Pages

Alam

Wednesday, November 25, 2009 Read Comment

Selalu orang pesan. Kalau jalan-jalan di bumi Allah ni, jangan lupa bertadabbur alam.
Tadabbur = memerhati dengan mengkaji dan menyelidik
Ye. Betul.Tapi kadang-kadang saya selalu lupa. Oh manusia!

Kadang-kadang kita rasa, yang hidup kat bumi ni manusia je kan.
Kita disibukkan dengan urusan bersama manusia,
Kita hidup bersama manusia.
Kegembiraan, kesedihan, kesenangan semua dengan manusia.
Oh. Lupa juga ada makhluk lain kat alam ni ye.
Oh, manusia. Mudah lupa. Saya adalah manusia.


Oh pokok. Cantik gambar ini.
Ada orang kata, dia sangat malu untuk lalu bawah pokok. Eh.malu.kenapa?
Pelik.Pelik.
Oh.Oh. Allah ada kata,

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (57:1)

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. (17:44)

Semua makhluk kat alam ni bertasbih. MemujiNya siang dan malam. Mereka tiada akal, fikiran, nafsu.
Tapi boleh bertasbih. MengingatiNya dan tunduk, patuh padaNya.
Tapi kita manusia?. Fikir-fikir sendiri.

Oh, baru faham kenapa dia malu nak lalu bawah pokok.
Pokok pon tahu bertasbih. Kita manusia? Nasihat untuk diri saya.


Oh.Semut. Kadang tak tenteram jugak kan kalo semut ada dalam air.
Mesti cepat-cepat nak buang.
Tak pon, kalau ada kat bawah meja, atas lantai. Mesti cepat-cepat nak sapu.
Tapi satu yang saya suka tentang semut. :D
Perasan tak semut tak berhenti berjalan. Even kita halang dia dengan apa-apa benda,
dia akan try cari jalan lain.
Terus berjalan. Dan berjalan. Then, bila jalan, bertembung, dia akan stop. Chit Chat kejap maybe. Then terus berjalan.=D
Wah.Comel.Comel.Saya suka.
Bagus juga attitude semut ni kan. Tak pernah mengalah. Kalau jalan ni dihalang, dia try jalan lain.
Sama juga seperti kita. Kalau cara ini tak kena, mungkin boleh cuba cara lain.Kan?kan?
Jom tiru attitude semut yang sangat determine! ^_^

Burung-burung berterbangan. Mereka-mereka ini tahu kan jalan pulang.
Pagi-pagi cari makanan, petang-petang pulang ke sarang.
Begitulah setiap hari.Bagus burung - burung ini. Sedar diri. Dia terbang, tapi tahu jalan pulang.
Kita manusia, tahu di dunia sebagai musafir, tapi kadang-kadang jalan pulang tu tak jumpa.
Jalan pulang ke negeri abadi. Jalan akhirat!
Jalan yang dilalui manusia itu terkadang bengkang bengkok, tak lurus.
Senget pon ada.
Teringat satu hadith,

“Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang menempuh perjalanan.” Ibn Umar berkata, “jika engkau ada di sore hari, jangan menunggu pagi dan jika berada di pagi hari, jangan menunggu petang. Manfaatkan masa sehatmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk kematianmu.” (HR al-Bukhari, at-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad).

Dalam hadis ini,

Rasul memberi perumpamaan bagaimana seharusnya kita memposisikan diri di dunia: seakan kita adalah orang asing dan seperti orang yang sedang menempuh perjalanan.

Ath-Thayyibi, sebagaimana dikutip oleh al-Hafizh Ibn Hajar di dalam Fath al-Bârî, menjelaskan, “Orang yang berjalan di dunia diserupakan dengan orang asing yang tidak memiliki tempat tinggal.

Kemudian Beliau mengungkapkan perumpamaan yang lebih tinggi: diserupakan dengan orang yang sedang menempuh perjalanan. Sebab, orang asing kadang kala tinggal di negeri asing. Berbeda dengan orang yang menempuh perjalanan menuju negeri yang jauh; sepanjang perjalanan itu terdapat lembah-lembah yang membinasakan, gurun-gurun yang mencelakakan dan begal jalanan. Orang yang demikian tidak akan tinggal walaupun sejenak. Oleh karena itu, Ibn Umar langsung menimpali dengan kata-kata, “jika engkau ada di petang hari jangan menunggu pagi…”

Dunia itu jambatan akhirat.

Sumber: dakwah.info


Thorny rose. Apa yang terlintas? Mawar berduri??. Hehe. :)
Boleh juga. Tapi pada saya duri-duri tu berharga nilainya.

Bagi pokok, ia disifatkan untuk melindungi pokok tersebut kan?

Tapi pada saya, kita pon patut ada duri.
Duri islam, iman, ihsan. Duri dakwah dan tarbiyah.

Pasti dengan duri-duri ini ia dapat melindungi seorang muslim tu kan!

Sama seperti thorny rose ini.


Oh, kenal tempat ini?
Tempat yang selalu saya jumpa dengan kenderaan-kenderaan bas.

Orang berpusu-pusu. Ke sana ke mari. Dengan beg-beg.

Makanan pon banyak! ^^. Itulah puduraya.

Saya suka memperhatikan gelagat orang.
Macam-macam jenis. Macam-macam ragam.
Macam-macam pegangan.
Macam-macam cara hidup.
Pakaian pon bermacam-macam style!
Ada style lah!
Selalu terfikir. Macam mana nak ubah masyarakat ya!

Nak tengok sangat islam tu tertegak, dan semua manusia mengamalkan ajaran islam.

Oh. itu ketentuan Ilahi. Sudah pasti tapi tidak tahu bila.

Oh.Oh. Susah juga untuk menegur tiba-tiba. Dengan orang yang tak kenal.

Cuma berdiam dan melihat. Dan melihat.

Dan terus ingatkan diri.

"Mungkin kena start dari tempat aku dulu.

Orang-orang yang di sekeliling aku dulu"


wallahualam.
Moga ada manfaatnya! InsyaALLAH.

Mari kita bertadabbur alam!

10 voice (s):

puteribonda at: November 25, 2009 at 10:30 PM said...

salam

nicela post ni ^_^
br pasan sal semut tu biler kau ckp kat post ni..
aku pown klu nmpk semut, biasanya buang cepat2..
au rassa dia kotor and boleh memudaratkan kita..
hehe

hakikatnya,
dia lg banyak bertasbih dr aku..
astaghfirullah..

p/s: buatla post cani byk2 lg yer.

=)

al-ikhsan at: November 25, 2009 at 11:09 PM said...

salam aqidah islamiyyah:)

sangat suka style post2 terbaru. layout baru. font tulisan baru. background music baru. sangat2 suka.

sepertinya ia satu ruhul jadid!

:D

~nazierah~ at: November 26, 2009 at 1:02 AM said...

salam

wah2..suke la post nih!!
btul2..kte slalu lpe mkhluk2 laen kt alam ni kn..
ustzh ade ckp, snany, sume mkhluk itu muslim..bahkan org kafir tu pn, dlm dri dy ade 'islam' tu..
that is, organ2 dan sgala2 system dlm bdan, sumeny adalah sunnatullah,
hanya roh mreka shj yg kafir..

t'engt dlu kt smkajb
hehe..org ckp jgn lintas rmput nk ke surau..sbb rumput tu sume b'tsbih =)

p/s : tkut la g pduraya..skang ni slalu je g sne sorg2..sbb dak jb laen xde..=(

thanx 4 d post =D
nice one!!

aB!d at: November 26, 2009 at 1:58 AM said...

salam~

satu jer nk ckp..

TERBAIK!!!

=)

fieqa at: November 26, 2009 at 4:13 AM said...

puteribonda,

thanks.semuanya dtg dr Allah,
aku hnye sbg mediator penulis blog ni je..=D

a'ah. btol.btol.btol.
aku pon salu cmtu jugak.kdg2,n byk lupa..nmpak semut tu cam kotor.iskh3.

moge lepas ni kite lebih concern terhadap alam kita, mereka2 pon makhluk Allah juga! malah lagi mulia dr manusia y x menyembah kpdNya..

p/s- insyaAllah, selagi Ilham dariNya smpai kepdaku..=)
hehe

fieqa at: November 26, 2009 at 4:16 AM said...

al-ikhsan,

salam akidah islamiyyah juga buatmu.
lme x nmpk di box comment kat sini.:D

wah. sangat observant.
terima kasih.terima kasih.
moge ada manfaatnya.
n moge orang lebih eager nk baca n follow blog ni,insyaAllah.
smua disandarkan kpdNya..:)

jzkk!

fieqa at: November 26, 2009 at 4:29 AM said...

nazierah,

hehe.thanks for that!
ttbe terfikir nk wat post camni. taep jela..hihi..=D
oh, y sal makhluk lain tue, thanks for ur explanation..tp akk ade dgr jugak, kenapa kita kate makhluk lain tu islam,
coz maksud islam tu sendiri, (tunduk dan patuh/berserah diri) kan?
so, in a way, mereka2 tu (which is makhluk2 ALLAH, dorang tunduk n patuh je kat arahan Allah, ikot je, tanpa ade bantahan, kalo suruh bergoyang, maka bergoyang la pokok tu dengan bantuan angin..
so kirenye, makhluk2 lain tu sume tunduk dan patuh (berserah diri)

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang muslim (berserah diri)?" (Fussilat 41:33)

btw,smkajb..hehe.br g smlm,amek adik akak y spm..dia blek raya haji ni. nexwik exam lagi,insyaAllah..=)

btw, sal puduraya.haha. sama la kita.akak pon recently mmg salu travel sorang je.iskh2.stat dr bulan 9 aritu, coz my partner y salu balek johor dia dah fly..so, .xpe2..insyaAllah, yakin dgnNya.cme kene beware sket la bile travel sorang2..=D

thanks!

fieqa at: November 26, 2009 at 4:29 AM said...

abid,


=)
terima kasih.terima kasih.=D

adibahsahar at: November 26, 2009 at 3:47 PM said...

salam sahabt...
salam adiladha...nice post..muhasabah diri aku juga...mereka boleh mengapa tidak kita yang cukup segala sifat yang Allah kurniakan lengkap dengan banyak fasilitis. Lengkapkan ilmu dan iman di dada di sampaing sentiasa cuba meningkatkan fikrah..in;Allah islam akan tertegak sebagai "world order"

fieqa at: November 27, 2009 at 6:58 AM said...

wslm sahabtku! ^^

=)
salam aidiladha juga buatmu!..
insyaAllah...sama2 kite berusaha..
tingkatkan ilmu...dan menyampaikan..
berusaha ntok menyentuh hati2 hamba2 Allah kat bumi ni yer!
ingatkan diri sendri jugak.kdang2 tak reti nak mnyampaikan..iskh2..=(

insyaAllah, world order tu mmang sudah ditetapkan olehNya, cuma masa tak diketahui..
kita2 la y kene sama2 berusaha..
insyaALLAH..

=)
btw, nice outing aritu..hihi~..^^

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine