaat.
Tertarik dengan kata-kata di post nie.
Banyaknya perkara yang tidak diketahui, terutama perang2.T_T


Wahai orang - orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu (Al-Baqarah 2:208)

Kembalilah kepada AL-Quran dan As-Sunnah,
Disitu ada pelajaran untuk hamba-hambaNya yang menjadikan ALLAH matlamatnya.
Untuk kembalikan manusia kepada Al-Quran dan As-Sunnah,
peranan kita-kita untuk menyentuh hati-hati mereka supaya kembali ke pangkal jalan.
Supaya menghayati hakikat sebenar agama islam dalam kehidupan seorang muslim.
Moga ALLAH permudahkan jalan untuk kita terus melangkah.
InsyaALLAH.


Currently reading on "Hazadeen" (Inilah Islam) tulisan Sayyid Qutb
and Travelog Seorang Dai'e tulisan Abdul Rahman Mohamed
Tarbiyah itu mengambil proses yang perlahan-lahan.
Moga ALLAH memberi petunjuk jalan.InsyaALLAH.

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine