Pages

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Eid Mubarak

Thursday, September 9, 2010 0 voice (s)

Allah akan menguji di titik - titik kelemahan kita,
sampai kita berhasil memperbaiki kelemahan itu.

Detik-detik akhir ramadhan kali ini,
seakan diri di uji dengan ujian-ujianNya.
Benar-benar diuji, dan diri kadangkala cukup lemah!

Astaghfirllah, Astaghfirllah, Astaghfirllah.

Ya Allah, kau kuatkan hati kami ya Allah.

Kau bersihkan diri kami dari dosa-dosa yang lalu dan yang terkemudian.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.

Moga syawal ini ada sinar tarbiyyah baru buat kita.

InsyaAllah.

Moga kita kembali semula kepada fitrah,
bersih dari dosa-dosa.

Salam eid fitri mubarak,

Moga segalanya ada barkah dan rahmah,insyaAllah.

Salam lebaran dari diri yang lemah,
Mohon maaf atas segala khilaf diri,
jazakumullahi khairan katheera buat semua pembaca blog.

Doakan saya,
InsyaAllah akan ke Canterbury Christ Church Universtity, Uk
Raya ke-4 ni. InsyaAllah.
Moga terus thabat dan istiqomah dalam jalan da'wah dan tarbiyyah.
Moga kita terus dikuatkan oleh Allah, insyaAllah.

Moga momentum ini terus dikekalkan untuk terus menjadi hamba dan khalifah yang bekerja di jalanNya.


p/s- Sejauh mana piala taqwa telah kita genggami...=(

Reverse Mood

Wednesday, September 23, 2009 0 voice (s)


I should reverse my mood.


Ramadhan telah meninggalkan kita
Syawal menjelang menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa

Di hari raya ini koreksilah diri sendiri
Layakkah hari ini kita berhari raya
Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa
Selain mereka tidak layak merayakannya

Renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan
Adakah meningkat dari sebelumnya
Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa
Sesuai dengan meningkatnya umur kita

Renung pula kehadapan bagaimana nasib kita
Adakah kita mati di dalam husnul khatimah
Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan
Juga syaitan yang sentiasa melalaikan

Ingatlah hari raya bukan untuk bersuka ria
Ia hari bersyukur menggembirakan yang tak punya
Memberi bantuan mereka yang tidak berada
Maaf bermaafan kita sesama kita

Bertimbangrasa kita sesama manusia
Bersimpatilah dengan mereka yang susah
Berkasih sayang itu sangat diperintahkan
Bahkan sesuai dengan fitrah manusia

Ramadhan telah meninggalkan kita
Syawal menjelang menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa

Ramadhan...


"Performance kita pada bulan ramadan ini, akan menentukan performance kita sepanjang tahun ini, jika mantap dan hebat, insyaAllah mantap dan hebat sepanjang tahun selepas ramadan..."

Sumber : degree at-Taqwa digenggaman?

And this post. So great!

"dah berlalu pun ramadhan ..
dah jumpe ke the power of night??
tau tak dlm ramadhan tu ade the power of night ??
the power of night tu ape??
itu lah malam lailatulqadr
ttpi dlm english dsebut the power of night
sedar2 dah raye..
kalo tanye sy sendiri pun..
sy x berkemampuan untuk berjumpa dgnya
atau lebih senang phm x lyk nk berjumpa lepas dtimbang tara usaha yg dbuat ..
tapi nak kata , nk suruh umat Islam sentiasa berusaha …sebab itu drahsiakan ..
secret ini hanya Allah shj yg tau..
betapa cantiknye susunanNya dan betapa bijaksananya Allah..
bersyukurku bertuhankan Allah..
sedihku dan kesian pd mereka yg masih mencari2 tuhan
dan mereka yg tidak sedar lagi

Dah masuk hari raye puasa ni..
ucapan Selamat Hari Raya d mana2 kedengaran meriah
terpikir sendiri kenapa pemergian ramadhan dsusuli pulak dgn kemeriahan ??
tak ke sepatutnye kite merasa sedih
kerana belum tentu tahun berikutnye kite bertemu lg..
bulan yg satu ni..
tp mmg Allah ni Maha Bijaksana ..
setiap prancangan Dia itu berhikmah..

sy buat ksimpulan bhw kite mesti menyedari hakikat pemergian ramadhan itu dgn menilai kembali saat2 kite semasa bersamanya..
dn kite mesti juga mensyukuri nikmat dpt melaksanakan misi 30 hari ramadhan sbg motivasi kpd kite untuk lebih bersedia untuk menghadapi misi yg sterusnye..
ttpi jgn terlalu terleka dgn nikmat yg sementara tu..
muncul je mega2 merah dn dlaungkan azan maghrib , 1 syawal menjelang..
waktu itu syaitan2 telah dlepaskan kembali..
dlm waktu kite menerima nikmat beraye..
tanpa kite sedari .. musuh kite yg plg nyata sbnarnye sudah hampir semula dgn manusia menruskan misinya sendiri..
misi yg bertentangan dgn kite..
yg bermaksud menentang diri dan iman kite..
nk takut ke tak..
yg penting takut kepada Allah ..
jgn dlebihi..
mudah2an takut yg kite rasa mendorong kite agar lebih berusaha meningkatkan amalan dan amar maaruf serta nahi mungkar..
mudah2an takut itu menjadi batasan kpd kite untuk tidak berbuat maksiat dn mungkar..

tp…. yg pasti itu hanya mati …"

Sumber : jumpe tak?

wallahualam. Moga Allah menjaga hati - hati kita supaya tak lalai.

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.(Al-A'raf 7:205)

Raya Datang Lagi

Friday, September 18, 2009 10 voice (s)


Raya Datang Lagi!

Di kesempatan ini, saya Nur Safiqa Bt. Sapar,
mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khair

Khusus buat warga pengunjung blog The Labyrinth of Pious.

Salam Lebaran ini ditujukan kepada keluarga tercinta, sahabat - sahabat handai yang berada di Malaysia (terutama - skcb,smkajb,kisas,kmm), juga bagi mereka - mereka yang berada di perantauan, guru-guru dan para pensyarah, rakan - rakan IPG KBA, ikhwah dan akhawat, kenalan-kenalan blog dan sesiapa jua yang mengenali atau tidak mengenali diri ini.

Juga buat muslimin dan muslimat seluruh dunia.


Semoga ALLAH Subhanahu wa Ta'aala menerima baik segala amal ibadah dan kebajikan yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran. Mudah - mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan berikutnya,ameen. (Saifulislam.com,2009)


Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala tersalah kata, terlanjur bicara, silap perbuatan dan apa jua kesalahan yang pernah dilakukan, seribu kemaafan dipohonkan.Halalkan juga segala apa yang telah diberikan.

Selamat Menyambut Hari Lebaran,

Moga-moga Aidilfiri kali ini membawa seribu makna buat kita semua! insyaALLAH

p/s-kepada yang beraya di perantauan, jangan lupe share experience2 anda semua yer!..:)



Mode:
Tak pasti sama ada
berkesempatan ke tak nak raya di M'sia tahun depan (insyaALLAH)

Nota:
Tiba - tiba teringat kenangan beraya masa kecik2 dulu.
"Assalammualaikum,
cik, kami nak raya. Takpe cik, kami dah kenyang, tak yah susah2 sediakan kuih.
Kami tak nak makan. Nak duit raya je!..=p"
haha!

Kasut Raya

Wednesday, August 26, 2009 13 voice (s)

haha..^_^

Masa cuti-cuti ni la nak bersiap-siap.
Nanti bila sudah start belajar,
tinggal berapa hari je lagi.
Itu plan bagi kanak-kanak yang cuti waktu sekolah,
Belum jadi cikgu lagi,
tapi cuti ikut budak sekolah.
Jangan cemburu!

Penulis terfikir.
Mungkin selalu disuruh untuk devolop skills critical thinking
waktu kelas Social Studies terutama,
sedikit sebanyak beri kesan pada pemikiran.
Berfikir di luar kotak.
Atau lebih tepat,
berfikir ikut kaca mata islam.
Bukan mudah tapi boleh dilatih.
Betul! Percayalah!

Kasut raya tadi.
Tiap - tiap tahun mesti nak beli kasut baru bukan?
Mesti ada yang melenting dengar penyataan itu!
Secara personal, tu mungkin bagi sesetengah orang.
Paling tidak pon,
kalau perempuan, memang pantang tengok kasut.
Betul. Saya percaya yang ini.
Saya tak ketinggalan.
Bukan kasut raya saja.
Kalau kasut pergi kuliah pon nak berganti kalau dah tak
berapa comel.
Serius. Pegang kata ini.
Perempuan pantang tengok kasut.
Lelaki saya tak pasti. Any comment?
Sanggup travel satu kompleks nak cari yang tercomel.
Hitam putih, kelabu, coklat, kotak-kotak.
Macam - macam.

Penulis terfikir.
Kasut boleh berganti, bila dah terasa tak comel.
Macam mana dengan keadaan hati?
Eh, kenapa hati tiba-tiba ni.
Hati itu raja kawan-kawan.
Kefahaman islam itu kena perlahan-perlahan diserapkan dalam hati.
Kalau kita rasa nak ganti kasut sebab dia dah x comel,
alangkah baiknya,
Kita latih hati kita untuk faham islam sedalam-dalamnya.
kita dalamkan kefahaman kita kalau ia semakin berkurangan.
Macam mana ya?

Penulis berfikir.
Banyak caranya. Kekreatifan para dai'e juga sangat penting.
Di samping diri kita sendiri yang berusaha nak belajar dan dalami islam.
Mungkin bagi sesetengah orang,
kaedah memaksa diri dapat membuahkan hasil.
Serius. Betul.
Kadang-kadang bila dah memaksa diri, kelak hati itu akan terdidik.
Yang rindu untuk sentiasa diperingatkan.
Yang rindu untuk sentiasa mendengar ayat-ayat Allah.
Yang rindu untuk sentiasa membaca apa-apa yang boleh menyuburkan hati.
Moga hati itu tidak lalai.
Manusia sangat mudah lalai. Termasuk diri saya.
Mudah berada dalam dunia fantasi yang sementara.
Sedih.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’raf 7: 179)


Selalunya, apa-apa yang difaham melalui hati pasti akan dapat mempengaruhi jiwa.
Jadi, bulan ramadhan yang mulia ini,
jom kita cek balik hati kita!
jom kita renew niat kita!
jom kita berlumba - lumba untuk berbuat amal!

Bagi kita yang dah terasa hati itu kosong.
Termasuk saya.
Jom kita baiki dan pulihkan hati kita kembali.
Baca apa jua saja yang dapat suburkan hati.
Hayatilah makna-makna kalam-kalam Allah yang berbaur suruhan pada hambaNya.
Sungguh,
Ia mungkin boleh buang karat - karat jahiliah yang ada dalam diri.
Mungkin tidak semua tapi perlahan.
Islam itu mudah bukan?

Bagi mereka yang sedar,
Kita ini berada dalam dunia yang penuh kejahilan,
islam itu tidak nampak tegak di atas muka bumi ini.
Jadi,
nak islam itu tertegak,
kita kena mulakan untuk didik hati - hati penganutnya.
Apa - apa pon bermula dari hati kan?

Ini kata hati penulis.
Apa kata hati kamu?


salam pengorbanan eidul adha..~,~

Saturday, December 6, 2008 21 voice (s)
Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum W.B.T..

malam tadi ade mood untuk membelek language description coursebook or kami bese panggil subjek lds..tajuk 'preposition'..huhu..ntah la..cuti2 ni membuatkan saya agak 'tidak studi'.mungkin 'dugaan2' di rumah ini agaknya..ahaahaha....haiishh~..kena ubah ni!!..berdasarkan markah2 assigment semester pertama yang kurang memberansangkan bagi subjek2 tertentu (astaghfirllah), saya kena berkerja kuat untuk pass setiap exam..(syukur test first aritu saya pass, alhamdulillah ^,^)


tadi baru dapat msg dr aisyah(mtrx melaka) and nisah..
msg itu berbunyi ..

" Salam 'alaik.(^_^).kelebihan puasa hari arafah, 9 dzulhijah, ahad :
1) menghapuskan dosa - dosa 2 tahun - HR muslim, abu daud, nasa'i,
ibn mjah,t'mizi.
2) seperti puasa 1000 tahun - HR tobrani, baihaqi.
Insyaallah, ahad nie wukuf. waktu kemuncak doa antara
5.09 pm - 10.38pm waktu malaysia..moge dapat dikongsi bersama
saudara seislam yang laen untuk kemurniaan islam.wallahua'lam"

(p/s- minta maaf kerana x dapat nak fowedkan msg ni pada sume..hehe..ni yang
wat post nih...hehe..asiiff jiddan..)

jadi...

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya eiduladha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..
pelbagai ragam yang dapat kita lihat sepanjang perayaan hari raya korban ni..
ade yang mengejar2 lembu dan kambing untuk disembelih...hahahaa..
makhluk2 ciptaan Allah ini (kambing2 dan lembu2 itu) telah mengorbankan diri mereka dalam upacara penyembelihan ..

hmm...

korban?

pengorbanan?

hari raya korban?

hmm..

"Sejauh mana penghayatan kita kepada Eidul Adha, atau hari raya korban? Adakah cukup sekadar menghabiskan wang ringgit untuk sama-sama terlibat dalam upacara korban lembu? Cukupkah sekadar pengorbanan dinilai dari mata wang ringgit sahaja? Bagaimana dengan pengorbanan masa, minda, tenaga, untuk kemaslahatan umat islam?"

astaghfirllah...

saya melihat diri ini kembali..

cukupkah pengorbanan saya sebagai seorang hamba Allah, seorang da'ie, seorang anak, seorang pelajar, seorang sahabat, dan ahli golongan masyarakat..

berfikir lagi tentang diri sendiri yang sering kealpaan..

astagfirllah...

Ya Allah..
berilah hambaMu kekuatan untuk merasai nikmat ibadahku terhadapMu Ya Allah..

kau berilah petunjuk kepada kami semua..

moga2 apa jua pengorbanan yang kami telah lakukan terhadap addeen, dirahmati dan diberkati olehMu..

kau selamatkan mangsa - mangsa bencana tragedi tanah runtuh di bumi Malaysia ini Ya Allah..

aameen aameen ya rabbal a'lameen..


salam aidiladha :)





p/s - wahh, sungguh gembira hari ini kerana saya berpeluang untuk kali pertama drive sendiri (first time dapat keizinan..haha..^,~) selepas dapat lesen bulan 3 lalu x silap (lamer nyee)..huhuu~..( qilah, aku berjaya gak bawak kereta tadi tapi with my abah beside..hua3~..tapi jalan dekat2 jela..hehe)..
syukur2, alhamdulillah..

puasa esok jom!! insyaallah..

itu saja..

assalammualaikum..

"Aidiladha also commemorates the sacrifices made by the Prophet Ibrahim (hence the word 'korban,' which means sacrifice in Arabic), who demonstrated immense faith when he was put to the test by God. "

"Prophet Ibrahim was commanded to offer his son Ismail up for sacrifice, and though it grieved him greatly, he made ready to perform the task. However, as he was about to strike his son, God stopped him and revealed that it was a trial. Ismail's life was spared, and a ram was sacrificed in his place."


Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah (Al-Kauthsar : 2)



Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine