Pages

Erti Kebahagian

Tuesday, December 8, 2009 Read Comment

Bahagia.
Setiap dari kita punyai pelbagai definisi bahagia.
Ada yang ukur dari sudut kebendaaan, material dan keduniaan.
Padanya, kesempurnaan sudut-sudut tersebut sudah cukup untuk membuatkan mereka bahagia!
Ada juga yang merasakan berada di bawah tarbiyyah Allah dan petunjukNya sangat-sangat cukup untuk membuatkan hatinya bahagia.
Hidup dibawah kesempurnaan iman dan islam.

******

"Tiada kebahagian bagi manusia dan tiada jalan selamat dari tergelunsur jatuh oleh arus deras jahiliyyah melainkan meraka kembali semula kepada akidah islam yang akan memandunya ke jalan yang benar."

"Akidah islam akan memberikan jawapan yang betul terhadap semua permasalahan yang menyusahkan manusia zaman ini."

"Akidah islam ini membuka pekung pemikiran jahiliyyah yang telah lama menyekat antara manusia dan fitrah mereka"

Fitrah kebahagian sebenar...

Dr. Yusuf Al-Qardawi telah berkata:


"Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah anda hidup

Untuk pemikiran yang benar dan kukuh

Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,

Permasalahan alam yang lampau

Persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya

Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir

Dari manakah aku datang? Ke manakah aku hendak pergi?

Kenapa aku dijadikan? Adakah aku hidup kembali?


Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa

Terusir segala keraguan yang degil

Terdidiklah fikiran yang waras

Terciptalah akhlak yang mulia

Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus

Hidupmu akan dikurniakan nilai
Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina

Supaya matamu memandang segala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat

Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana'
Kau tudung bumimu dengan langit

dan para malaikat menjadi saksi

Itulah akidah islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas, itulah tiang serinya

Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik

dengan namanya; dialah orang yang berbahagia
"


(petikan dari buku Al-Muntalaq oleh Muhammad Ahmad Al-Rasyid)


Semalam, tersentak aku dari lamunan.
Ya Allah, hati ini sedang mencari dan membina kekuatan...


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari Kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka"

4 voice (s):

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib at: December 8, 2009 at 12:54 PM said...

hebatnya ulama'...His view about happiness does make sense...Yes, it's absolutely about our purposes being here in this temporary world..What is our goal..whre we are heading..and to whom we'll be back....

P/S: nak copy..boleh ye..

fieqa at: December 8, 2009 at 8:08 PM said...

btol3!

u'r totally correct in that sense..
reflecting ourself from that perspective can make us to think analytically/deeply about our job as 'an actor' on this earth..
that are for those who are seeking for the truth..

yeah. you may. sama2 sebarkan..insyaAllah..

Unknown at: December 9, 2009 at 12:39 AM said...

tersangatlah comel budak tu dan dia bahagia..
akidah islam akan menjadi jawapan kpd semua permasalahan.benar..tapi apa boleh buat,pemimpin kita tu taknak ambil islam...Allah akan tanya kita juga nanti...huhu
=(

fieqa at: December 9, 2009 at 6:29 PM said...

btol3..comei kan!.^^
btol2..tertegak nye akidah dlm diri muslim, akan mempengaruhi akhlak n dll dlm indivdu muslim itu..

hmm..btol2..
mybe skrg tugas kita, kene stat dari bawahnya..
btolkan hati-hati masyarakat ntok kmbli kpd ajaran alquran n assunah..
insyaAllah..
tp bear in mind jugak,
akn smpai satu masa, di mana islam akan tertegak, n ada khalifah y mntadbir bumi..
n waktu itu, manusia akan menikmati kebahagian sebenar which akidah yang kuat dlm diri..

tugas kite la kah ntok teruskan langkah berjuang menegakkan islam kembli..=)

insyaAllah..
sme2 ambil iktibar..

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine