Pages

Saya Jatuh Cinta!

Thursday, June 18, 2009 Read Comment
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim



Cinta.

Terdetik untuk menulis sesuatu berkenaan cinta.
Mungkin sedikit terpengaruh dengan buku yang ada di bilik,
"Aku Terima Nikahnya" oleh Ustaz Hasrizal.
Ya,mungkin. Tersenyum sendiri.

Saya jatuh cinta!

Ironik sungguh bukan tajuk ini.
Apa yang kamu fikir?
Apa yang ku rasa?
Siapa yang tak pernah jatuh cinta, bahkan
ada dalam kalangan kita yang terlalu asyik bercinta
hingga melalaikan diri sendiri.
YA ALLAH, dunia sekarang semakin tenat!
Siapa yang harus dipersalahkan?


Lelaki dan Perempuan.

Bila sebut cinta pasti ia amat berkait rapat
dengan lelaki dan perempuan.
Muslimin dan muslimat.
Ana
dan Enti, I and U dan bermacam - macam lagi.
Pada firasat saya, magnet antara lelaki dan perempuan
sangat berbisa. Mungkin ada yang senang ditarik
dan terus terlekat, mungkin ada yang susah didekati
seperi ada duri yang memagari diri insan itu,
tetapi sejauh manakah duri- duri itu berjaya menepis
godaan - godaaan dunia.

Tiada dalam fikiran.

"Keinginan bercinta itu memang ada, tetapi kepentingan itu mungkin tidak ada".

Itu mungkin pendapat sesetengah daripada kita
yang belum lagi memasuki fasa cinta tersebut.
Yang mungkin juga ada yang membuta tuli
untuk tidak terlibat dalam fasa berkenaan
kerana belum masa yang sesuai,
kelak jika masanya sampai
ada yang terjerat dalam cinta manusia yang melalaikan.

Saya tertarik dengan kata - kata ustaz hasrizal di dalam buku
"Aku terima Nikahnya". Beliau mengatakan,

"Kita tidak perlu memulakan perhubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan"

Ya. Saya setuju dengan apa yang diperkatakan.
Tidak perlulah untuk mencipta perhubungan
jika tidak ada hasrat untuk bernikah.



Mencipta perhubungan.

Hati yang goyah lalu sungguh senang
untuk cipta perhubungan dengan manusia berlainan jantina
tanpa kawalan nafsu.
Sedih. Sedih melihat ragam manusia
yang terlalu asyik dalam bercinta.
Sehinggakan ada yang sanggup
melupakan tugas utama di muka bumi ini
untuk beribadah semata - mata keranaNya,
lantas terus dibuai oleh mimpi
dan perasaan - perasaan indah ketika bercinta.
itu dikira ibadahkah?


Medan percintaan.

Semuanya dipandang indah belaka,
sehingga ada yang terlalu takut untuk berbuat sesuatu
atau dalam kata lain seolah dikongkong.
Hingga apa yang diperlakukan seharian perlu di report.

Kelakar bukan.

Sangat prihatin. Bagus.
Oh. Saya terlupa. Itu mungkin sesetengah saja.

Ada juga yang merasakan dirinya
begitu diberi perhatian
malah ada tempat yang sesuai untuk mengadu.
Wah!
Kerana dirimu begitu berharga!

Ya.mungkin. Tepat sekali. Pada pandangan mata kita.

Tak kurang juga ada yang melarikan niat,
kononnya untuk sama - sama berjaya dlm pelajaran,
tak perasankah syaitan ada di sekiling kita?


Sedarkah kita?


Tak takut terlalaikah?
Solat itu tiang agama.
Dapat beri fokus yg terbaik ketika solat?
Tahukan zina itu pelbagai termasuk zina hati!
Tidak mudah teringat-ingat kah?
Benarkah ia suci dari maksiat?
Astaghfirllah.


Cinta terpesong

Sedarkah kita,
dalam kita merasai keenakan perhubungan,
Tak sedarkah diri sedang berbuat maksiat?
Beraninya kita menderhakai Allah?
Astaghfirllah.
Diri sedih.
Apa yang sudah kita lakukan?

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Israa'17:32)

Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta,
tetapi juga pada saling mempercayai.
Jika Allah sudah diingkari,
siapa lagikah
yang boleh dijadikan tempat meletak kepercayaan?
Dosa semalam akan pasti
menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya...

Tak sedarkah
kita sedang menbantah janji2 Allah!
sedangkan Allah dah tentukan siapa pasangan kita
sejak di luz mahfuz lagi.
Tapi itulah, manusia ni

kadang-kadang hidup bertuhankan nafsu.
berusaha nak menghalalkan apa yang haram.



Islam tak bunuh perasaan cinta itu,
tetapi suruh dikawal agar perasaan itu tidak pesongkan hati kita!
Alangkah manisnya jika disalurkan ke tempat yg betul!

Islam tak bunuh perasaan cinta?
Jadi bagaimana?

Jika niat sudah ada dihati,
Laluilah jalan yg betul.
Bertunang seperti yang dianjurkan Islam
dimana kita boleh berkenalan.
sangat berhikmah!
tetapi harus ingat!
batasnya sama saja dengan yang bukan muhrim.



Lantas,
Binalah masjid Allah
agar kita boleh memberi
dan memikirkan soal peranan
bukannya hak yang tidak berkesudahan.



Jika kita sibuk mengejar cinta Allah,
kita tak cukup masa untuk menagih cinta manusia.
Jika kita disibukkan untuk menagih cinta manusia,
sempatkah mengejar cinta Allah?

Fikir -fikirkan.

Tidak bergetarkah jiwa kita?
Hidayah Allah sampai ke hati,
Tapi cukup sedih jika ia disia-siakan.
Benarkah hidayah itu tidak sampai
atau kita yang hiraukan hidayah itu?



Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
aamiin ya rabbal alamin..

Pesan Nabi SAW,
"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya, dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, makan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas"
(Riwayat Tirmizi)

~jangan tergesa - gesa, dan jangan bertangguh~

Extended Readings:
Cinta aku,dia dan Dia
Anjuran bertunang
Adat berkenalan sebelum pernikahan
Nikah khitbah semasa belajar
Teori Evolusi Cinta
Jodoh tak datang bergolek
Mengikat pertunangan dalam kesederhanaan
Erti sebuh perkahwinan

13 voice (s):

qilaraf at: June 18, 2009 at 3:01 PM said...

nape ak rase post ko cuti neh cam byk jiwang2 ...
ish3...
pe nak jadi daaa

fieqa at: June 18, 2009 at 3:14 PM said...

uiiit mokcik..
pe daaa..
yeke jiwang..har3..
x sengaja kot...kui3..=p

van der shraaf at: June 18, 2009 at 4:14 PM said...

it's okay if jiwang but not lagha...

fieqa at: June 18, 2009 at 4:27 PM said...

hehe..
agree!!

jiwang yet beneficial..
=)

p/s-haha..qilah..see~

AliaaGneKompMakDia at: June 18, 2009 at 7:09 PM said...

jiwang psal pacat nk dkt songkok tinggi!

pacat, dr ko nk kt dia, bek ko nk kt aku.. jaoh la lg best dr mamat tuh.

Unknown at: June 19, 2009 at 5:08 AM said...

wah...mohon copy.nak simpan buat bacaan.terima kasih ats tulisan kamu itu.terima kasih banyak2..

ieraros at: June 19, 2009 at 8:32 AM said...

ehehe..
jiwang eh..
xpe2...
kte ok je bce..
=)

komen:

-post yg sgt padat
dgn msg2 bguna.bce pn smooth je..xde simpang siur..hu2...

-mmberi peringatan kpd diri yg hina ini yg sntiasa lalai dari mengingatiNya..Astaghfirullah..

-moge2 kte smua kekal dalam peliharaanNya...Aaamiin...

wink2..akak da ok?? =D

fieqa at: June 19, 2009 at 8:07 PM said...

cik AliaaGneKompMakDia,

oit3...
no comment..
ske ati je eh mek ckp gitu...
adehhh3..

haa, nk ko..
tamo3..
hahahahaa!
=p

fieqa at: June 19, 2009 at 8:08 PM said...

iqbal syarie,


sila3..
dialu2kan..
xde pe2 pon sgt..
harap dpt ambil sesuatu..insyaAllah..=)

fieqa at: June 19, 2009 at 8:10 PM said...

~nazierah~

adiik!
he3..

tq 4ur comments!
=)

insyaAllah, sesama2 kita ingat mengingatkan..=)


erks,ha3.
insyaAllah, da ok kot~..
kui3..
insyaAllah.ok2!..=)

zT at: June 20, 2009 at 4:41 AM said...

slm~
xd jwng sgt..=]
as a nrmal human being, mstlh ad
rsa utk syg-dsyngi.cannot deny this~=]

my humble opinion:we dun hve to thnk too mch bout ths love. ble mseny dh smpi, i'allah evrythng akn t'jdi dgn baik, spt yg tlh diatur olehNya..=]

nway, what a g0od post.g0od 4 our self-evaluati0n..^.-

fieqa at: June 20, 2009 at 5:25 PM said...

zT,

yup3!!
I do agree with u!
that's the norm~
tq2 4giving comments!
insyaAllah, betol2..
if the right time comes, may Allah guide us to be always in the rite path..

n kalo da terjumpe ke, solat istikharah n solat hajat byk2,moge itu adalah y terbaek..=)
tol x?

err, bese2 je lorh..
y baek dijadikan teladan, y buruk dijadikan smpadan!..peace! ^_^V

p/s-ha3 qilah, amek ko..ramai sokong aku...lalalalaa~

al-ikhsan at: August 5, 2009 at 7:45 AM said...

salam ziarah setelah lama menyepi =)

hehe. everything in the post is brilliant. very true indeed. especially part nasehat ustaz tu. memang menusuk kalbu betullah!hoho~

bukan apa, kadang2 orang tend to rush dalam menda2 macam ni. termasuklah segelintir dalam golongan yang buat kerja da'wa and tarbiyyah nih. apa yang dirushkan tu allahu'alam. ntah apa2 ntah. huhu.

in my opinion, mereka sangatlah tak macho. it's not like the jodoh is going to run away rite? but still, diorang rasa tak secure and guna alasan ni "jodoh memang di tangan Tuhan, tapi kita kenalah berusaha".

haha. ntah apa2 ntah. i, still, am unable comprehend their thoughts. maybe you have a different view on this?

=)

p/s banyak lagi tanggungjawab yang tak selesai lagi. da'wa entah ke mana2, tarbiyyah entah ke mana2. hoho~

p/s comment mode is partially emotional, partially immature, partially bold. hoho~

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine