(Al-Hujurat, 49:15)
"Katakanlah:Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, kaum kerabatmu, harta bendamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya serta kediaman yang kamu sukai, (semuanya itu) lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya, dan berjuang di jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan perintahNya (seksaanNya). Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasih itu"
(At-Taubah, 9:24)
***
Kepetahan Yusuf al-Qardhawi berdebat, berhujah dan mengalahkan hujah mereka yang lalai,
dengan kata - kata yang indah dan mendalam.
Itupun sudah cukup bagi kamu:
Kata mereka:
Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri
pada kemalasan dan kebekuan
hidup di antara ahli keluarga, bukan hidup orang berhijrah dan terusir
Dengan berjalan di belakang kenderaan
dalam ketenangan dan langkah yang longlai
lalu tiada tentangan dan penolakan terhadapmu
Dengan mengikuti sekumpulan kambing
kamu dipimpin, bukan memimpin
Dengan berteriak untuk setiap penguasa : Hidupkanlah zaman kamu yang mulia.
Aku berkata:
Hidup ini mesti bergerak, bukan diam dan bukannya beku
hidup adalah perjuangan
Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?
Ia adalah menikmati kelazatan kesusahan, bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak.
Ia adalah membela hak, orang merdeka mana tidak membela haknya?
Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah.
Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin
boleh berkata tidak dan ya,
apabila anda mahu dengan pandangan yang tajam
(Muntalaq - Bab 12, Muhammad Ahmad Ar-Rashid)
Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu. dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama."
(Al-Hajj, 22:78)
Berusaha untuk tidak diam dan beku!!
4 voice (s):
salam ukht~
suka amat post ini!
mintak izin copy?
jazakillah =)
wslm :))
sila2.
tula.
meresap hingga ke liang2 rongga :D
hidup adalah sesuatu yg dinamik..tapi bisa menjadi statik kerana kemalasan diri..
bekunya manusia menjadikan kita tertinggal di belakang...mengejar keseronokan dunia hingga terleka untuk menghadapi realiti kehidupan yang penuh dengan cabaran...
betol.
apabila kita menjadi statik, barangkali kita boleh menjadi terkebelakang kerana orang yang dahulunya di belakang memintas orang yg hanya statik..
terutama statik dlm beramal, tanpa ada kenaikan..
muhasabah buat diri sndiri juga!
Post a Comment