Peristiwa - peristiwa
dan
Episod - episod kehidupan
yang mentarbiyyah diri untuk lebih memahami lagi selok belok jalan ini
Seakan Allah ingin membersihkan diri - diri kita dan mengikis karat-karat jahiliyyah
membina diri seorang individu muslim
yang ada kualiti
yang ada muwasafat
segalanya bermula dari 'noktah bidayah sohihah' (titik permulaan yang betul)
hati yang ikhlas dan memahami dengan sebenar - benar kefahaman,
"mengapa setiap a'mal itu dikerjakan?"
"adakah segalanya untuk capai redha Allah?"
Setiap peristiwa yang berlaku, ada tarbiyyah yang ingin Allah ajarkan kepada kita,
laksana siri - siri peperangan yang disertai oleh rasulullah dan para sahabat,
tika pergantungan mereka diuji dalam peperangan badar,
sekalipun niat awal mereka hanya untuk mengambil kembali harta rampasan mereka dari kafir quraisy,
tetapi Allah menghadirkan peristiwa-peristiwa yang lebih besar
Allah ajarkan tentang pergantungan yang tinggi hanya pada Allah,
dan pertolonganNya yang sangat-sangat dekat.
memberi significance kepada islam,
sehinggakan tidak ada DOSA selamanya, bagi setiap ahli BADAR
.
SubhanaAllah
Juga ayat-ayatNya yang turun merupakan tarbiyyah direct dari Allah,
sangat relevan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku.
Allah sedang mengajar kita,
ya, sedang mengajar kita.
***
sedang belajar mengambil hikmah dalam setiap taqdir-taqdir yang Allah tetapkan dalam hidup ini.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Al-Baqarah, 2:284)
(Al-Baqarah, 2:284)
Allah mengajarkanku, setiap perkara adalah semata-mata dengan bantuan dan pertolonganNya.
bukan perkara-perkara material mahupun bilangan ramai yang membantu keberjayaan da'wah,
tetapi segalanya dengan izinNya, asbab dari pergantungan yang tinggi dengan Allah.
Ya Allah,
moga kami terus thabat dan kuat dalam jalanMu di mana jua kami semua diletakkan.
0 voice (s):
Post a Comment