Pages

diari...

Sunday, June 28, 2009 Read Comment

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Dalam diari perjuangan,
Tiada masalah yang merumitkan,
Ujian yang melemahkan,
Bala yang menyusahkan,
Bahkan itu semua dijadikan sbg batu loncatan untuk LEBIH HEBAT,
Mereka tepu dengan masalah dan ujian,

CUMA...
Sesekali air mata merembes menerjah pipi,
Lambang kekerdilan kudrat Hamba..
Berdepan dengan 'belaian' PENCIPTA,
Sebagai tanda ingatan NYA.
Tabah lah wahai seorang Daie.

Wahai da'ie,
kenapa dalam senandung perjuangan
kau titiskan air mata kekecewaan?
sedang keguguran adalah lumrah
perjuangan kita tanpa noktah
bukan natijah yang kita tempah
tetapi kibaran panji yang takkan patah
yang kita kibar dengan penuh keyakinan
agar beralun panji bersama perjuangan
takkan surut dengan kelemahan

jagalah dirimu tika menongkah arus
manusia di dunia ini berjuta ramainya
mengapa kau titiskan air mata seakan tiada lagi peluang yang ada
alunkan doa-doa munajat
kumat kamitkan zikir pertolongan
ketahuilah hidayah itu milikNya
dan kau tiada berhak ke atasnya melainkan usaha

sekalah air matamu
angkat lututmu
besarkan matamu
infiniti bintang di langit luas
seluas itu jugalah peluang yang masih ada
serabut keramaian yang menentang
pasti ada segelintir yang terangsang
kibarkan panjimu
gegarkan duniamu
ceriakan wajahmu
kerna syurga ALLAH sedang menantimu

ku mohon padaMu Ya Allah,
bantulah kami menuju ke jalanMu..
kau bantulah kami dalam mencari redhaMu..
bantulah kami dalam memegang beban dakwahMu...

moga aku, kamu dan mereka
terus berada dalam hidayahNya..
bukalah matamu,
bukalah hatimu,

kejarlah hidayahNya,

kejarlah cintaNya,

kejarlah rahmatNya,
bantulah aku...

bantulah aku...
bantulah aku..


aku insan lemah..

4 voice (s):

Anonymous at: June 28, 2009 at 10:10 AM said...

salam..fieqa..akak suke baca post2 fieqa...
jzkk

=)

-kak intan melbourne- ^^

fieqa at: June 28, 2009 at 11:41 AM said...

wslm kak intan..
errr..jap eh..kak intan maner ek?....x ingat lorh..x pasan..

suker ke?..hehe..just buat ape y terlintas.moge dpt manfaat..^^...
sharing is caring..wink3

~nazierah~ at: June 29, 2009 at 11:57 AM said...

semoga Allah memberi kekuatan kepada
kita semua untuk terus berjuang di
jalanNya..

InsyaAllah..aaamiin..

=)

fieqa at: June 29, 2009 at 12:15 PM said...

insyaAllah.
sama2 la kita..meski payah, tp kene buat jugak kan!!..
moge kita semua trus tershabat di jalan Allah..

itu bukan kebetulan, bukan mainan, tapi kemahuan dan keyakinan kita untuk menuju ke jalanNya..insyaAllah..

=)

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine