Pages

Belajar dan Mengajar

Saturday, February 6, 2010 Read Comment
Sumber: google image

Berusahalah sehingga badanmu sendiri menuntut hak darimu.

Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah, 2:151)

Inilah yang Allah ajar pada Rasulullah.
Menjadi insan rabbani, seorang yang belajar dan mengajar.
Agar tertegak kesaksian terhadap kebenaran di atas muka bumi ini.
Agar tertegak islam sebagai satu sistem kehidupan, satu bangunan yang kukuh,
bukan sekadar ibadah solat, puasa semata-mata.

Duduk di bawah bayangan tarbiyyah mengubah cara pandang kita terhadap apa jua perkara.
Dulu-dulu, hanya untuk belajar-belajar sahaja, tanpa ada keinginan untuk mengajar.
Tapi kini, kita perlu menjadi insan yang belajar dan mengajar.
Agar tertegaknya islam di atas muka bumi dengan izin Allah.
Itu janji Rasulullah.

Dari Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku diperintahkan untuk memerangi umat manusia hingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, dan membayar zakat. Bila mereka telah melakukan hal-hal itu bererti mereka telah menjaga darah dan hartanya dariku, kecuali dengan alasan yang benar dalam islam dan Allah taala yang akan menilai apa yang mereka rahsiakan. (HR Bukhari Muslim)

Tarbiyyah yang sangat mengajar seseorang,
Menjadi insan yang belajar dan mengajar.

Sungguh, berusahalah sampai badanmu menuntut hak darimu.

Ayuh, sahutlah seruan ini!
Di akhirat kelak Allah akan tanyakan amal-amal yang kita lakukan sementara menjadi musafir di atas muka bumi.

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. (As- Saff, 61:4)

Tepuk dada tanya iman!

Wallahualam.

6 voice (s):

Unknown at: February 7, 2010 at 9:57 AM said...

Saya agak kurang faham dgn kata-kata saudari,'badanmu menuntut hak darimu'...

Tapi saya setuju,bahawa kita wajib belajar dan mengajar.Tidak lengkap proses tarbiah tanpa belajar dan mengajar.

fieqa at: February 9, 2010 at 7:45 AM said...

salam,
maaf lmbat rply.

btol.x lengkap proses tarbiyyah tanpa dakwah..insyaAllah..

hm,
mksudny lebih kurang cmni,
buatla kewajipan belajar n mengajar tu berhabis habisan,
even waktu tidor pon kite x prasan..
smpai badan kita menuntut hak dr kita untuk berehat..

pham ke?
harapny mmbantu..

PuteriBonda Anis at: February 9, 2010 at 6:54 PM said...

salam fieqa

suka sgt post nie!
benarlah
dan tak guna kan kalau kita belajar byk2,
kumpul ilmu bertimbun2
tapi tidak digunakan ntok share dgn orang lain
sayang kan..
lain orang lain penerimaannya..
boleh jadi, bila kita share something ilmu yg kita dpt ngn orang lain,
Allah datangkn kebaikn dlm hati dia melalui kita..
tapi kalau tak share..
seolah2 kita menidakkan hak dia ntok tau..
sayang kan..

fieqa at: February 10, 2010 at 5:37 AM said...

salam nisa,
lme x nmapk kat comment box blog ni..hehe.=D

hm, btol2.tazkirah buat diri aku juga..
insyaAllah..
mge sme2 trus berkongsi agar hati2 lain tersentuh ngn ajaran islam,insyaAllah.
tp tula, kne ingat sgt2, hidayah semua milik Allah..
n sometimes, tkut tersalah setup niat or what so ever, sometimes, terdetik

"eh, sbb aku gtw ni lah, dia berubah"
tp ape2 jua pon, dgn hidayah, rahmat n petunjuk Allah sje lah y bisa membentuk hati seseorang.
insyaAllah..

thanks for dropping by! ;)

semut at: February 11, 2010 at 4:05 AM said...

waaa..saya sangat suka la. baru aja tanya kwn apa maksud 'badan menuntut hak dari kita', then check comment oh ada rupanya yang confuse benda yang sama.

ni tidak, kita terbanyak masa lapang pulak kn? :)

jazakumullah tulip putih. :)

fieqa at: February 12, 2010 at 4:02 PM said...

semut,

thanks 4 commenting.1st time rasernye id 'semut' ni.comei lah pulak..=D

oh ye..baguslah.alhamdulillah..

btol2.klo kite dah clear dgn matlmat penciptaan kita kat dunia ni, which is untuk beribadah kepdaNya, nescaya tak de lagi masa dibazirkan..:)

waiyaki..:)

Related Posts with Thumbnails
 

© 2010 the labyrinth of piousBlogger Template by dzignine